17 December 2007

Kalau Pat Lah bersimpati dengan 31 orang pengikut Hindraf,Suwandi,Azman & 18 orang pula macam mana ...?

PM Pat Lah berkata beliau telah meminta Peguam Negara Abdul Gani Patail untuk mempertimbangkan rayuan menggugurkan dakwaan cubaan membunuh yang dikenakan terhadap 31 orang dari kumpulan Hindraf yang ditahan dalam perhimpunan haram di Batu Caves, bulan lepas dengan alasan mereka telah ditipu.Pat Lah kata dia bersimpati dengan 31 orang yang didakwa itu dan percaya mereka dipesongkan oleh penganjur perhimpunan haram itu.

Kalau Pat Lah boleh minta Peguam Negara mempertimbangkan rayuan menggugurkan dakwaan cubaan membunuh terhadap 31 orang penyokong Hindraf,bolehkah Pat Lah buat rayuan yang sama kepada Peguam Negara untuk menggugurkan dakwaan terhadap Suwandi Ab Ghani,dan Muhammad Azman Aziz,yang telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Terengganu baru-baru ini.

Suwandi Ab Ghani,dan Muhammad Azman Aziz, cedera terkena tembakan anggota polis dalam insiden tersebut pada 8 September lalu.Mereka berdua juga didakwa bersama 18 orang lain ahli perhimpunan yang menyalahi undang-undang menunjukkan kekerasan jenayah untuk menakutkan pegawai polis menjalankan tugas.

Azman dan Suwandi di dituduh sengaja menyebabkan kecederaan anggota polis, Wan Abdul Aziz Wan Omar di Jalan Sultan Mahmud, Batu Buruk, Terengganu. Polis mendakwa, Wan Abdul Aziz melepaskan tembakan kerana mempertahankan dirinya selepas diserang oleh sekumpulan orang ramai.

Peristiwa Batu Buruk merupakan satu ekspresi hati nurani rakyat Terengganu terhadap ketidakpuas hati mereka terhadap gomen Idris Jusoh. Rakyat memohon agar rintihan mereka didengar,pembangunan serta wang ehsan diagih sama rata untuk memberi faedah kepada mereka,sebaliknya Idris Jusoh lebih rela tutup mata sebelah dan menghantar polis dan FRU untuk membedal mereka. Sebaliknya gomen Idris Jusoh lebih sanggup melihat kejayaan Monsoon Cup daripada menangani masalah-masalah rakyat,seperti masalah banjir yang sedang melanda negeri tersebut.

Pat Lah kata dia tahu bahawa 31 orang penyokong Hindraf ini telah menyesal kerana dipesongkan oleh pemimpin-pemimpin Hindraf, macam mana dia tahu? Kalau polis tak menggunakan paksaan takkanlah mereka akan membuat penggakuan tersebut. Semua ini adalah propaganda murahan gomen untuk menutup kelemahan gomen itu sendiri.

Pat Lah perlu berhati-hati dengan perbuatannya,kerana tindakannya itu lebih merupakan satu gimmick politik untuk meraih sokongan pengundi-pengundi India yang sudah tercalar akibat tindakan Hindraf tempoh hari. Tindakan Hindraf untuk berdemonstrasi menunjukkan bahawa dasar gomen dan MIC terhadap orang-orang berketurunan India nyata telah gagal. Samy Velu boleh menafikan semuanya itu,tapi pada hakikatnya dasar perjuangan MIC seperti UMNO hanya untuk mengayakan segulungan kecil kroninya sedangkan rakyat lain masih terbiar.

Aku menanti bilakah tuduhan terhadap 31 penyokong Hindraf serta Azman,Swandi dan 18 orang lain akan digugurkan.......

cheers.

12 comments:

Anonymous said...

AG & Samy mula main monopoly.gov.my...ha! ha!

Anonymous said...

Does he knows that he has influenced the judiciary? If G.Pataeil released the charges based on Badawi's plea, then both are guilty of the highest degree!

Anonymous said...

How not to,Dollah graduated in Islamic studies not in Law.

Anonymous said...

Pat Lah the savior and hero of the Indian people.....

Anonymous said...

sign of weakness....

belacanboy said...

Ya le. Tak kan tak boleh pertimbangkan kes mereka di Batu Buruk. Nak jadi hero biaq le jadi hero semua bangsa.

Anonymous said...

there were officers injured during hindraf rally=attempted murder dropped

there were rakyat injured by a GUN=these rakyat charged for attempted murder

what the heck is going on?... seems like bodola afraid to lose indian votes... bodola didn't afraid of losing vote from malay...

lets all malays vote this bangsat out...

Anonymous said...

Please, all Malaysians be calm and sensible. I am Indian, but I agree that HINDRAF made wild allegations against innocent Malay brothers of ours. It is not they who deprived us, it is MIC, have you guys ever checked what the government has allocated for us? To the Malays, ask yourself, who is the one who stole the Malay reserved land, Petronas money, sapu billions of rakyat's money, is it the Indians, or do you ever think they are capable of doing it ever? Malay rights adalah hak anda, kami hanya tanyakan hak kami, MIC are the culprits!

Datnari said...

.
this is poppycock.

the f**king PM can decide who goes to jail and who goes scott free?

what happened to the rule of law and justice? Isn't that important anymore?

sigh.
.

Anonymous said...

Orang pukul polis = Orang kena "Tuduhan membunuh"

Polis tembak orang = Orang juga kena tuduhan.

Inilah Malaysia, pemerintahan Pat Lah Hadhari.

Anonymous said...

The charge 31 Indian Malaysians are caught at various places in the city. So the place and time of arrest doesnt stick to the attempting to murder the cop Rani. It is on the police to show the burden of proof on who throw the stone.Thirdly the police push the crowd from outside to the inside the temple gates and fired the tear gas and chemical water.. The lawyers representing the accusers has the pictures to exhibit as evidence.In open court, the police must say who gave the instructions to them to charge the people in the sealed temple. Fourtly this case would be a religious charged case as Sunday morning, that day was KARTIGAI day where the Indian Malaysians of Hindu religion lit oil lamps and pray for their well being and their families.

Yap said...

""bodola didn't afraid of losing vote from malay...""
Indian vote more expensive 500RM...Malay vote only 200RM. TDM kata maruah Melayu hanya bernilai dua ratus ringgit.

Macam mana nak keluarkan bangsat itu.