28 January 2012

Anwar - Najib cakap 40 minit, saya 20 minit sudah...


"Dia boleh cakap 20 minit, saya 10 minit. Dia balas 20 minit dan saya jawab 10 minit."

Itulah cadangan yang dikemukakan Datuk Sri Anwar Ibrahim kepada Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak dalam cadangan debat antara mereka.

Namun sehingga kini Najib tidak memberikan sebarang kesanggupan untuk debat ini.


Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan pula berkata, ia tidak perlu diadakan kerana ia budaya barat yang belum boleh diterima masyarakat negara ini. Sebelum ini, badan penyelidikan, Merdeka Centre mencadangkan agar kedua-dua mereka berdebat.

Anwar Ibrahim mengalu-alukan idea berdebat dengan  Najib sebagaimana disarankan oleh Merdeka Center berdasarkan penemuannya baru-baru ini. Sehubungan itu kata Anwar, debat yang disyorkan wajar bagi menjawab persoalan-persoalan  yang ditimbulkan terhadap Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

“Masing-masing buat tuduhan, kita tuduh Barisan Nasional rasuah dan gagal tadbir negara, BN tuduh kita tidak tahu urus ekonomi, tuduh Anwar jadi alat DAP, masing-masing ada pendekatan dan kita cadang debat.

“Apa yang kita sebut, kita pertahankan, itu sebabnya kita perlu debat. Insya-Allah kita menang dan dapat tawan Putrajaya,” kata beliau pada Program Mesra Rakyat Bersama Penasihat Ekonomi Selangor di Stadium Sabak Bernam di sini baru-baru ini.


Hari ini, Anwar memberikan syarat dan cadangan yang cukup berat sebelah untuk Najib iaitu tempoh masa bercakap yang lebih untuk Najib.

Cadangan itu dikemukakan Anwar melalui twitternya hari ini.

Sikap Najib enggan berdebat ini dibidas oleh Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty.

"Ini menampakkan betapa purbanya cara berfikir kepimpinan parti ini dan betapa gentarnya UMNO untuk berbicara secara bersemuka mengenai hak rakyat," katanya.


source:harakahdaily



NONE
























Anwar tells Najib,"I'll give you 10 extra minutes to debate"...

Opposition leader Anwar Ibrahim has again issued a debate challenge to Prime Minister Najib Abdul Razak, this time promising to go easy on the premier.

“He can speak for 20 minutes, I will speak for 10 minutes. He can reply for 20 minutes, and then I will reply in 10 minutes,” he said in a Twitter posting.


Anwar who is also de facto PKR leader, has challenged Najib numerous times, the most recent being a challenge to debate on national policies issued during the 3rd Pakatan Rakyat Conference in Alor Setar, Kedah on Jan 14.

Thus far, Najib has not responded to Anwar’s recent series of challenges.

However, in January last year, Najib had said he was not afraid to debate Anwar but the latter should first resolve his sodomy case and other personal issues.

Anwar was acquitted of the sodomy charge on Jan 9 this year but the prosecution has appealed the case.


Meanwhile, in a statement today, PKR information chief Dr Muhammad Nur Manuty said that Najib’s refusal to debate showed that he had something to hide.

“Leaders who refuse to meet eye to eye (to debate) give the perception of insincerity and dishonesty. It shows that there are secrets to hide. What is being hidden from the people?” he said.


Muhammad Nur added that Najib should trust in the wisdom of the people by debating and allowing the people to make their own empirical judgment.


source:malaysiakini

Even Mahathir is worried Najib will lose debate.

Soalnya bukan Najib saja tak mahu debat,UMNO itu sendiri juga tak mahu. Kalau ada pun UMNO nak hantar cicak2 kobin saja...tapi cakap sikit punya besaq...



cheers.

2 comments:

mangchikla said...

Selepas akan ade juak2 Najib utk menganti beliau berdebat. Salah sorang agaknya budak yg belaja di Oxford.

Anonymous said...

Yang lulusan Oxfart tu dah tercirit pasal kes lembu kondo!!!