19 April 2011

Shuib: 'Tidak adil' jika didakwa sebar video

Salah seorang daripada trio 'Datuk T', Datuk Shuib Lazim berkata, mereka tidak berniat untuk menyebarkan video lucah yang didakwa melibatkan seorang tokoh utama pembangkang. Oleh sebab itu, Shuib menyifatkan sebarang tindakan yang mungkin dikenakan ke atas mereka sebagai "tidak adil" kerana mereka tidak sepatutnya didakwa atas tuduhan berkenaan.

"Kita rasa kita bukan dedah kepada orang ramai, kita cuma tunjuk kepada pemberita. Pemberita yang akan jadi saksi (dalam kes tayangan video berkenaan).

"Tak adil... Kalau betul kita nak sebarkan, kita boleh buat 10,000 salinan. Itu barulah boleh kata sebar (bahan lucah).

"Tapi kalau polis kata kita salah, kita tanggunglah," kata Shuib lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas satu kenyataan polis semalam yang menyatakan bahawa trio berkenaan mungkin dikenakan tindakan kerana kesalahan mengedar dan menayang video seks tersebut.

'Tunjuk semua, biar terang'

Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan bahawa satu video pendek yang tersebar di Internet sejak awal bulan ini merupakan sebahagian daripada video penuh sepanjang 22 minit. Shuib bagaimanapun berkata, beliau tidak tahu bagaimana video berkenaan boleh tersebar di Internet memandangkan rakaman asal dan serta satu salinannya telah diserahkan kepada polis.

"Ada satu (rakaman) asal, ada satu salinan. Semuanya polis telah ambil, kesemuanya sekali. Sebab itulah tak sepatutnya bocor.

"Buat apa tunjuk sikit sangat? Sepatutnya tunjukkan semua terang-terang. Tak payahlah tunjuk sikit-sikit," katanya secara berseloroh.

Namun, Shuib turut mengakui bahawa beliau turut berasa terkejut apabila mengetahui bahawa video pendek itu telah berlegar di Internet. Jelasnya, beliau tidak tahu menahu mengenai tulisan dalam bahasa Thai yang tertera di imej video pendek tersebut.

"Semuanya buat di sini," katanya lagi yang turut menafikan spekulasi bahawa video berkenaan mungkin dirakam di negara berkenaan.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa supaya pihak polis membuat pemeriksaan DNA ke atas seutas jam tangan yang dikatakan telah diambil daripada lokasi penggambaran berkenaan.
"Sepatutnya (polis) buat (ujian) DNA sebab dekat situ mungkin ada daki (pelaku seks tersebut," tegasnya.

Jam tangan berkenaan juga telah diserahkan kepada polis, katanya lagi. Video lucah versi penuh itu ditayangkan kepada sekumpulan wartawan oleh Shuib dan dua lagi individu – bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan juga seorang usahawan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Selain tayangan pada 21 Mac kepada sekumpulan wartawan yang diadakan di sebuah hotel ternama, video berkenaan juga telah ditunjukkan kepada beberapa orang individu berkepentingan.

Timbalan pengarah jabatan siasatan jenayah Datuk Acryl Sani Abdullah Sani semalam dilaporkan berkata, individu terbabit mungkin dikenakan tindakan memandangkan siasatan mengikut Sekyen 292 Akta Kanun Keseksaan itu menjurus kepada pihak yang menayangkan video berkenaan.

source:malaysiakini

Shuib decries potential sex-tape charge

Masa nak sebar dan fitnah orang tak pikiaq habis2. Itu pun awak bernasib baik kerana polis tak bertindak dengan serta merta,kerana awak adalah orang UMNO. Kalulah orang lain dah lama polis cekup.

Pasal klip video yang tersebar di internet pula, mugkin itulah versi asal yang dibikin di Thailand. Apa yang geng datuk T buat ialah edit video tersebut kerana pelakon utamanya mirip Anwar serta menggunakan klip tersebut untuk tabur fitnah.

Pasal jam pula,apa kena mengena dengan klip video? Apa bukti yang jam tersebut milik si pelakon mirip rupa Anwar? Kalu di dalam video tersebut ada menunjukkan bahawa pelakon sedang memakai jam atau ada bab di mana sibetina itu sedang membelek2 jam bolehlah dikaitkan dengan video tersebut.

Mana tahu Eskay ini curi jam omega Anwar dan cuba perkena Anwar? Yang pelik,jam omega itu pula dijumpa bersama2 dengan kad warentinya. Pernahkah awak pakai jam dan bawa kad warenti bersama ke mana saja awak pergi? Pelek bin ajaib!

Soal kerjasama dengan syarikat omega adalah soal lain. Syarikat2 besar ini tak akan maklum maklumat2 peribadi individu demi menjaga kliennya. Atau mungkin jam omega itu dibeli di Petaling Street dan kad warenti itu pula palsu, sapa tahu.....

cheers.

4 comments:

Anonymous said...

Kalau tidak ada punca tunjuk video lucah kepada sidang wartawan dan beberapa personaliti politik bagaimana datang larutannya sehingga berlegar dalam kitaran internet? Keadaan sudah terlanjur, nak terangkan apa lagi kalau aibnya seseorang terlondeh sudah! Keadilan semestinya dicungkil bermula dari punca yang melibatkan mereka bertiga. Sebagai seorang muslim wajib dihalang perbuatan mungkar ini atau kalau tidak bencanalah akibatnya.Mendedahkan kepada kumpulan wartawan samalah seperti menyebarkan kepada umum. Apa tujuan Datuk T sebenarnya? Tak perlulah nak berdolak dalih, yang pasti perbuatan ini bermaksud serung dan jelas satu perbuatan mencari kepentingan dalam kuasa politik atau dalam ertikata lain ia adalah serangan politik yang bermotif balas dendam.Berjawatan tinggi tapi tak disertai iman samalah seperti bangkai busuk dihurung lalat. Lantaran baunya amat menjijikkan.

Anonymous said...

hairan dengan manusia jenis ini....Tidak adil untuk dirinya tetapi adilkah tindakannya menayangkan video itu.Adilkah kepada orang yang disasarkan daripada penayangan video itu?? Mustahil penayangan itu tanpa sebarang niat busuk. Dasar Melayu yang memalukan...

Anonymous said...

Sebagaimana sebuah lagu (tak ingat siapa penyanyinya),

Apo nak di kato....

Ini adalah dari jenis manusia bangsat yang tak tahu agama. Berniat mengaibkan maruah orang lain.

Allah yang adil. Belum di akhirat dibalas. Di dunia lagi telah ditunjukkan kejahatan mereka.

Anonymous said...

Lari aje keluar negeri...selamatkan dari fitnah diri sendiri.20 tahun beb section 206. Jgn buat fitnah.