28 January 2010

UMNO/BN sanggup buat apa saja untuk dapat balik kuasa undi 2/3.........

Mula-mula MP Kulim Bandar Baru buat kecoh hentam rakan sepakatan dalam PR. Ramai ahli PKR rasa sedih kerana tidak ada tindakan yang drastik tidak diambil terhadapnya kerana kononnya si YB ini adalah anak emas Pak Sheikh. Dan paling lantang sekali bersuara ialah ahli kanan PKR Zaid Ibrahim yang menanggap si YB Kulim Bandar Baru ini sebagai 'Little Napoleoan'

Dalam pada itu timbul pula cerita tentang seorang YB PKR dari Pulau Pinang mahu lompat masuk Parti Cinta Malaysia(PCM) bersama-sama beberapa YB-YB pembangkang lain bagi membolehkan gomen UMNO/BN Najib dapat balik undi 2/3 di Parlimen. Rancangan mereka ialah menjadi ahli bebas yang mesra BN dulu sebelum masuk PCM. Sebagai balasan katak-katak ini akan diangkat jadi Menteri,Timbalan Menteri dan Setiausaha Politik.

Dulu mereka gembar-gembur tentang kerajaan perpaduan tajaan pemimpin-pemimpin PAS tertentu yang mengakibatkan PAS menjadi lintang pukang seketika. Kini mereka target PKR pula,semata dengan tujuan untuk menguji sekuat manakah ikatan PKR. Bila YB Kulim Bandar Baru buat hal,itulah peluang untuk mereka bertindak.

Jadi insiden-insiden tangkap menangkap pegawai kerajaan, ahli-ahli politik gomen Pakatan Rakyat di Selangor oleh orang upahan BN,iaitu SPRM adalah 'game plan' UMNO untuk memporak peranda pihak pembangkang. Mereka mainkan isu agama,isu 'Allah',walaupun boss mereka Najib dah meminta agar tunggu keputusan mahkamah.

Gomen telah menarik balik berbagai peruntukkan ke sekolah. Hinggakan pelajar-pelajar yang tinggal di asrama terpaksa balik ke rumah setiap sabtu dan ahad,kononnya nak berjimat. Sebaliknya,gomen UMNO/BN boleh mengumpan YB-YB pembangkang menyertai gomen Najib dengan menyuap berjuta-juta ringgit serta memberi jawatan-jawatan menteri dan timbalan menteri.

Harap-harap YB-YB pakatan ini tidak akan bertindak untuk menjadi katak. Ingat gomen sangat-sangat perlu kuasa undi 2/3 itu. Dengan adanya kuasa undi 2/3 gomen ini akan lupa daratan dan meminda perlembagaan sesuaka hati mereka. Langkah pertama,gomen akan buat ialah persempadanan semula kawasan-kawasan pilihanraya.

Mereka akan memporak peranda kawasan-kawasan pilihanraya yang dimenangi pembangkang dan mengukuhkan kawasan-kawasan yang mereka menang dengan undi-undi hantu....ingat dak Najib cakap dulu tentang Jabatan Immigration yang gagal mengesan 40,000 warga India? Itu warga India, bagaimana pula ratusan ribu warga Indon,Bangla,Filipina dan Myanmar yang hilang terus daripada radar Immigration,termasuk warga Mangolia yang rekod Immigration mereka dipadam?

Itulah bahayanya bila gomen ini dapat balik kuasa undi 2/3............

cheers.

1 comment:

Anonymous said...

UMNO ini seolah dah hilang segala2nya. Jadi depa buat apa yang sepatut buat bagi kembalikan benda yang hilang. Tapi cara depa buat tak demokratik.

Depa tahu,undi orang cina & india dah susah nak dapat. Jadi main sentimen kemelayuan & agama. UMNO harap dengan itu orang Melayu akan sokong depa. Tapi sokong UMNO apa yang dapat? Pemimpin UMNO di atas masih perangai penyamun...