26 May 2009

Nizar & PR - Jangan buat rayuan lagi,biarlah mahkamah rakyat tentukan.........

3 hakim mahkamah rayuan yang bersidang tempoh hari telah mengistiharkan Zambri MB Perak yang sah berdasarkan kepada perkara-perkara berikut;

1) bahawa Sultan Perak telah membuat keputusan yang betul melantik Zambry sebagai Menteri Besar selepas mendapati Mohammad Nizar kehilangan sokongan majoriti,

2) bahawa keputusan sama ada membenarkan atau tidak permohonan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah dalam bidang kuasa Sultan, Mohammad Nizar mesti meletakkan jawatan apabila permohonannya untuk pembubaran DUN ditolak

3) bahawa tiada peruntukan khusus atau mandatori dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak untuk diadakan undi sokongan majoriti di DUN Perak.

Implikasi daripada keputusan hakim-hakim mahkamah rayuan yang arif itu,nampak bahawa Sultan atau YDPAgong boleh tentukan siapa saja yang tuanku hendak jadi MB atau PM. Tak perlu lagi mendapatkan undi kepercayaan dari DUN atau Parlimen. Pendekata,mahkamah telah beri kuasa mutlak kepada Sultan dan YDPAgong untuk pilih MB atau PM ikut kehendak tuanku.

Katakanlah, kalau adalah sebilangan besar MP BN berpaling tadah dan sokong PR di Parlimen, ahli-ahli Parlimen hanya perlu mengadap YDPAgong untul mendapatkan restu baginda. Jika sekiranya YDPAgong setuju, baginda boleh lantik sama ada Ketua Pembangkang atau siapa saja yang baginda fikir layak jadi PM. Siapa saja yang dilantik tuanku jadi PM tak perlu lagi adakan usul undi kepercayaan di Parlimen. Jika ini berlaku dalam masa terdekat maka si Najib akan kantoi dan big mama pula menangis berguling-guling.

Semua ini boleh berlaku, kerana mahkamah rayuan dah tunjuk jalan keluar.....

Saya juga ingin cadang agar Nizar Jamaluddin dan PR tidak lagi buat rayuan kepada mahkamah Federal. Kalau di peringkat mahkamah rayuan sudah nampak bagaimana sepantas kilat mereka bertindak untuk meluluskan permohonan Zamry bagi menghalang keputusan mahkamah tinggi yang memihak kepada Nizar, mereka juga boleh "do wonders" di mahkamah Federal, tambah-tambah lagi bila KHN adalah bekas orang kuat UMNO.

Nizar juga jangan terperangkap dengan mainan politik kotor Najib yang sekarang ini sambil senyum dan ketawa mecadangkan supaya Nizar buat rayuan ke mahkamah Federal. Najib tahu, bila sampai ke mahkamah Federal, siapa yang akan menang. Akhirnya, Najib jadi victorious. Tanpa merayu, Nizar dan PR boleh halang mainan kotor Najib itu.

Dengan tiada merayu kepada mahkamah Federal, rakyat Perak akan tetap memberi sokongan padu kepada Nizar dan PR, walaupun negeri tersebut akan diperintah oleh MB Zambry lantikan mahkamah. Jadi memang layaklah si Zambry ini digelar "MB mahkamah".

The higher you go up the court hierarchy, the worst it will become. If Pakatan Raykat appeals the case to the Federal Court, it is a forgone conclusion that they will lose. It is already evident that only in the High Court and the magistrate court could PR stand an even chance.

How do you think that they have got to sit in that position in the Apex courts? Apart from the known recommendation by Mr. Correct,Correct,Correct, they are also promoted because they are in line with the powers that be. It cannot be more obvious that the head of the judiciary was previously an UMNO diehard.

So, Nizar and PR please dont appeal..........

Satu lagi cerita hot ialah apabila calon bebas PRK Penanti Aminah Abdullah mendakwa mempunyai bukti PKR cuba menyogoknya sebanyak RM 80,000 serta jawatan penting jika dia tidak bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti, 31 Mei ini. Bekas ketua Wanita PKR Pulau Pinang mendakwa, dua wakil parti itu menemuinya pada 13 Mei lalu untuk menawarkan jawatan yang dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). Dia juga mendakwa, jika berjaya menewaskan calon PKR Mansor Othman dalam pilihanraya DUN itu, dia akan dibenarkan menyertai PKR semula dan diberikan jawatan Timbalan satu Ketua Menteri. Mungkin Najib saja yang boleh tawar jawatan TKM pada Aminah dan kalau ini berlaku aku nak pindah ke Mongolia.

Nak tanya, pasal apa RM 80,000 saja, kenapa tidak minta 4 atau 5 juta, bukankah itu lebih menasabah. Dengar kata sikatak betina dari DAP yang melompat di Perak tu dapat RM 20 juta!!! Dan yang lebih tak masuk akai siapa yang berkuasa untuk tawar jawatan TKM(1)?, Guang Eng atau penyanggak2 yang menemuinya itu?

Saya tak mahu bincang panjang, baca sini dan sini seterusnya...........


N12 PENANTI

THE PKR CANDIDATE


DR. MANSOR OTHMAN



VOTE WISELY

LOOK AT PERAK AND REJECT BN/UMNO

cheers.

No comments: