04 September 2009

Kampung Buah Pala mula diroboh..........

Beberapa jentolak akhirnya berjaya merobohkan empat buah rumah di Kampung Buah Pala, Pulau Pinang. Hari ini penduduk Kg Buah Pala seperti bersedia rumah mereka dirobohkan apabila mereka menyedari usaha untuk menghalang pemaju untuk merobohkan rumah mereka adalah satu usaha yang sia-sia.

Bagaimanapun, penduduk Kg Buah Pala berjaya meluahkan kekecewaan mereka pada pihak pemaju, Pengarah Eksekutif Nusmetro Ventures Sdn Bhd Gary Ho untuk mengelakkan lebih banyak rumah dirobohkan. Anggota polis terpaksa mengiringi pekerja daripada syarikat pemaju dari rumah ke rumah untuk merobohkan rumah penduduk kampung apabila mereka menghalang traktor yang digunakan untuk merobohkan rumah daripada memasuki kampung.

Ho berkata hanya empat rumah yang telah dirobohkan dan yang lain akan dirobohkan pada minggu hadapan. Dalam kejadian itu, polis telah menahan 14 orang, termasuk 3 wanita dan peguam penduduk Kg Buah Pala,Dharshan Singh.

Penduduk sebelum ini enggan membenarkan operasi perobohan dijalankan, dengan alasan perintah mahkamah adalah hanya untuk mengosong pemilikan tetapi bukan untuk merobohkan rumah di kampung itu.Mereka bagaimanapun, membenarkan kerja perobohan itu diteruskan selepas pengarah syarikat pemaju berkenaan, Gary Ho menjelaskan bahawa Saravanan telahpun bersetuju menerima tawaran pampasan dan turut menyerahkan kunci rumahnya kepada pihak pemaju.

Kerja meroboh itu akhirnya dihentikan pada jam 2 petang dengan tiga rumah kosong dirobohkan manakala rumah keempat sempat dirobohkan sebahagiannya. Kira-kira 24 pemilik rumah di kampung tersebut telah menerima tawaran rumah dua tingkat yang dibuat oleh Nusmetro.

source:mStar online

Nak kata apa lagi.....nasi dah jadi bubur............yang aku heran mana perginya wira-wira UMNO pemijak kepala lembu ketika rakan-rakan sekutu mereka,MIC sedang berjuang mempertahankan tanah dan rumah di Kampung Buah Pala........

cheers.

No comments: