20 April 2011

Sumpah:Hanya Patuh Kepada Peraturan Allah....

Datuk Shuib Lazim mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bersumpah laknat bagi membuktikan kebenaran dakwaan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Ketua Umum PKR itu.

Selain itu, Shuib, salah seorang “Datuk T” turut mencabar Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya melakukan perkara sama kerana bertindak menafikan kebenaran rakaman video itu tanpa pernah menontonnya.


Selain Shuib, dua lagi Datuk T adalah bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang menggemparkan negara apabila mempertontokan rakaman video seks itu kepada wakil media terpilih 21 Mac lalu.


Shuib menegaskan rakaman video seks itu perlu dijadikan bukti di mahkamah bagi menuntut keadilan.
“Mana nak cari empat saksi yang boleh dipercayai zaman sekarang ni, macam mana nak cari? Kalau Abdul Hadi dan Nik Aziz jadi saksi sudah tentu mereka tidak akan menyebelahi kami.

“Abdul Hadi dan Nik Aziz nak jadi saksi macam mana, belum tengok sudah kata fitnah... fitnah... fitnah... ustaz macam mana ni? Belum tengok sudah buat keputusan dan kata fitnah.


“Mereka tak tengok filem sudah kata fitnah... fitnah... fitnah... saya cabar Abdul Hadi, Nik Aziz termasuk Anwar Ibrahim sumpah laknat sebab kata video itu fitnah,” katanya.
Baca seterusnya di sini...

Sumpah:Hanya Patuh Kepada Peraturan Allah

Setahu para ulama, tiada sumpah dalam urusan yang melibatkan zina, rogol liwat (melainkan isteri yang mengadu kepada hakim bahawa dia diliwat oleh suami dibenarkan bersumpah), tuduhan seseorang itu melakukan zina tanpa mengemukakan saksi (qazaf) berpandukan tindakan yang tidak memanggil Safwan atau Aisyah bersumpah dalam peristiwa fitnah ke atasnya.

Demikian penerangan yang diberikan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai cabaran bersumpah dari bekas bendahari agung Perkasa, Datuk Shuib Lazim kepada dua pemimpin kanan PAS, Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bagi membuktikan kebenaran dakwaan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Anwar.

Sumpah hanya ada dalam urusan yang bukan jenayah di atas, yang pembuktian hanya dilakukan melalui penyaksian atau pengakuan.

Andainya dibenarkan sumpah dalam urusan qazaf, nescaya akan binasalah masyarakat, apabila seseorang wanita atau lelaki yang khianat atau berniat jahat kepada seorang imam, sanggup bersumpah dengan nama Allah:

“Wallahi, wabillahi, watallahi, imam itu telah merogol saya, nescaya akan punah keyakinan masyarakat pada imam, demikian seterusnya,” terang Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Lantaran itu, katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, Rasulullah s.a.w mengkategorikan qazaf sebagai dosa membinasakan – yakni ia akan membinasakan diri yang dituduh, keluarganya mungkin bercerai-berai, masyarakat hilang kepercayaan padanya dan institusi atau syarikat akan membawa hilang kredibiliti kepada majikannya.

Bayangkan kalau sumpah dibenarkan dalam tuduhan zina, rogol dan liwat, sudah tentu akan ada golongan yang akan mengambil kesempatan sanggup bersumpah demi menjatuhkan maruah seseorang,” tambahnya.

Disebabkan itu, katanya, Islam menyeru umatnya agar berpegang pada panduan ilmu yang disampaikan oleh para ulamak yang muktabar.

Apabila Dr Yusuf al-Qardhawi menjelaskan tiadanya sumpah dalam urusan qazaf, bermakna inilah panduan syarak yang perlu dipatuhi oleh umat Islam.

Semoga Allah menjauhi kita dari membuat tuduhan yang berupa qazaf kerana ia termasuk dalam tujuh dosa besar yang membinasakan umat manusia,” kata Tuan Ibrahim.

Oleh itu, beliau berkata, Shuib harus mendalami peraturan syarak sebelum mencabar pemimpin PAS untuk bersumpah.

Yang minta saksi ini bukan PAS, tapi Allah dan Rasul-Nya. Jangan kita anggap Allah jahil dalam membuat peraturan-Nya – Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Hakim dalam menetapkan hukuman-Nya.

Kita mesti ikut peraturan Allah, bukan membuat peraturan baru yang bercanggah dengan peraturan Allah. PAS tidak berhasrat membela sesiapa tetapi kita perlu ikut peraturan Allah,” tegas Tuan Ibrahim.

Kalau Shuib merasakan klip video seks itu satu kes penting, kata Tuan Ibrahim dia perlu menayangkannya pada hakim yang bakal memutuskan sesuatu kes dan bukannya kepada orang ramai untuk minta penghakiman awam.

Dia perlu mengadu kepada polis bukan tayang pada wartawan untuk jadi bahan menjatuh seseorang, kalau ianya benar sekalipun, apa lagi ianya penuh dengan pertikaian kesahihannya,” bidas Tuan Ibrahim, yang turut melahirkan rasa kesal ke atas kelambatan polis untuk mengambil tindakan terhadap trio Datuk T yang diketuai bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik yang melakukan jenayah secara terang dengan menyiarkan video lucah kepada orang awam.

source:harakah daily

AG harus tumpu kepada fitnah Datuk T, kata Johari


cheers.

3 comments:

Anonymous said...

Why sumpah pulak? Bukan engkau bertiga yang nak jadi hero,dedahkan video itu?

Jadi tanggungjawab engkau bertiga perlu buktikan anwar yang buat. Tak payah libat orang lain.

Engkau bernasib baik kerana engkau orang UMNO maka polis bagi bonos agar tak perlu tahan lagi. Bersyukorlah!!

Anonymous said...

Shuib belajar dengan Saiful kot....

Saiful sumpah laknat, dia pun nak suruh orang sumpah laknat jugak.

Anonymous said...

dasar orang takder iman, camtu ler.. ntah semganyang ke tidak.. tak tau la.. tengok cara perbuatan dia tu macam munafik jer.. sian kat anak bibni dia dapat orang camni..