08 January 2010

Anwar's qazaf case - Syariah Court set Jan 13.......

PKR leader Anwar Ibrahim today filed an affidavit at the Federal Territory (FT) Syariah High Court to seek an order to compel FT syariah public prosecutor Shamsuddin Hussain to charge his former aide Mohd Saiful Bukhari Azlan for qazaf (false accusation). The matter will be heard before Syariah High Court judge Mohd Shukor Sabudin on Jan 13.

The suit also named FT religious department head Che Mat Che Ali and minister in charge of religious affairs Jamil Khir Baharom as respondents.Anwar also asked that the court to order Che Mat and Jamil not to "stop or influence" Shamsuddin in carrying out his duties in prosecuting Saiful. He filed his qazaf application on July 9, 2008 with the Federal Territories Islamic Affairs Department against Saiful for making "false allegations" against him. Anwar, 62, is facing a criminal trial at the Kuala Lumpur High Court for allegedly sodomising Saiful, 24, at a condominium in Bukit Damansara on June 26, 2008.

'Syariah court must be fair'

Talking to reporters after filing his affidavit, Anwar expressed frustration that the Syariah Court has done little after more than a year even though it was now beyond the investigation stage of the prosecution.

"As a Muslim, I deserve protection and would like to see development in the case."

According to Anwar, Jamil Khir told Parliament in October 2009 that it was not within the competence of the Syariah Court to handle the matter as it has to wait for the civil courts to decide.

"This is to me a mockery of the justice system and an insult to the Syariah Court," he said.

He stressed that the syariah courts must be above political and individual sentiments.

"Why talk about the importance of Islam and syariah when you do not respect basic fundamental principles of the law?

"The government (only cites) syariah (law) when it seems convenient to them politically," he told reporters.

Representing Anwar were lawyers Kamar Ainiah Kamaruzaman (left), Zulkifli Noordin, Dorina Abdullah and Gamal Lokman.

Kamar told reporters that "by Quranic injunction, the one who accuses must justify the offence by producing four witnesses".

She said that the respondents would be served summonses in one to two days.

(Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyerahkan afidavit di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur bagi mendakwa bekas seorang pembantunya atas kesalahan melakukan qazaf atau tuduhan palsu berhubung kes liwat yang dihadapinya.

Permohonan pemimpin PKR itu bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya mendakwa Mohd Saiful Bukhari Azlan bawah Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 kerana membuat tuduhan palsu.
Kes Anwar dijadual dibicarakan pada 23 Januari ini di mahkamah tinggi selepas pergelutan perundangan yang berlarutan.

Selepas memfailkan afidavit tersebut, Anwar berkata ia susulan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom di Parlimen pada Oktober tahun lalu.
"Laporan saya berkaitan kes qazaf (jenayah fitnah). Qazaf itu kesalahan jenayah syarie yang tidak mempunyai persamaan dengan mana-mana kesalahan atau undang-undang bawah kanun jenayah yang digunakan di mahkamah sivil," kata Anwar.

Tambahnya, beliau terkejut dengan kenyataan Jamil Khir yang menyebut kes qazaf itu hendaklah menunggu selesai perbicaraan kes liwat yang dihadapinya (Anwar) di mahkamah sivil.


"Jadi untuk menteri membuat kenyataan dangkal sebegitu memeranjatkan dan saya anggap itu adalah campur tangan politik dalam perjalanan mahkamah syariah.
"Yang lebih berat lagi, kerana (kenyataan Jamil Khir) jelas menghina kedudukan dan kewibawaan mahkamah syariah. Sejak bila mahkamah syariah harus tunduk kepada mahkamah sivil?" katanya.

Anwar juga menjelaskan, kes qazaf yang difail olehnya berbeza daripada kes liwat terhadapnya di mahkamah sivil. Jamil Khir turut dinamakan sebagai responden dalam afidavit berkenaan, selain Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan dan pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).


Anwar juga berkata beberapa dokumen seperti laporan polis, sumpah laknat yang dibuat oleh Mohd Saiful dan laporan perubatan terhadap pemuda itu dikemukakan kepada Jawi. Tokoh pembangkang itu turut menyenaraikan beberapa individu sebagai saksi yang berada bersamanya ketika kejadian liwat itu didakwa berlaku pada dua tahun lalu.

Permohonannya akan didengar pada 13 Januari di depan hakim syarie Mohd Shukor Shabudin, jelas peguamnya Kamar Ainiah Kamaruzaman yang hadir di sidang media tersebut.


Menurut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, "mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina (atau liwat) tanpa mengemukakan, mengikut hukum syarak, empat orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan."


Jika disabitkan dengan kesalahan qazaf, seseorang boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.


source:malaysiakini

Anyway true to their 1Malaysia tradition,the Syariah court judge will find ways to postpone or delay the case. If the Syariah Court can sit on the case for more than two years, it makes no difference if the case is delayed for another year...........

cheers.

No comments: