03 December 2007

Acara LIMA tapi tiga terkorban......

Tiga anggota tentera, termasuk dua wanita, yang menjalani latihan payung terjun untuk pertunjukan Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi (LIMA 2007) mati lemas manakala 11 lagi cedera apabila penerjunan mereka tersasar ke dalam laut berhampiran pantai Kuala Muda pagi tadi.Ketua Daerah Polis Langkawi Supt Mohamed Ali Jamalludin berkata anggota Pasukan 10 Briged Para dari Kem Terendak, Melaka yang terbunuh itu ialah Siti Hajar Yaakob, 24, dan Nurul Wahida Yusof, 20, serta seorang anggota lelaki Raymond Duncan, 25.Salah seorang daripada 11 anggota yang cedera, Suraya Ali, 23, dilaporkan kritikal dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi - Bernama

Kepada anggota-anggota tentera yang terkorban salam takziah dari saya......

Apa yang saya kurang faham kenapa pasukan payung terjun yang telah lama menjalani latihan dan mempunyai pengalaman yang luas dalam penerjunan,tiba-tiba mengambil keputusan untuk terjun,walau pun mereka sedar bahawa keadaan cuaca yang tidak mengizinkan? Nampaknya kemalangan yang menimpa para anggota tentera kita berterusan akibat kelalaian pihak atasan membuat keputusan yang baik dan tepat. Menjamin keselamatan para anggota kita seharusnya diberi priority daripada membeli kapal selam dan jet perjuang....



Sementara itu di Kuala Terengganu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melahirkan rasa bangga apabila Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun kini menjadi penanda aras kepada siri kejohanan lumba kapal layar yang lain di peringkat dunia. Sambil menyifatkan kejayaan kejohanan itu semakin terserlah selepas tiga tahun temasya itu diadakan, Perdana Menteri berkata kejohanan itu telah membawa banyak manfaat kepada pembangunan terutamanya di Terengganu."Tentu sekali kita akan teruskan Piala Monsun pada tahun depan dan beberapa tahun akan datang dan jadi lebih maju lagi pada masa depan.-Bernama

Monsoon Cup tidak lama lagi akan menjadi budaya di kalangan orang-orang Terengganu.Sejauh manakah Monsoon Cup membawa faedah kepada rakyat Terengganu? Siapa yang meraih keuntungan hasil daripada acara ini? dan juga beberapa orang peserta Malaysia yang terlibat dengan Monsoon Cup? Pernahkah gomen membuat survey untuk menunjukkan ramai mana pengunjung tempatan yang datang untuk menyaksikan acara ini? Sememangnya,gomen tidak berani,kerana sambutan dingin daripada rakyat tempatan.

Kalau Monsoon Cup ini setakat nak bawa glamour saja kepada negara,aku rasa Pat Lah sudah tersilap. Monsoon Cup ini telah diadakan beberapa kali tetapi masih belum kita nampak laporan odit akaunnya. Kononnya,gomen kata acara ini adalah acara gomen dan menggunakan wang rakyat jadi rakyat ingin tahu juga cara mana wang rakyat dibelanjakan.

Ada pula yang berkata Monsoon Cup ini tajaan gomen dengan menggunakan wang royalti Petronas. Wang royalti Petronas ini pun wang rakyat bukan hak Petronas,hak UMNO atau hak gomen. Jadi perlu adakan akauntabiliti. Jangan jadi macam penyamun-penyamun di Institut Kemahiran Belia Negara(IKBN) yang sanggup membayar RM 224.94 untuk satu set screw drivers yang hanya berharga RM32.80 sen di pasar raya. Kalau buat pertandingan lumba bot nelayan,atau pun regatta diRaja adalah lebih berfaedah,belanja tak banyak,nelayan happy dan rakyat enjoy.

Apakah kita perlu membazirkan wang rakyat untuk mengayakan segelintir penyamun UMNO serta lintah darat yang nak tunjuk kepada seluruh dunia bahawa mereka boleh adakan pertandingan perahu layar bertaraf dunia,sedangkan ribuan rakyat miskin di Terengganu dan negara yang masih hidup dalam kedaifan,meraba-raba untuk mencari sesuap nasi.....

cheers.

2 comments:

Anonymous said...

Monsoon Cup yang dok bangga2kan,
sedangkan skandal bolasepak dan sepak takraw negara tak siapa pun peduli!!

Anonymous said...

Hope all the soldiers who lost their live because of Najib's screw-up will haunt him forever, make him tido tak lena, makan tak kenyang.