23 May 2009

Dalam masa 5 minit saja, Zamri diistihar MB Perak yang sah........

Tiga hakim Mahkamah Rayuan hanya mengambil 5 minit untuk mengumumkan Zambry Kadir dari UMNO adalah Menteri Besar Perak yang sah, dan bukannya Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat.

Lebih mengejutkan ketiga-tiga hakim berkenaan mengambil pendirian senada bahawa Sultan Perak mempunyai kuasa penuh untuk melantik Zambry tanpa mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri untuk mengambil undi tidak percaya terhadap Nizar.

Hakim Md Raus Sharif, Zainun Ali dan Ahmad Maarop tidak memberikan hujah bertulis bagi menyokong keputusan mereka yang mempunyai implikasi mendalam terhadap sistem demokrasi berparlimen di negara ini dan kuasa-kuasa istana sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.

Mengulas keputusan mahkamah itu, peguam Nizar, Sulaiman Abdullah berkata, “negara kita mempunyai hakim-hakim luar biasa dengan kebolehan luar biasa.”

Kini Nizar hanya boleh merayu kepada Mahkamah Persekutuan sebagai ruang perundangan terakhir untuk menegakkan mandat rakyat dan perlembagaan negeri Perak.

Kalau setakat nak buat keputusan dalam tempoh 5 minit tanpa sebarang hujah, tak perlu tunggu sampai pukul 3.30 petang tadi..........

Baca di sini dan sini.

cheers.

1 comment:

Anonymous said...

Ini lah mahkamah kongklikong! Mahkamah papan dam. Tanpa hujah dan laporan senang-senang saja jatuh hukum. Dari awal lagi kebanyakan orang dah tahu dah....aku tunggu pula mahkamah persekutuan. Harap-harap buat sikit home work sebelum buat keputusan. Ada hujah, ada laporan bertulis. Apa nak jadi hakim sekarang? Mahkamah tinggi tu baca hujah dan laporan hampir 40 minit sebelum buat keputusan.