27 May 2011

Pelaku video seks sudah disiasat dan kenalpasti...

Polis semalam mengesahkan pihaknya menyiasat pelaku di dalam rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang lelaki mirip seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur di sebuah apartmen di ibu negara yang didedahkan kepada sekumpulan wartawan pada 21 Mac lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai skop siasatan pelaku dalam video seks tersebut termasuk identiti pelakunya itu.

"Memang kita siasat (pelaku) sebab kita sudah kenal pasti dia," kata beliau pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini semalam.

Menurut beliau, kertas siasatan yang lengkap berhubung kes rakaman video seks telah diserahkan kepada pihak Peguam Negara pada minggu lalu dan menunggu maklum balas daripada jabatan itu untuk tindakan selanjutnya.

Difahamkan, kertas siasatan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan iaitu memiliki dan mengedar bahan lucah itu sebelum ini pernah dipulangkan semula oleh Peguam Negara sebanyak dua kali kepada polis untuk siasatan semula.

Pada 1 April lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan rakaman video seks berdurasi selama 22 minit bermula pukul 10.23 malam, 21 Februari lalu adalah rakaman tulen selepas disahkan oleh pakar. Baca di sini.

source:Kosmo Online

Apakah orang yang dipanggil itu sdr. Anwar?

Semalam sdr. Anwar berada di mana - rumah atau balai polis?

Jika sdr. Anwar tidak dipanggil ianya menjelaskan kepada kita bahawa selama ini UMNO dan pandikutty2nya telah melakukan fitnah demi untuk memusnahkan kredibiliti Anwar Ibrahim.

Sama2 kita tunggu laporan polis seterusnya.....


cheers.

3 comments:

Anonymous said...

Kalau pelaku tu Anwar,polis tak payah tunggu dah lama perkara tersebut akan dihebohkan.

Unknown said...

tak payah tunggu lama2...dedahkan je.

Anonymous said...

Memang kerajaan tak nak mem aib seorang bernama isteri, hanya isteri pelaku shj baik utk menyelamatkan maruah agama dan bangsa. cintailah party dan negara kamu.