12 September 2012

Nampaknya KWSP diarah membeli cara besaran2 bagi menyelamatkan saham FGVH dari terus merudum...

Merujuk kepada pengumuman oleh pihak Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia bertarikh 10 September 2012, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilaporkan terus meningkatkan pegangan saham di dalam FGVH secara berperingkat dengan pembelian saham FGVH yang kini diniagakan di paras terendah sejak ia mula diapungkan di Bursa Malaysia.

Pihak KWSP perlu tampil menjelaskan kepada semua pencarum dan rakyat Malaysia berkenaan strategi pelaburan KWSP di dalam FGVH, tatkala harga saham FGVH terus tergelincir daripada harga terbitan awal (initial public offering) di paras RM5.39 kepada RM4.68 pada 10 September, malah dijangka terus berlegar di paras lantai RM4.55 harga pelabur institusi (institutional price) dan paras lantai RM4.45 harga runcit (retail price) sebelum meningkat ke paras lebih selesa. (Nota: Harga saham FGVH pada 11 September, jam 12.30 tengahari adalah RM4.61).

Pihak KWSP pastinya mempunyai panel pelaburan yang profesional, dinasihati oleh penganalis dan penasihat pelaburan ternama, mengikut garis panduan pelaburan yang ketat. Sewajarnya, strategi ‘buy low, sell high’ yang dilihat digunapakai oleh pihak KWSP, dengan peningkatan pegangan saham di dalam FGVH daripada 5.01% pada 12 Julai kepada 6.62% pada 3 September dan kini 6.98% pegangan kepentingan, perlu selaras dengan garis panduan dan strategi pelaburan jangka pendek dan jangka panjang yang menguntungkan pencarum.

Pihak KWSP diseru mengambil inisiatif dan tanggungjawab untuk menjelaskan kepada pihak awam berkenaan rasional dan strategi pelaburan (strategic rationale) di sebalik pembelian saham FGVH ini, sama ada ianya bersifat mengambil peluang ‘buah yang rendah’ (low hanging fruit) demi mencapai objektif pelaburan jangka panjang, tanpa melibatkan pertimbangan lain yang memberi risiko tinggi kepada pencarum dan rakyat Malaysia. Penilaian risiko (risk assessment) dalaman dan luaran, analisa situasi (situational analysis) sektoral domestik dan antarabangsa, serta unjuran keuntungan dan jangkaan aliran tunai (projected cashflow) adalah antara elemen utama yang perlu dipertimbangkan dalam setiap keputusan pelaburan demi menjamin kepentingan dan pulangan dividen kepada pelabur dan pencarum.

Pastinya, graf harga saham FGVH yang berterusan menurun ini ibarat turun-naik ‘roller-coaster’ yang mendebarkan semua pihak, khususnya ratusan ribu peneroka Felda yang berada di dalamnya. Adakah ini petanda awal ‘tsunami politik’ bakal melanda seluruh pelosok Felda? Semua pihak bertanggungjawab dalam mempertahankan khazanah Felda yang diwarisi daripada generasi ulung ini, kekal terpelihara untuk diwariskan kepada generasi mendatang.- harakahdaily



EPF told to explain investment in FGVH...

Employees Provident Fund must explain to shareholders why it keeps increasing its stake in Felda Global Venture Holdings, whose share price has been taking a beating since last week, said PAS.

In a filing to Bursa Malaysia on September 10, EPF is said to have again increased its stake in FGVH by 5.4 percent since September 3, a day before the stock took a plunge by more than 30 sen within five straight days, after breaching the psychological level of RM5.00.

As a result, EPF’s stake in FGVH increased sharply from 5.01 percent on July 12 to 6.98 percent.

At press time, FGV share price remained at RM4.67, recovering slightly after hitting its lowest point of RM4.57 in the morning session, barely staying afloat of its initial public offering (IPO) price of RM4.55.

PAS Youth’s Policy Studies director Syahir Sulaiman urged EPF to come clean on its rational and investment strategy behind its growing stake in FGVH.

Syahir said EPF must reveal its internal and external risk assessment, projected cash flow and situational analysis which it had taken before deciding to purchase more FGVH shares.

“Surely EPF ... is well advised by analysts and investment advisors following strict investment guidance," Syahir said.

On FGVH's performance at the KLSE, Syahir did not dismiss the possibility  of it being a precursor to a 'political tsunami' across Felda settlements.

Bankers had warned that settlers could begin losing investment once share price dipped to RM4.70 a unit, as settlers must repay the bank loans through which each settler has been allocated ‘free’ 800 units.- harakahdaily



cheers.

No comments: