09 May 2009

DUN Perak tak ubah macam Dewan Perundangan Taiwan.........

Episod hitam yang berlaku dalam DUN Perak Selasa lalu adalah sangat memalukan. Lebih-lebih lagi di Malaysia, di mana rakyatnya berbilang kaum serta kaya dengan adat budaya ketimuran dan mengamalkan sikap hormat menghormati antara satu sama lain.

Apa yang jelas budaya samseng ala mat rempit yang di bawa ke dewan itu tidak seharusnya berlaku,tambah-tambah lagi ketika Tuanku Raja Nazrin sedang menanti untuk memberikan ucap titah diraja tuanku. Nampaknya Raja Nazrin Shah lebih menghormati DUN Perak apabila sanggup "mencemar Duli" dengan menunggu lampu hijau dari Speaker DUN Sivakumar,untuk merasmikan DUN.

Penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian berkata episod dalam DUN Perak semalam adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dalam konteks demokrasi di Malaysia hari ini.

"Kita tak seharusnya sampai ke tahap mentaliti dunia seperti yang berlaku dalam dewan perundangan di Taiwan," katanya.Dengan perkembangan terbaru ini, Sultan Perak Sultan Azlan Shah, katanya, wajar campur tangan bagi menyelesaikan masalah ini secara muktamad.

Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Aziz Bari menyifatkan kejadian yang berlaku itu sebagai detik hitam terbaru dalam sistem demokrasi berparlimen Malaysia.

“Tindakan menggunakan anggota polis untuk mengusir keluar Speaker dan Adun daripada dewan merupakan peristiwa hitam dalam sejarah demokrasi dan hidup berpelembagaan di Negara kita,” katanya. Beliau membidas tindakan polis menceroboh masuk DUN Perak untuk mengheret keluar Spekaer V.Sivakumar dari Pakatan Rakyat.

Menurutnya lagi, tindakan mematikan pembesar suara Sivakumar sejak awal lagi agak jelek dan tidak patut berlaku dalam sebuah demokrasi moden. Dr Aziz menegaskan bahawa apa yang dilakukan oleh BN adalah tidak betul.

Benar kata Dr Mahathir bahawa UMNO/BN terlalu tergopoh-gapah didalam isu "Perak" ini. Apa saja MB Zambry buat betul-betul melanggar norma-norma persidangan dewan, apabila.....

a. Mengingkari perintah Speaker agar keluar dari dewan...

b. Melantik Speaker baru walaupun Speaker Lama belum letak jawatan.

c. Mengadakan "persidangan DUN" sebelum upacara perasmian oleh Raja Muda Perak,Raja Nazrin Shah.

Sepatutnya DUN Perak dibubarkan saja untuk membolehkan rakyat Perak memilih gomen yang baru. Tetapi apabila kemelut ini dibiarkan untuk dipertikaikan di mahkamah,semuanya menjadi lintang pukang. Ini adalah kerana setiap pengamal undang-undang akan memberi interpretasi yang berbeda-beda serta mempersoalkan perkara-perkara tenikal serta isu-isu remeh temeh yang berbagai-bagai. Lebih menyulitkan lagi,seandainya hakim jenis 'correct,correct,correct' dipilih untuk mengendalikan kes-kes tersebut. Tambah-tambah lagi bila keputusan-keputusan yang bakal dibuat berat sebelah.

Tindakan MB Zambry untuk memanggil persidangan DUN Perak secara tergesa-gesa,kononnya jika ianya tidak dibuat sebelum 13 Mei 2009 ini, DUN Perak akan bubar secara otomatik. Betulkah perlembagaan negeri Perak mengatakan begitu? Apa yang saya tahu dari rakan loyar saya,bahawa tidak ada fasal dalam perlembagaan Perak yang menyentuh bab pembubaran.

Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan pada hari Isnin ini tentang siapakah MB Perak yang sah. Apa akan berlaku sekiranya mahkamah tinggi memutuskan bahawa Mohammad Nizar Jamaluddin(PR) adalah MB Perak yang sah?

Sebaliknya,kalau mahkamah tinggi mengesahkan bahawa Zambry sebagai MB yang sah, rakyat akan mengandaikan bahawa tindakan MB Zambry sebagai tergesa-gesa,mabuk kuasa dan bertindak membelakangkan keputusan mahkamah.

Namun,keputusan mahkamah tinggi Isnin ini tidak akan menyelesaikan masalah, kerana pihak yang kalah berpeluang untuk merayu ke mahkamah rayuan dan federal. Jadi, kemelut gomen Perak akan berterusan tanpa nokta untuk satu jangkamasa yang panjang, kerana kedua-dua pihak enggan bertolak ansor.

Dalam saat-saat yang kritikal begini campur tangan Tuanku Sultan adalah wajar, sungguhpun Tuanku Sultan berada di atas politik, nasihat dan tunjuk ajar dari Tuanku Sultan boleh sekurang-kurangnya meredakan 'tension'.

Baca sini dan sini.

On another note, in order to divert attention from the Perak fiasco BN gomen created, the gomen announced it will release in the next few days 3 leaders of the outlawed Hindu Rights Action Force (Hindraf) protest group along with 10 others who had been held without trial, just a day after over 60 people were arrested in anti-government protests.

The trio are Hindraf advisor P. Uthayakumar, K. Vasantha and M. Manoharan, who was elected Kota Alam Shah assemblyman in last year's general election when he was under detention. They had been trying to seek freedom through the courts, but without any success.

cheers.

No comments: