02 August 2011

MB Kedah dirawat di IJN....

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak yang dimasukkan di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur untuk pemeriksaan jantung berada dalam keadaan stabil.

"Ustaz ok, Jumaat pergi buat check up biasa kat IJN, bila didapati ada tersumbat dia kena tahan," kata Setiausaha Akhbarnya, Helmi Khalid. Buat permulaan ini, katanya, tiada sebarang keputusan samada akan dibedah atau tidak tetapi IJN sedang menstabilkan dahulu tekanan darahnya.

Sebelum ini, Azizan pernah membuat pembedahan pintasan jantung di Hospital Pulau Pinang dan sejak itu beliau sihat wal afiat. Antara pimpinan PAS yang melawat beliau hari ini adallah Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

Bernama yang memetik kenyataan Setiausaha Akhbar beliau, Mohd Helmi Khalid sebagai berkata menteri besar itu yang menghidap penyakit darah tinggi dimasukkan ke IJN Jumaat lalu selepas mengadu sakit jantung.

"Doktor yang memeriksa beliau mendapati satu saluran ke jantungnya ada masalah (tersumbat) dan menasihatkan Menteri Besar tinggal lebih lama untuk dirawat, selain bagi menstabilkan tekanan darahnya.

"Kesihatan Menteri Besar dalam keadaan stabil sekarang, tetapi saya tidak tahu bila doktor akan membenarkan beliau keluar dari IJN," katanya.

Mohd Helmi berkata doktor juga tidak membenarkan Azizan menerima pelawat bagi mengelak gangguan terhadap proses rawatan dan membolehkan tekanan darah beliau kembali normal dengan lebih cepat.

Bagaimanapun, beliau berkata Sultan dan Sultanah Kedah serta beberapa anggota Exco kerajaan negeri itu sempat menziarahi Azizan di IJN hari ini.

source:harakah daily

Kedah MB in IJN with chest pains

Doa mudah2an MB akan pulih secepat mungkin....


cheers.

No comments: