07 September 2009

Semuanya angkara selama 51 tahun BN buat tahi.......

Najib Tun Razak berkata kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang kini dilihat mula dipersoalkan satu persatu oleh rakyat yang ternyata semakin sangsi dengan kewibawaan mereka mentadbir.

Menurutnya, jika sebelum ini pembangkang dilihat amat mudah mempertikaikan kerajaan BN, kini mereka perlu sedar bahawa bukanlah mudah mentadbir seperti mana mudahnya mereka berjanji sesuatu kepada rakyat setiap kali menjelang pilihan raya umum.

"Sebenarnya bila mereka jadi pembangkang, amat mudah bagi mereka untuk mempertikaikan kerajaan BN, kononnya kita tidak berwibawa dan sebagainya.

"Hakikatnya bila kita (mereka) mentadbir, tidak semudahnya seperti mana sewaktu mereka lakarkan sewaktu mereka jadi pembangkang. Beberapa kes yang berlaku ini (ketika ini) adalah disebabkan janji mereka buat sebelum pilihan raya dan juga kegagalan mereka untuk membuat keputusan yang tepat dalam keadaan setempat dan ambil kira masyarakat berkenaan," katanya.

Dia berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai majlis dialog bersama penduduk Seksyen 23 berhubung cadangan pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke kawasan perumahan mereka yang berlangsung dalam suasana kecoh semalam.

source:malaysiakini

Apa yang berlaku di Shah Alam,sebenarnya penyanggak-penyanggak UMNO yang buat kacau.... Sekurang-kurang MB Khalid sanggup turun untuk berdialog, kalu Khir Toyo dah lama cabut lari.....tapi cakap pasal 1Malaysia.....pooooooooorah........

Najib boleh cakap apa saja dia suka. Namun,hakikatnya gomen Pakatan Rakyat sedang menyapu najis dan sampah sarap yang dihimpun oleh gomen BN selama 51 tahun lalu. Selama 51 tahun gomen BN ini hanya berkokok saja dan Najib fikir BN saja yang boleh jadi pemerintah yang baik.....baik betul kena dengan depa supaya boleh balun berbilion-bilion wang rakyat.

Bila dah jadi macam ini,semua penyamun dan penyanggak dah kelaparan kerana tak boleh balun apa-apa lagi...Kalaulah BN bagus sangat seperti yang didakwa Najib, negeri Perak itu dah beberapa bulan dirampasnya....apa kemajuan yang sungguh outstanding? Nak panggil sidang DUN kena minta bantuan polis, kalau buat sendiri UMNO tentu kecut teloq.......

Cuba lihat penyanggak yang melalak di bawah ini dengan penyanggak yang mengheret kepala lembu UMNO, bukan pelandok 2 serupa.........




cheers.

2 comments:

Zanie said...

Najib ingat kita rakyat malaysia ni bodoh gamaknya. Tisak ada pemimpin Malaysia yang dipandang hina sehina-hinanya seperti Najib ini. Ini tidak sukar difahami, manusia mana yang rela berketuakan orang yang terpalit dengan pembunuhan seorang wanita hamil? Siapa yang mahu bersekongkol dengan lanun yang membaham ratusan juta wang orang awam? Hanya mereka yang jahat saja yang sanggup berketuakan bapak lanun! Orang-orang yang bertempek mencarut macam Haji Azmir Md Zain, Penaja UMNO seksyen 23 yang layak bersama UMNO. Manusia yang tidak boleh dipanggil manusia! Bertempik macam monyet, memalukan orang Melayu dan Islam saja. Haji apa?

Anonymous said...

Macamlah Mat Toyo tuh tak pernah kena boo..!! Utusan dan BH mmg celaka !! Ada yg siap angkat kerusi nak baling tuh..! Inilah namanya UMNO...walhal persetujuan perpindahan kuil di buat di zaman Toyo lagi..kenapa Toyo senyap jer..Byk lagi perkara jahat yg telah dibuat oleh org UMNO tapi semuanya berita cover line...krn itu UMNO ini mmg layak dipanggil CELAKA !! UMNO MMG CELAKA !!

rgds/Hafiz-Shah Alam