18 January 2012

Segalanya sudah terlambat, Shahrizat...

NONETindakan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang diselubungi isu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) bercuti daripada menjalankan tugas sebagai menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat dianggap sudah terlambat.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin (bawah) berkata, mengapa kini baru Shahrizat bercuti sedangkan telah digesa banyak pihak supaya berundur sewaktu isu itu didedahkan sejak awal.


"Beliau harus sedar bahawa segala tindakannya kini sudah terlambat dan rakyat kini sudah mula bersuara menuntut penjelasan," katanya sambil menyifatkan "nasi sudah menjadi bubur".

Zuraida berkata, Shahrizat harus sedar bahawa rakyat kini sudah mula bersuara menuntut penjelasan dan atas dasar "hormat politik" senator itu digesa berundur secara terhormat.

Shahrizat memohon cuti rehat tiga minggu mulai 9 Januari sebagai menteri dan berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat menjalankan siasatan sama ada beliau terlibat atau tidak dalam apa-apa keputusan kerajaan mengenai NFC.


Dalam kenyataannya hari ini, Zuraida juga mengandaikan percutian Shahrizat itu sebagai pelan strategi Datuk Seri Najib Razak "bagi menyelamatkan Shahrizat-NFC dan kroni".


"Walaupun setelah lebih seminggu Shahrizat Jalil bercuti, namun PM Najib dilihat seolah terus gentar untuk membuat keputusan terhadap beliau, NFC dan semua pihak yang terlibat dalam skandal projek industri daging negara ini.

"Malahan, mengapa kini baru Shahrizat merancang cuti sedangkan telah digesa banyak pihak untuk agar beliau mengundurkan diri sewaktu isu ini didedahkan awal dahulu," kata Zuraida, antara pemimpin PKR paling ke depan mengasak dengan isu itu.


cheers.

2 comments:

Anonymous said...

Shahrizat seolah-olah kalis dari sebarang pertuduhan dan agak istimewa juga kerana kes beliau sekadar diselidiki oleh individu-individu politik persekitaran yang berkaitan dengan kabel terlaksananya penubuhan syarikat penternakan mega NFC. Kalaulah modal sebegini besar diagihkan kepada yang amat memerlukan buat mereka yang benar-benar sesuai dan berkelayakkan pastilah amat bermakna dan besar manafaatnya. Malangnya modal berkenaan tidak tersasar tapi tersorok dek perbuatan bathil sekali gus menjerumuskan imej bangsa ketahap yang memalukan. Apakah portfolio perancangan NFC ini berfungsi dengan sempurna atau sememangnya nak lahirkan gulungan kaya menjadi hartawan atau jutawan? Kalau ini bukan kerja-kerja kroni, maknanya ia adalah perbuatan sesuku dan sesakat mereka sahaja!

Anonymous said...

Kenapa Sharizat ini kalis dari sebarang pertuduhan? Ini adalah kerana Sharizat kenal benar dan banyak simpan rahsia penyamun2 besar UMNO,termasuk PM dan TPM.

Bukankah Sharizat pernah berkata,
"bagi tahu pemimpin UMNO mana yang tak bermasalah?

Dia bercuti tu,kerana nak bagi ruang Najib & UMNO bernafas saja.