16 January 2012

Kalau ahli UMNO/BN 7 juta, depa akan menang 'hands down,tapi...

Bila Muhyidin rasmikan dan hadir dalam majlis Sayangi Selangor pada 31 disember 2011, dengan barisan artis yang seksi seksan, hanya 5000 orang hadir. Selalu nya bila ada artis, orang akan datang bersyusyun syusyun.

Pada masa yang sama, kerajaan Selangor yang di pimpin oleh PKR mengadakan suatu majlis agama yang di kendalikan oleh Zizan Raja Lawak dan Ustaz Azhar Idrus, 50 ribu orang membanjiri premis majlis tersebut. Tidak ada artis.

Yang ada pelawak dan ustaz yang mengadakan sesi soal jawab agama. Tapi pengundi yang majority nya muda, memilih untuk mendengar ceramah agama.


Presiden UMNO beritahu, pilihanraya tidak akan di jalankan selagi reformasi ekonomi nya belum tercapai. Reformasi yang di maksudkan ialah perubahan2 dalam cara ekonomi negara di jalankan.

Pemimpin UMNO tidak ada plan atau idea macam mana hendak bangunkan negara. Mereka hanya tahu satu jalan mendapatkan sokongan dan kesetiaan.


Dan ianya bukan melalui cara menghidupkan keyakinan dan kepercayaan kepada sesuatu seruan atau cause.Ianya ialah dengan membayar semua orang.


Jika kita pergi ke Semporna Sabah, tempat Shafie Apdal, nak cari klinik pun takde. Cara Shafie Apdal mengurus dan mentadbir Semporna macam seorang lord memerintah fiefdom. Dia duduk atas kerusi dan hulur RM 10 kesetiap rakyat yang sedang beratur hendakkan RM 10.

Itu dia cara pemimpin UMNO selesai masaalah dan membangunkan rakyat terutama orang Melayu. Dan yang sedang beratur itu ada yang pengsan pula. Shafie apdal has no inkling how to liberate the thinking of orang orang bajau di Semporna.

Bila Najib kata, transfomasi ekonomi nya belum selesai- maksud yang sebenarnya ialah kekayaan negara ini belum selesai di bahagi bahagikan antara rakan2.

-Tony Fernandez dapat airline business,
-anak Dr Mahathir dan Shahril dapat bisnes minyak dan gas,
-Gamuda dapat infrastructure,
-Syed Mokhtar dapat itu dan ini,
-YTL , Robert Kuok punya syarikat akan dapat bisness pemasaran hasil2 dari FGV.

Bila ini semua selesai, maka transformasi ekonomi Najib selesai. Dan kemudian, dia akan ada wang yang banyak untuk membeli kesetiaan dan sokongan orang Melayu.

Kalau UMNO dan BN kuat mengapa tidak mahu adakan PRU sekarang juga? Jawapan nya, reality nya UMNO dan BN adalah harimau kertas. UMNO mempunyai ahli 3.1 juta.

Tahun 2009, SU Agung UMNO, Tengku yang bukan Tengku- Adnan bin Mansor mengistiharkan jumlah ahli UMNO ialah 3 juta lebih manakala warga BN berjumlah 7 juta lebih.
Dato Najib sendiri dalam ucapan Perhimpunan Agung UMNO menjerit bahawa UMNO ada ahli seramai 3 juta lebih. 3 juta boleh buat apa?

Jadi, macam mana kita boleh kata UMNO dan BN tidak kuat dengan jumlah keahlian yang hampir sama banyak dengan jumlah pengundi di Malaysia dalam tahun 2008? UMNO dan BN mempunyai jumlah ahli seramai 7.3 juta. Jumlah pengundi 7.9 juta.

Lojik nya, jika semua warga UMNO dan BN berjumlah 7 juta lebih, Najib will win the coming elections hands down. UMNO dan BN hanya memerlukan ahli2 BN sahaja yang mengundi.

Dengan jumlah ini, mengapa kerajaan BN masih teragak agak mengadakan PRU? Sebab mereka sedar bahawa jumlah ahli yang banyak tidak menjamin kemenangan.

Mereka harus merasuah ahli mereka sendiri untuk mengelak dari di beloti. Ahli BN sendiri pun tidak mahu sokong sebuah kerajaan yang rasuah dan menjalankan skim cepat kaya ala pyramid.

source:sakmongkolak47

(Catatan di atas adalah sedutan daripada rencana terbaru Mohd.Ariff Sabri bin Hj. Abdul Aziz yang dimuatkan dalam blognya.) Baca artikal penuhnya di sini.






cheers.

No comments: