07 May 2009

Dapatkah Sivakumar Gagalkan Perancangan UMNO/BN.......

Sidang Dewan Undangan Negeri Perak 7 Mei ini bukanlah persidangan biasa dalam mana-mana sidang DUN di negara ini.Sidang DUN 7 Mei dianggap pertembungan nilai-nilai yang bertunjangkan keadilan dan kedaulatan undang-undang dengan undang-undang rimba dan kerakusan kuasa, seperti mana juga pertembungan haq dan bathil dalam ajaran agama sejagat. Oleh itu sidang hari Khamis ini menjadi bukan sahaja perhatian rakyat Perak khususnya dan rakyat Malaysia amnya malah menjadi fokus masyarakat dunia.

Sidang 7 Mei akan memperlihatkan kepada seluruh makhluk alam ini sama ada rakyat yang terus menerus ditindas dan dinafikan hak mereka oleh satu sistem kerajaan yang membelakangi segala yang betul, teratur dan lurus akan mencapai kemenangan hitam mereka sekali lagi atau apakah kuasa rakyat yang dalam sejarah dunia mampu menghadapi apa saja kuasa bakal mengalahkankan kuasa jahat yang selama ini membelenggu mereka.

Apa yang bakal terjadi di dalam ruang DUN 7 Mei hanya berdasarkan spekulasi semata-mata tetapi jika diteliti Perintah-Perintah Tetap DUN dan Perlembagaan Perak beberapa kemungkinan bakal berlaku pada hari Khamis kelak. Percubaan pertama Umno dan Barisan Nasional yang diketuai oleh Menteri Besar yang masih dipertikaikan status halal haramnya, Zambry Abd Kadir ialah menyingkirkan Speaker, V. Sivakumar. Dalam DUN Speaker berkuasa sepenuhnya dan kuasa beliau tidak boleh dicabar hatta dalam mahkamah sekali pun.

Jika ada Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri BN cuba membuat kacau dan menganggu gugat sidang, mereka boleh digantung oleh Sivakumar atau diarahkan keluar Dewan. Jika empat ADUN BN digantung Pakatan Rakyat akan memperolehi majoriti mudah dan undi tidak percaya terhadap Zambry boleh diadakan. Sekiranya ini berlaku Speaker kemudiannya akan memaklumkan kepada Sultan Perak bahawa Zambry tidak lagi menikmati sokongan majoriti ahli-ahli Dewan.

Pada peringkat Sultan Azlan mempunyai dua opsyen; pertama baginda akan perkenankan supaya DUN dibubarkan dan pilihan kedua baginda akan mengganti Zambry. Di bawah undang-undang tubuh negeri Perak, Sultan tidak mempunyai kuasa untuk memecat Menteri Besar atau meminta beliau meletak jawatan. Jika ini terjadi maka Perak akan mempunyai dua Menteri Besar tanpa kedudukan yang sah di sisi undang-undang. Kemungkinan Sultan Azlan berbuat demikian hampir mustahil kerana baginda adalah pakar perundangan dan arif mengetahui selok belok perundangan negeri dan negara. Pilihan yang paling afdal bagi baginda ialah memperkenankan pembubaran DUN dan inilah logik yang paling diterima akal dan direstui rakyat.

Walau bagaimanapun situasi ideal ini hanya akan berlaku sekiranya persidangan DUN tersebut adalah adil dan saksama. Dalam hubungan ini peranan yang dimainkan oleh Setiausaha DUN adalah penting.

Langkah pertama BN ialah memperakui perlantikan Setiausaha yang pro-BN. ADUN-ADUN BN akan berlakon untuk menonjolkan imej Speaker sebagai seorang yang menderhaka terhadap Sultan dan atas alasan itu beliau boleh disingkir melalui peruntukan Artikel 31 (1) perlembagaan negeri.

Sebaliknya jika Sivakumar gagal hadir pada hari sidang bermula maka Artikel 36 (A) boleh digunapakai untuk melantik seorang Speaker baru. BN sudah pun mengumumkan bekas ADUN Sungkai yang juga seorang peguam, R. Ganesan sebagai calon Speaker. Artikel 36 menggariskan prosedur perlantikan Speaker yang bukan daripada kalangan ADUN. Dalam apa hal pun Pakatan Rakyat tidak akan berdiam diri dan mempunyai strateginya sendiri sebagaimana juga Zambry. Seperti juga dalam permainan daun pakau, pemain akan menyimpan daun kemenangan sampai kepenghujung permainan dan akan menggunakannya pada saat-saat terakhir.

Persoalannya apakah senjata sulit yang disimpan oleh kedua-dua belah pihak. Sekiranya mahu menang dalam pertarungan dalam DUN 7 Mei nanti Pakatan Rakyat perlu melancarkan ofensif sekiranya mahu terus menguasai Dewan. Senjata terkuat Pakatan Rakyat terletak dalam Perintah-Perintah Tetap yang menjadi tunggak kuasa Speaker. BN selagi boleh tidak mahu berhadapan dengan rakyat melalui pilihan raya negeri kerana mereka tahu akan kalah teruk, lebih teruk daripada Pilihan raya Umum 2008.

Rakyat pula menolak mereka dan meneruskan ciri penolakan Umno dan BN seperti yang dilihat dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang bulan lalu. BN akan cuba sedaya upaya mereka untuk terus berkuasa walaupun tanpa mandat rakyat. Pakatan Rakyat pula perlu mencari pendekatan terbaik dan sistematik supaya DUN dapat dibubarkan dan dikembalikan memerintah Perak dengan majoriti jauh lebih besar dan mantap.

Baca sini dan sini.

source:TV antara

Meanwhile police have obtained a court injunction which will empower them to arrest on sight any member of the public seen within the vicinity of Perak state secretariat building. The court injunction bars all supporters of political parties from gathering within 500 meters of the building, where the controversial state assembly sitting will be held. Supporters from both Pakatan Rakyat and Barisan Nasional are expected to turn up to support their respective sides in the on-going power struggle to control the state.
MCPXThe court injunction bars all supporters of political parties from gathering within 500 meters of the building, where the controversial state assembly sitting will be held tomorrow.Supporters from both Pakatan Rakyat and Barisan Nasional are expected to turn up to support their respective sides in the on-going power struggle to control the state.

The Federal. Constitution spells out that the King and/or the Ruler is powerless to remove a PM or a CM and also that the court have no jurisdiction over the speakers decision in the legislature. However, all theses helps BN whilst in power, but turn to be a bitter medicine when they lost power, so now BN just don't care about law and order. So far, the AG,Judges, Police, the State Secretariat and UMNO leaders are all making a mockery of the legal system and seem to interpret the Federal and State Constitution according to their whims and fancies.

Dr Mahathir Mohamad said his understanding was that any state Ruler cannot remove the head of government.

"I don't know how different the Perak Constitution is from the Federal Constitution but if a leader asks the Ruler to dissolve the assembly, the Ruler has the right to refuse. But he cannot remove the head of government either," the country's fourth prime minister told reporters today.

"The head of government will then have to function without a majority and can be removed via a motion of no confidence," said Dr Mahathir, who as prime minister led a successful move to remove the immunity of the Rulers in 1993.

He also said a state assembly speaker can be sued if there are complaints or if laws are broken. However, the judiciary cannot interfere with the speaker's decisions on its own.

"If someone makes a complaint or if there is evidence of a breach of law, the judiciary can pass judgment. If what the speaker is doing is in accordance with the law, that is quite different from rules of legislature which have certain privileges," he said, adding the judiciary can judge only if the privileges are abused.

Btw. the police will arrest those wearing black.....ooooooo apa punya fobia!!!

Lets hope that Perak's DUN dissolves. Go back to the rakyat for a new mandate..............

Read here and here.

Get live updates on whats happening in Ipoh today...... here, here and here.

cheers.

No comments: