13 January 2010

Isu Bala -SPRM - Jangan hangat-hangat tahi ayam saja.......

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia untuk menemui detektif persendirian P. Balasubramaniam di mana-mana saja walaupun di luar negara untuk mendapatkan keterangannya ekoran pendedahan terbaru mengenai wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu menerusi siri rakaman akhir tahun lalu.

Balasubramaniam berada di luar negara sejak lebih setahun lalu selepas membuat akuan bersumpah kedua mengenai kes wanita Mongolia itu yang dibunuh pada tahun 2006. Akuan bersumpah kedua Balasubramaniam menafikan akuan bersumpah pertama yang dibuatnya sehari sebelum itu.

“Bagi kami Balasubramaniam adalah saksi utama. Kami akan menyediakan kemudahan (untuk dia) di mana saja, walaupun di luar negara,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru Datuk Abu Kassim Mohamed di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya SPRM belum menemui Balasubramaniam lagi setakat ini.

“Kami mahu dia tampil menemui kami untuk diambil keterangan... apa yang penting ialah dia kena datang memberi keterangan.

“Kami sedang berusaha mendapatkan kenyataan daripada dia,” katanya.

Beliau juga mengulangi bahawa SPRM sedia untuk menghantar pegawainya menemui Balasubramaniam di luar negara iaitu sama ada di Singapura ataupun London sebagaimana diinginkannya.

Menjawab emel Balasubramaniam pada 17 Dis lalu, SPRM mahukan permintaan formal bagi membolehkan pihaknya melayan kesediaan penyiasat persendirian itu yang berhasrat untuk memberi keterangan kepada agensi itu berhubung pendedahan rakaman temu ramah terbaru berkaitan kes Mongolia. SPRM menyatakan pendirian pihaknya dalam surat bertarikh 17 Dis kepada peguam Balasubramaniam, Americk Sidhu.

“MACC telah menghubungi saya dengan menghantar surat ke pejabat saya di Kuala Lumpur, meminta saya berurusan secara formal sebelum mereka boleh memberi respons kepada surat asal saya (yang diemelkan) untuk diatur temu janji bagi mereka menemu bual Bala,: kata Americk.

Balasubramaniam menyatakan kesediaannya dalam emel yang dikirim kepada SPRM beberapa hari selepas Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd. Akin diambil keterangan oleh pegawai bahagian siasatan Penguasa Abdul Rahman Bachok pada 4 Dis lalu. Dalam surat tersebut, kata Americk, Balasubramaniam telah melahirkan hasrat untuk sedia bekerjasama dengan SPRM.

Pada 4 Dis lalu, Shamsul Iskandar yang membuat laporan dan menyerahkan rakaman temu ramah Balasubramaniam berhubung pembabitan adik Perdana Menteri dalam isu pertukaran akuan sumpahnya mengenai hubungan Altantuya dengan Datuk Seri Najib Razak kepada SPRM.

Balasubramaniam membuat pengakuan itu pada satu wawancara dengan tiga peguam terkenal di Singapura baru-baru ini. Selepas portal-portal tempatan menyiarkan temu bual itu, beberapa pemimpin atasan Pemuda Pakatan Rakyat menyerahkan laporan kepada SPRM dengan menamakan Datuk Mohamed Nazim Razak dan seorang peniaga permaidani Deepak Jaikishan sebagai dua individu utama yang perlu disiasat.

Deepak juga didakwa kenalan rapat Datin Seri Rosmah Mansor.

source:malaysian insider

Kita tunggu seteguh mana teloq SPRM dalam menghadapi isu Bala-Altantuya-Razak-Najib........

cheers.

No comments: