09 September 2009

Sivakumar vs Ganesan,mahkamah tinggi flip flop pula......

Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan saman bekas Speaker Perak, V Sivakumar terhadap penggantinya yang didakwa menyerang dan melakukan pemenjaraan salah semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak 7 Mei lalu. Ketika menolak permohonan itu dengan kos hari ini, Hakim Datuk Azahar Mohamed memutuskan mahkamah tidak ada kuasa untuk mendengar permohonan Sivakumar, justeru tidak boleh campur tangan dalam keputusan yang dibuat oleh ahli-ahli DUN.

Jika berbuat demikian katanya, ia akan melanggar Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding dalam DUN di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah.

"Ini adalah perkara dalaman dan apa sahaja perkara yang timbul perlu dibincang dan diselesaikan dalam DUN, bukan dalam mahkamah," katanya.

Sivakumar dalam permohonan samannya juga memohon injuksi bagi menghalang R Ganesan dan sesiapa di bawah arahan Ganesan daripada menghalang tugasnya sebagai Speaker dan menghalang daripada menyebabkan kecederaan berterusan terhadapnya.

Hakim Azahar berkata, pada fikirannya, tidak ada sebarang keraguan yang Sivakumar telah dilucutkan daripada jawatan Speaker dengan satu resolusi dan satu lagi resolusi telah diluluskan untuk melantik Ganesan sebagai Speaker pada sidang 7 Mei lalu. Beliau menambah, tindakan mempersoalkan kesahihan pelucutan Sivakumar adalah mempersoalkan resolusi DUN.

"Saya tidak boleh bersetuju dengan peguam plaintif yang prosiding pada 7 May tidak menentukan siapa yang menjadi Speaker," katanya.

source:mStar online


Hakim ini tak ikut "binding precedent" yang sedia ada. Sepatutnya hakim perlu terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan terdahulu yang berpendapat bahawa Mahkamah mempunyai kuasa untuk campurtangan dalam prosiding DUN walaupun ia melanggar Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding dalam DUN di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah.

Kenapa pula bila kena batang hidung BN, undang-undang lain pula diguna pakai?

Nampak sangat dalam mahkamah kangaroo kali ini, bila yang didakwa itu adalah BN, hakim sekali gus merujuk kepada Perlembagaan. Tapi, bila kena pada pembangkang, mahkamah akan berputar belit, dan secara flip flop membelakangkan Perlembagaan negara untuk memastikan bahawa BN berjaya.

One wonders how on the one hand the judge says that under Article 72 (1) Fed Constitution the validity of any proceeding in the legislative assembly cannot be questioned in court.

However, on the same breath he goes against this very provision by stating that the removal of Sivakumar as speaker and the appointment of the Ganesan as speaker on 7 May Assembly sitting was conclusive....... ha!ha!ha!

Another flip flop kangaroo court.......

cheers.

No comments: