12 January 2012

Mengapa kumpulan 901 mahu letupkan diri sendiri...

NONENaib Presiden PAS, Mahfuz Omar berkata adalah "tidak masuk akal" bahawa ketiga-tiga letupan yang berlaku di perkarangan kompleks mahkamah Kuala Lumpur pada hari Isnin lalu dilakukan oleh penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.

Iini kerana, katanya bom-bom berkenaan telah menyebabkan kecederaan kepada penyokong Pakatan sendiri dan merosakkan beberapa kenderaan mereka.

“Polis kena perjelaskan dari pihak mana. Takkan orang yang simpati dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang letak hingga kereta exco pun kena," katanya kepada Malaysiakini.

Mahfuz merujuk laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini, yang memetik sumber polis mendakwa letupan dibawa oleh mereka yang menyertai perhimpunan Kempen Bebas Anwar 901.

Selain kumpulan itu, turut mengadakan perhimpunan pada pagi yang sama adalah kira-kira 50 penyokong pengadu kes liwat II, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang terdiri kebanyakan mereka oleh ahli kumpulan pendesak Melayu, PERKASA dan Pertubuhan Kebajikan Islamiah dan Dakwah Malaysia (Pekida).

Kehadiran penyokong itu, di bawah panji Pertubuhan Permufakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas), bagaimanapun juga mencetus kekecohan dan juga pergaduhan kecil apabila mereka berarak ke kawasan mahkamah tetapi berjaya dileraikan polis.

Mahfuz juga berkata kebocoran maklumat polis itu sebagai tidak bertanggungjawab dan mahu siasatan dijalankan sebelum sebarang kenyataan lanjut dibuat.

NONE“Polis jangan begitu mudah buat andaian ia (letupan itu) dibuat oleh peserta (perhimpunan), katanya selepas mengumumkan perkembangan konvensyen Pakatan Rakyat di Alor Star pada Sabtu ini.

“Saya percaya polis ada kamera? Itu sesuatu yang malang jika tiada kerana kita boleh lihat bagaimana kejadian berlaku,” kata Mahfuz (kiri).

Tiga letupan berlaku berhampiran kompleks mahkamah pada Isnin lalu. Kejadian itu mencederakan lima peserta perhimpunan dan merosakkan beberapa kenderaan, termasuk yang dimiliki oleh wartawan, ahli politik dan peserta.

Mengenai langkah-langkah tambahan yang akan diambil oleh Pakatan Rakyat bagi memastikan kejadian yang sama tidak berulang di Alor Setar, hujung minggu ini, Mahfuz berkata: “Minta polis dapat kawal bukan sahaja di sana tapi juga di (semua) program biasa."

AMK desak Utusan dedah 'sumber polis'




Why would 901 group bomb themselves?

PAS vice-president Mahfuz Omar says it is “implausible” that the three explosives detonated near the Kuala Lumpur court complex on Monday were planted by Pakatan Rakyat supporters.

He said this was because the bombs had caused injuries to Pakatan supporters and damaged some of their vehicles.

NONE"It seems implausible that those sympathetic to Anwar (Ibrahim) would plant the explosives and cause damage, even to the car of a Selangor exco member," he told Malaysiakini.

Mahfuz was referring to today's front page report of Malay daily
Utusan Malaysia, which quoted a police source as saying that the explosives were "planted by Free Anwar rally participants".

The other group that held a rally in the vicinity the same morning comprised about 50 supporters of Sodomy II complainant Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Mahfuz described the leak of information as irresponsible and called for further investigations to be carried out before such statements are made.

“The police cannot just assume that the participants had planted the explosives,” he said after announcing the Pakatan Rakyat convention in Alor Setar on Saturday.

Unfortunate if police don't have video recordings

“I believe police have made video recordings in the area. It would be really unfortunate if they did not.”

Three explosions occurred near the court complex on Monday, injuring four rally participants and damaging several vehicles, including those belonging to journalists, politicians and participants.

Asked if Pakatan would take extra measures to ensure that a similar incident does not occur at the Kedah capital's Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Suka Menanti Stadium on Saturday, Mahfuz said: “We hope the police will ensure this”.

source:malaysiakini

cheers.

1 comment:

mangchikla said...

http://mindnoevil.blogspot.com/2012/01/explosion-who-could-have-done-it.html