19 August 2011

ATM tak suruh pegawai2nya pangkah BN/UMNO...

Angkatan Tentera Malaysia hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan manipulasi undi pos yang dibuat oleh empat bekas anggotanya semalam.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin (kanan) bagaimanapun tidak menyalahkan bekas anggota berkenaan yang didakwanya "mungkin telah dipergunakan sebagai alat."

"Saya sudah periksa (dakwaan itu). Sebab itu saya berani menyangkal.

"(Dakwaan) itu tidak betul, tidak ada kesahihannya," katanya lagi yang mencabar supaya bukti dikemukakan untuk mengukuhkan dakwaan.

Beliau sebaliknya menyalahkan Pemuda PAS yang menganjurkan sidang media menampilkan empat orang bekas tentera tersebut.

"Saya tidak mahu salahkan bekas tentera saya. Mungkin mereka ada kekurangan masing-masing.

"Saya boleh ibaratkan (tindakan Pemuda PAS) sebagai tindakan pengkhianatan sebab ambil kesempatan," katanya lagi ketika ditanya sama ada angkatan tentera akan mengambil tindakan ke atas bekas anggota berkenaan.

Ketika ditemui selepas itu, Zulkifeli dengan tegas berkata tindakan memangkah undi bagi pihak anggota lain seperti didakwa itu "tidak boleh berlaku."
"Macam mana ia boleh berlaku, kita tidak akan benarkan ia berlaku," tambah Zulkifeli lagi, mengulas dakwaan yang ditimbulkan bekas anggota tentera itu bahawa mereka diarahkan untuk memangkah ribuan kertas undi semasa pilihan raya sebelum ini.

Baca seterusnya di sini.

source:malaysiakini

Kalau betul ambillah tindakan terhadap bekas2 pegawai yang mendedahkan perbuatan tersebut. Apa yang pelik ATM tak berani berbuat demikian kerana lebih banyak lagi tahi akan melimpah keluar daripada jamban SPR/UMNO/ATM...

Kenyataan berbau politik tak sepatut diujar oleh Panglima Jeneral tersebut. Dia seharusnya berkecuali. Itu kerja Menteri Pertahanan,tapi, nampak bila perbuatan ini sudah terdedah, menteri dah kecut teloq untuk buat komen...


Loyalty to the King and Country

Panglima Tentera Darat Pun Nak Jadi Macam Pengerusi SPR

Undi Pos: Panglima Tentera Pencacai Terbaru Umno-APCO

cheers.

4 comments:

BZ said...

PAT jangan jadikan ATM seperti POLIS
yang kena cucuk hidung.Jangan buat
ATM dilabelkan sebagai ANJING BN.
Kami semasa dalam perkhidmatan tidak
dibenarkan terlibat dengan politik
malah DIBUTAKAN tentang politik..Kami
memang tak ambil tahu tentang politik.Bila dah BEBAS baru kami
tahu hakx kami. No more yes sir!
Kami boleh bersuara dengan BEBAS.
Pengalaman PRU tahun 80an semasa
berada di Bangunan MARA Kuala Terengganu (undi pos).Pegawai (NO)
mengeluh pada saya mengatakan
menerima ARAHAN PIHAK ATASAN
"Make sure the boys pangkah BN".
Kebenarannya keempatx bekas
tentera itu terlibat secara
langsung dalam urusan UNDI POS.
Jadi apa kejadahnya mereka hendak
berbohong.Itu semua adalah
kenyataan.Dan untuk maklumat PAT
kebanyakan bekasx ATM adalah ahlix
PAS dan ramai lagi yang mesra PR.
Mana kami punya PRIVILEGE yang
sepatutnya bekasx tentera dapat
bila bersara???PBPM pun jangan
sembunyikan HAK bekasx tentera.

otaklunyai said...

Atas dinia ni boleh lah kau nafikan. Kalau kau mengaku 24jam kena turun pangkat atau kena tukar... itu semua orang tau amalan dimalaysia... Tapi perkarani bukan benda baru. dah bertahun2 amno laknat buat kerja kotor ini melalui ATM. Jangan ko nak nafikan pulak. Mulut boleh kata tidak tapi dalam hati kau tetap akui bahawa penyelewegan undi berlaku di ATM atas arahan politik.. kau jangan sembang dongeng lah... kalau nak bodek dan jilat jubo amno pun patut2 lah... perkara ni memang dah semua org tahu... cuma buktinya disorokkan sebab dilakukan secara terancang... Jeneral tentera sekarang ni memang dah tak da kualiti... sanggup bersekongkol dgn pengkhianat negara dan menjadi pendurhaka kepada Yang Dipertuan Agong... tetapi jeneral macam ni yg akan disambung kontrak dan naik pangkat dan dikurnia berbagai gelaran... tapi ingat akhirat nanti rakyat akan tuntut atas perbuatan khianat kau...

Anonymous said...

Soal setia...Setia dengan siapa?

Parti politik tak perlu setia dengan ATM (Angkatan Tentera Malaysia).

Semua orang kena setia kepada negara yang lambangnya ialah YDP (Yang di-Pertuan) Agong.

ATM juga setia kepada YDP Agong.

BUKAN setia kepada UMNO/BN atau mana2 gomen yang memerintah.

Nampaknya Jeneral kita ini lebih setia kepada UMNO/BN kerana gomen dah angkat naik dia jadi Jeneral.

Sepatutnya ATM hanya jalankan perintah gomen.

Bila ada beberapa pegawai ATM yang ditugaskan memangkah undi pos bagi pihak orang lain,itu JENAYAH namanya.

SPR tahu tapi depa buat dont know dalam ertikata lain SPR juga bersubahat dengan ATM dalam hal ini.

Nampaknya Jeneral ATM ini dah macam Ketua Polis Negara yang kerap dok jilat jubog gomen...

Anonymous said...

Panglima ANgkatan Tentera tu mabok kot...
Gua tahu lu siapa la zul so poraaahhh and see how stupid and arrogant is this guy.
He thinks the rakyat is scared of the generals.
Kalau nak membodek jangan tunjuk kan diri tu bangang!