03 September 2009

YB-YB tak perlu bimbang lagi,kalau diarah kosongkan kerusi.........

Perlembagaan menetapkan bahawa SPR hanyalah berfungsi sebagai;

a. Jawatankuasa pilihan raya ke atas kawasan parlimen dan DUN, mengelola pilihan raya, dan pelaksanaan pendaftaran pemilih.

b. Ia juga mengumpul maklumat mengenai kawasan baru yang membolehkan keadilan dapat dilakukan ke atas pengundi untuk mengundi di kawasan pengundian yang ditetapkan, mempromosikan kepentingan mengundi, dan menguruskan semakan daftar pemilih dengan memadam nama-nama orang yang telah mati atau didapati tidak layak mengundi.

c. Pada hari pengundian, anggota SPR dan pegawai akan berada di pusat pengundian untuk menjalankan proses pengundian pilihan raya.


Maka tugas menentukan sesuatu kerusi itu kosong atau tidak adalah kuasa Speaker dan Dewan semua negeri serta Parlimen. Namun sekarang ini, sebaliknya berlaku.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan tidak wujud kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh dan tidak perlu diadakan pilihan raya kecil.

Dengan keputusan itu, kerusi tersebut yang menjadi perhatian sejak dua minggu lalu kekal milik Barisan Nasional (BN) yang dimenangi pada Mac 2008.

Ini kali kedua SPR memutuskan untuk tidak mengisytiharkan kekosongan, sekali gus mengelakkan daripada diadakan pilihan raya kecil. Langkah yang sama diambil ke atas kerusi DUN Changkat Jering dan Behrang – kedua-duanya di Perak Februari lalu.

“SPR juga memutuskan bahawa kerusi ADUN Kota Siputeh masih disandang oleh Datuk Abu Hassan Sarif yang beliau menangi dalam pilihan raya umum ke-12 yang lepas,” kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof dalam kenyaatan yang dikeluarkan lewat petang tadi.

source:mStar online

Keputusan ini membawa implikasi.......

a. bahawa ma saja wakil rakyat yang tak puas hati dengan parti berkenaan boleh bila saja letak jawatan daripada parti itu dan sokong parti lain.

b. bahawa mana-mana-mana saja wakil rakyat yang rasa bosan menghadiri sidang DUN atau parlimen, bolehlah berehat dan pergi makan angin ke luar negara, kerana walaupun mereka tak hadir sidang dewan lebih daripada dua sesi, mereka tetap kekal sebagai wakil rakyat, walaupun speaker membuat laporan kepada SPR.

c. bahawa mana-mana wakil rakyat boleh relaks di rumah dan ikuti sidang DUN atau parlimen melalui RTM TV1, tuan speaker tak boleh buat apa-apa kalu mereka tak hadir sidang, kerana kuasa menentukan sama ada kerusi kosong atau tidak terletak ditangan Pengerusi SPR.

cheers.

1 comment:

Anonymous said...

Esok gomen rasa nak kalah dalam PRU,SPR boleh saja istihar tak perlu adakan PRU ke-13,terus kekal gomen yang sedia ada.