03 August 2011

Jika Anwar dilokap,TG Nik Aziz pun boleh memimpin PR....

Anwar Ibrahim hari ini menolak dakwaan terdapat rancangan bagi menggantikannya dengan pemimpin senior Umno Tengku Razaleigh Hamzah sebagai ketua pembangkang baru.

Sambil tersenyum, Anwar berkata beliau sendiri tidak mendengar berhubung perkara itu daripada mana-mana pemimpin Pakatan.

"Saya tidak dengar perkara ini daripada mana-mana pemimpin PAS atau DAP... mungkin ia hanya dari Bayan Baru,"

Pemimpin Pakatan Rakyat dan Pemimpin PAS, Nik Aziz Nik Mat telah menyangkal spekulasi bekas pemimpin PKR dan juga media UMNO bahawa terdapat usaha untuk menggantikan Anwar Ibrahim dengan Tengku Razaleigh Hamzah dan menyifatkan ia sebagai “lawak jenaka”.

Nik Aziz juga menyangkal dakwaan bahawa PAS mempunyai niat sebegitu, begitu juga dengan perjumapaan rahsia bersama Ku Li. “Ini lawak jenaka", katanya.

Nasihat saya dalam bulan Ramadhan ini, tolong tulis perkara yang betul dan berasaskan fakta.

Ingatlah, apa yang kita tulis dan ucapkan akan dihisab oleh Allah pada hari akhirat kelak.” Tulis Nik Aziz dalam laman Facebook beliau.

Khabar angin tersebut semakin hangat diperkatakan setelah ahli parlimen Bayan Baru, Zahrain Hashim yang meninggalkan PKR disebabkan timbul perselisihan, membuat kenyataan bahawa Ku Li boleh menggantikan Anwar selepas beliau membentuk Amanah pada minggu lepas.

Selain daripada hakikat bahawa Ku Li tidak mungkin berani meninggalkan UMNO lagi, Karpal turut menegaskan bahawa ahli parlimen Gua Musang itu yang membubarkan Semangat 46 untuk kembali kepada UMNO bukanlah saingan Anwar dari segi populariti.

Karpal berkata, “Razaleigh berpeluang untuk berkhidmat sebagai pembangkang melalui Semangat 46 namun beliau telah kembali kepada UMNO dan selepas itu bahagian beliau telah mencalonkan beliau untuk bertanding jawatan presiden menentang Najib Tun Razak,”

Amanah merupakan badan NGO terbaru dan dikatakan mempunyai cita-cita politik yang tinggi.

Ku Li masih lagi ahli UMNO dan tidak pernah memberi bayangan bahawa beliau akan meninggalkan parti itu. Amanah sebenarnya boleh digunakan Ku Li untuk mempersembahkan dirinya sebagai penyatu pelbagai puak dalam UMNO dalam pemilihan presiden kelak.

Biarlah katak Bayan Baru dan Utusan Meloya tu meroyan macam orang gila.....

cheers.

No comments: