29 January 2010

Ku Li,'royalti' bukan 'wang ehsan' dan 'wang ehsan' bukan 'royalti'.......

Mantan Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah turut menyokong tindakan Kerajaan Kelantan menolak penyertaan sebagai wakil kerajaan negeri dalam Jawatan Kuasa Wang Ehsan yang akan dikendalikan Jabatan Kerajaan Persekutuan (JPP).

Bercakap pada sidang media selepas berucap di Stadium Sultan Muhammad IV malam tadi, beliau yang lebih mesra dengan membahasakan dirinya Ku Li menegaskan bahawa 'royalti' bukan 'wang ehsan' dan 'wang ehsan' bukan 'royalti'.

"Baguslah tu, kalau Kerajaan Negeri buat sikap begitu.

“Jangan tanya saya,tanya rakyat Kelantan ,mereka terima atau tidak wang tersebut, yang jelas sekarang rakyat Kelantan telah menolak cadangan mereka yang hendak salurkan wang tersebut pada JPP dan kalau kerajaan Kelantan tak mau terima ia tidak ada gunanya” ujar beliau lagi.

“Itulah saya katakan (bahawa) kita semua walau pun (dianggap) miskin di Kelantan ni, (namun) kita bukanlah tok fakir (peminta sedekah),” katanya yang juga bekas Menteri Kewangan.

Mengulas tindakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed yang menafikan hak Kelantan mendapat royalti dan hanya mendapat wang ehsan, Ku Li berkata, Mustapa hanya pengampu kerajaan.

“Jangan sebut lagi nama Mustapa, bosan saya mendengarnya dan dia tu pengampu” katanya.

Royalti jelasnya adalah hak Kelantan mengikut perjajian yang dibuat kerajaan negeri itu dengan Petronas di bawah Akta Pembangunan Petronas 1974 (PDA) sewaktu beliau menjadi pengerusi.

“Kerajaan Persekutuan tawarkan wang ehsan, sama ada dia nak ambil daripada wang minyak yang dimiliki oleh Petronas atau pun daripada punca lain, itu dia punya pasal.

“Tetapi soalnya, yang utama ialah royalti yang menjadi hak. Ini ‘sovereign rights’ rakyat Kelantan,” katanya.

Ahli Parlimen Gua Musang itu juga turut menyatakan kesanggupannya menjadi ‘jambatan’ antara kerajaan negeri, kerajaan persekutuan dan Petronas. Selain itu beliau turut memaklumkan bersedia menjadi Pengerusi Kaukus Parlimen berhubung perkara tersebut.

“Saya sedia menerimanya, namun saya belum dapat pengesahan daripada Ahli-Ahli Parlimen yang saya telah jumpa untuk ajak bersama dalam Kaukus itu.

Malam tadi puluhan ribu memenuhi stadium bagi mendengar penjelasan Ku Li berhubung tuntutan royalti minyak Kelantan. Program tersebut anjuran Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) dengan kerjasama kerajaan negeri.

Ku Li dalam ucapannya sebelum ini memberitahu Kelantan berhak mendapat royalti minyak sebanyak RM2 bilion seperti perjanjian yang telah dibuat dengan Petronas. Ianya sama seperti perjajian yang dibuat antara Sabah dan Sarawak yang memperoleh royalti dari Petronas. Satu memorandum berhubung tuntutan itu akan diserahkan kepada Pemangku Raja dan Perdana Menteri dalam masa terdekat.

Hadir sama pada program malam tadi Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan barisan exco kerajaan negeri.

source:harakahdaily

Read Ku Li's "Oil Forum in Kota Baru"

cheers.

28 January 2010

UMNO/BN sanggup buat apa saja untuk dapat balik kuasa undi 2/3.........

Mula-mula MP Kulim Bandar Baru buat kecoh hentam rakan sepakatan dalam PR. Ramai ahli PKR rasa sedih kerana tidak ada tindakan yang drastik tidak diambil terhadapnya kerana kononnya si YB ini adalah anak emas Pak Sheikh. Dan paling lantang sekali bersuara ialah ahli kanan PKR Zaid Ibrahim yang menanggap si YB Kulim Bandar Baru ini sebagai 'Little Napoleoan'

Dalam pada itu timbul pula cerita tentang seorang YB PKR dari Pulau Pinang mahu lompat masuk Parti Cinta Malaysia(PCM) bersama-sama beberapa YB-YB pembangkang lain bagi membolehkan gomen UMNO/BN Najib dapat balik undi 2/3 di Parlimen. Rancangan mereka ialah menjadi ahli bebas yang mesra BN dulu sebelum masuk PCM. Sebagai balasan katak-katak ini akan diangkat jadi Menteri,Timbalan Menteri dan Setiausaha Politik.

Dulu mereka gembar-gembur tentang kerajaan perpaduan tajaan pemimpin-pemimpin PAS tertentu yang mengakibatkan PAS menjadi lintang pukang seketika. Kini mereka target PKR pula,semata dengan tujuan untuk menguji sekuat manakah ikatan PKR. Bila YB Kulim Bandar Baru buat hal,itulah peluang untuk mereka bertindak.

Jadi insiden-insiden tangkap menangkap pegawai kerajaan, ahli-ahli politik gomen Pakatan Rakyat di Selangor oleh orang upahan BN,iaitu SPRM adalah 'game plan' UMNO untuk memporak peranda pihak pembangkang. Mereka mainkan isu agama,isu 'Allah',walaupun boss mereka Najib dah meminta agar tunggu keputusan mahkamah.

Gomen telah menarik balik berbagai peruntukkan ke sekolah. Hinggakan pelajar-pelajar yang tinggal di asrama terpaksa balik ke rumah setiap sabtu dan ahad,kononnya nak berjimat. Sebaliknya,gomen UMNO/BN boleh mengumpan YB-YB pembangkang menyertai gomen Najib dengan menyuap berjuta-juta ringgit serta memberi jawatan-jawatan menteri dan timbalan menteri.

Harap-harap YB-YB pakatan ini tidak akan bertindak untuk menjadi katak. Ingat gomen sangat-sangat perlu kuasa undi 2/3 itu. Dengan adanya kuasa undi 2/3 gomen ini akan lupa daratan dan meminda perlembagaan sesuaka hati mereka. Langkah pertama,gomen akan buat ialah persempadanan semula kawasan-kawasan pilihanraya.

Mereka akan memporak peranda kawasan-kawasan pilihanraya yang dimenangi pembangkang dan mengukuhkan kawasan-kawasan yang mereka menang dengan undi-undi hantu....ingat dak Najib cakap dulu tentang Jabatan Immigration yang gagal mengesan 40,000 warga India? Itu warga India, bagaimana pula ratusan ribu warga Indon,Bangla,Filipina dan Myanmar yang hilang terus daripada radar Immigration,termasuk warga Mangolia yang rekod Immigration mereka dipadam?

Itulah bahayanya bila gomen ini dapat balik kuasa undi 2/3............

cheers.

27 January 2010

Dont let the BN/UMNO gomen retain its 2/3 majority...........

A top PKR leader is strongly rumoured to soon leave the party and become a Barisan Nasional-friendly independent parliamentarian. The PKR MP from Penang is said to have already secured assurances from a few other Pakatan Rakyat parliamentarians to follow suit. It's learnt that he is actively wooing another two or three Pakatan parliamentarians. The plan is for the MP and his co-defectors to become independent representatives before joining the newly-formed Parti Cinta Malaysia (PCM) led by Tang Weng Chew.

Last month, PKR's Ngemah state assemblyperson Gabriel Adit Demong joined the Penang-based PCM as its Sarawak chief. Talks of possible defections began when PCM was formed last September and the rumours gained currency in recent weeks. It is believed that the PKR MP had already met Umno president and BN national chairperson Najib Abdul Razak early this week to finalise his defection and to discuss a possible post in the federal cabinet. His defection would be a major coup for Najib since BN's successful bid in ousting the Perak Pakatan government early last year following three defections.

The Umno-led federal government appeared to be targeting to secure enough defections to regain it two-thirds majority in Parliament, which is vital for the ruling coalition to initiate constitutional amendments at will. BN now has 140 federal seats, eight short of a two-third majority, while the opposition parties collectively have 82 seats.

The MP believes he, together with other defectors, would be in much stronger position than minor BN component parties such as MIC and Gerakan to stake claim for a federal cabinet post.

Meanwhile, his co-defectors could also be rewarded with deputy ministership, senatorship or lucrative appointments in government-link companies (GLCs). The defections would inject a shot in the arm for the BN government. Najib's administration has been badly hit by the 'Allah' controversy, the lack-luster economy and sordid revelations by private investigator P Balasubramaniam.

source:malaysiakini

Hellooooo....do you want the the BN gomen to retain its 2/3 majority in Parliament so that they can amend the constitution at their own whim and fancies?

Do you know that the first thing the BN gomen will do if they retain their 2/3 majority is to redelineate the electoral boundaries to ensure BN gomen remains in power forever and plan more trips and lawatan sambil belajar to Disneyland at the expense of our money.............

Baca di sini.

cheers.

26 January 2010

Sodomi II - Polis minta Dr.Wan Azizah jadi saksi.......

PKR president Dr Wan Azizah Ismail and vice-president R Sivarasa were forced to abandon an important party political bureau meeting today because of an appointment with the police. Wan Azizah and Sivarasa's hurriedly left the PKR headquarters in Petaling Jaya at 3pm today, and proceeded to the Tropicana police station a few doors away.

An hour later, Sivarasa emerged from the police station and informed the press that Wan Azizah was called in as an alibi witness in the sodomy trial of her husband and opposition leader Anwar Ibrahim. “This has nothing to do with the alibi filed by Anwar's defence team. This is the police's version,” said Sivarasa, who accompanied Wan Azizah as her lawyer.

Wan Azizah's statements were recorded by one DSP Lily Chu.

source:malaysia kini

Bukankah polis dan jabatan peguam negara cakap mereka dah ada bukti yang cukup untuk terus mendakwa Anwar,walaupun laporan perubatan swasta dan gomen mendapati juboq Saiful masih dara.

Betul juga kata Dr.Wan Azizah...."Kalau sudah cukup bukti dan dah dakwa Datuk Seri Anwar, buat apa panggil dan siasat saya lagi sebagai saksi," soal Wan Azizah

According to her, she was called in by police to give a statement as an "alibi witness" in her husband's case.She was perplexed as to why the police summoned her for investigation days before the trial is to kick off.

“Why called me in today?” she asked.

Anwar, who was present at the press conference, quipped, “They have ran out of witnesses and now they come after my wife.It looks like they are trying to 'turn over' my wife,” added Anwar. “This is harassment.”

Itulah kerja polissssss.........

cheers.

Is Perak ready for snap polls......

PAS Perak state bureau has urged voters in the state to be prepared for a snap state elections. According to a statement by PAS Perak commissioner Abu Bakar Hussain, there are strong rumours that the Perak legislative assembly will be dissolved soon.

He urged those who have yet to register themselves as voters to do so to ensure that they were not left out in case there were snap polls.

“I hope that the young graduates and all those who have yet to register themselves as voters to do so quickly to ensure that they are not left out of the voting process,” said Abu Bakar in a statement yesterday.

He also hoped that the current conflict within the state would be resolved with fresh elections as the first anniversary of Barisan Nasional’s retaking of the state loomed next week.

On Feb 6 last year, BN recaptured the state after three Pakatan Rakyat assemblypersons quit their parties and turned independent. The three independents — Mohd Osman Jailu (Changkat Jering-PKR), Jamaluddin Mat Radzi (Behrang-PKR) and Hee Yit Foong (Jelapang-DAP) — threw their support behind BN and enabled the coalition to retake Perak.

The Federal Court announced yesterday that it would deliver the verdict of the Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir versus Datuk Seri Nizar Jamaluddin case on Feb 9.

Pakatan Rakyat’s (PR) Nizar, who failed to persuade the Perak Sultan to dissolve the state assembly and was subsequently replaced by Zambry, had taken the matter to the Kuala Lumpur High Court where a trial was held to discover the facts of the case.

High Court found Nizar to be the lawful menteri besar. However, Zambry subsequently challenged the High Court’s decision at the Court of Appeal and won that round.

source:the Edge

Perakian check here to see whether your name is still on the rolls.

Rakyat Perak, sila semak daftar pemilih di sini.

cheers.

25 January 2010

TG.Nik Aziz - Tiba-tiba mereka yang tiada minyak setitik ni kata hak dia.....

Datuk Nik Aziz Nik Mat mengulangi pendiriannya, tindakan kerajaan pusat hanya mahu beri wang ihsan adalah satu pengkhianatan, dan tidak akan teragak-agak untuk meminta rakyat adakan doa musnah pemimpin pusat. Sehubungan itu, Menteri Besar Kelantan menegaskan beliau tidak akan menerima bayaran wang ihsan.

Saya tidak akan terima wang ihsan. Saya akan beritahu kepada rakyat semua, pusat merampas, mencuri, menyamun harta Kelantan.

“Dan saya akan minta tolong rakyat semua doa supaya musnah pemimpin pusat,” kata beliau kepada pemberita selepas menerima rombongan ekspedisi PAS Batu di kediaman rasminya semalam. Ekspedisi diketuai Yang Dipertuanya, Ishak Surin menyerahkan memorandum sokongan PAS kawasan tersebut terhadap usaha kerajaan negeri menuntut royalti petroleum.

Kerajaan Kelantan membuat tuntutan tersebut pada awal tahun lalu.

“Kelantan menuntut hak kami secara Islam. Allah beri kepada kami logam di bumi Kelantan, balak permukaan Kelantan dan batu-batan di tanah Kelantan dan juga logam di laut yang kita panggil petroleum.

“Itu adalah hak Kelantan. Mana-mana orang ambil hak orang lain berdosa dunia akhirat.

“Di dunia dia dikutuk dan didoa musnah oleh semua rakyat Kelantan. Di akhirat kelak, dia akan dimamah oleh api neraka,” katanya.

Nik Aziz menyifatkan pemimpin pusat sebagai pembohong besar apabila berdolak-dalik ketika membuat kenyataan tersebut sebagai mengarut dan putar belit seolah-olah kehidupan mereka bertuhankan duit.

“Mereka menyebut peringkat pertama Kelantan tiada hak. Diulang berkali-kali Kelantan tiada hak. Kemudian sekarang ini ada hak pula? Tapi dengan nama wang ihsan,” katanya.

Nik Aziz juga mempertahankan hasil pengeluaran minyak dari perairan pantai Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Katanya, bahan api tersebut tidak terdapat di Kuala Lumpur atau Putrajaya.

“Adanya duit petrol di khazanah pusat ini hasil daripada tuah bumi Kelantan... bumi Terengganu dan Sabah Sarawak. Tiba-tiba mereka yang tiada minyak setitik ni kata hak dia.

“Kami yang mempunyai hak ini mereka kata tiada hak. Mengarut!” katanya.

Mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Husein kerajaan akan melantik beberapa wakil kerajaan Kelantan untuk menduduki jawatankuasa pembangunan wang ihsan, Nik Aziz berkata, itu perkara kedua.

“Itu masalah yang kedua. Pasti dulu nak runding ni, hendak bagi royalti atau ihsan kepada kerajaan Kelantan?

“Kalau runding nak beri wang ihsan tak payah runding. Saya tak akan terima,” ujarnya.

Difahamkan kerajaan pusat akan membayar wang ihsan kepada Kelantan pada Mac ini.

Dalam pada itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed bertegas bahawa di bawah undang-undang rakyat Kelantan akan diberi wang ehsan bukan royalti.

“Yang penting rakyat Kelantan akan menerima habuan. Namanya berbeza kerana di bawah undang-undang rakyat Kelantan akan diberikan wang ihsan bukan royalti.

“Peruntukan tetap disalurkan,” kata beliau di sini malam tadi mengulas keengganan kerajaan negeri untuk menerima bayaran wang ihsan dari kerajaan pusat selain menolak rundingan dan pelantikan wakil kerajaan menduduki jawatankuasa pembangunan wang ihsan.

Kata Mustapa, kerajaan pusat mempunyai pendekatan 1 Malaysia untuk bermuafakat melibatkan kerajaan pusat dan negeri bagi menjaga hal-hal yang berkaitan kepentingan rakyat.

“Kita harap isu ini tidak dipolitikkan. Kita (kerajaan pusat) punyai niat ikhlas di mana kita merasakan penting wang ihsan ini disalurkan bagi menentukan keutamaan projek atau program yang wajar kita laksanakan untuk faedah rakyat di negeri ini.

“Kerajaan pusat akan berlaku adil, apa jua yang berhak diterima rakyat Kelantan, akan di salurkan,” katanya sambil menafikan dakwaan kerajaan negeri kononnya rakyat Kelantan dianiaya dalam isu berkenaan.

“Peruntukan tetap disalurkan, namanya wang ihsan. Jadi kita mahu supaya ada muafakat antara kerajaan pusat dan negeri demi kemanfaatan rakyat Kelantan,” katanya.

Sehubungan itu Mustapa menyeru kerajaan negeri tidak terus berkeras dalam hal ini dengan mengambil sikap berkonfrontasi memandangkan kerajaan pusat ikhlas membantu rakyat Kelantan melalui wang ihsan.

source:malaysian insider

cheers.

23 January 2010

Sultan Johor mangkat.......

Sultan Johor Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, mangkat malam ini selepas memerintah Johor hampir tiga dekad.

Baginda mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas dimasukkan ke hospital itu hari ini kerana gering.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman di sini malam ini.

Baginda meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 orang putera-puteri. Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Baharu pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Tiga tahun kemudian pada 15 Nov 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Pemasyhuran Sultan Johor yang baru akan dilaksanakan di Istana Besar Johor sebelum upacara pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar Ismail Ibni Sultan Ismail di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah kira-kira pukul 2 petang, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman mengumumkan.

The Sultan of Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, died tonight after ruling the state for almost three decades. The Sultan breathed his last at 7.15pm at the Puteri Specialist Hospital after he was admitted to the hospital earlier following an illness. The death of the sultan was announced by Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman, here tonight.

The ruler left behind his wife, the Sultanah of Johor Sultanah Zanariah and 10 children. Sultan Iskandar was born in Istana Semayam, Johor Baharu on April 8, 1932, and was made the Sultan of Johor on May 11, 1981. On Nov 15 1984, he was installed as the 8th Yang di-Pertuan Agong on Nov 15, 1984.

Earlier today, his eldest son, Tunku Mahkota of Johor Tunku Ibrahim Ismail was appointed the Regent of Johor and the sworn-in ceremony was held at the Istana Besar Johor Baharu. The Head of the Johor Council of the Royal Court, Tunku Osman Temenggong Ahmad, announced that Sultan Iskandar had been admitted to the Puteri Specialists Hospital at 5pm today.

Sultan Iskandar was the third son of the late Sultan Ismail Sultan Ibrahim and the great grandson of the Father of Modern Johor, the late Sultan Abu Bakar.

source : Bernama

Inna Lillahi Wainna Hi Roji'un .....Al Fatihah.

22 January 2010

MACC - When oppostion act fast, if BN slow..slow or not at all.......

The Selangor government today expressed hope that the crackdown by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) was not aimed at embarrassing the Pakatan Rakyat administration. Although pledging full support for the eradication of corruption, the state government however warned that it would not compromise with any quarters who deliberately try to destabilise the administration.

In a statement from Menteri Besar Khalid Ibrahim's office, the state government said the MACC investigations concerning several officers of the state, including the MB, appear to focus on trivial issues.

"This was seen in the manner in which exco Yaakob Sapari's office was raided (yesterday) and the remanding of his aide Hussein Ahmad.

"The state government was also shocked with the latest development where MACC raided Hussein's house without a valid search warrant. We want an explanation for this," said Khalid.

Furthermore, he said the MACC investigations concerned a company which was not listed in the awarding of contracts for sand mining. Khalid also refuted MACC's claim that the expenses for Hussein's visit to China was borne by a contractor. The menteri besar said it was the state government which forked out RM3,295 for the two-day trip.

"In view of this, the state government has the right to be suspicious of the motive and the integrity of the investigation," he added, calling on MACC officers to spend their time and energy on more pressing issues.

Among others, he cited the allegation of RM1.7 million being spent by Khalid's predecessor Dr Mohd Khir Toyo and his entourage on trips to Disneyland and France.

"So what are MACC's priorities?" he asked.

"The commission should be investigating big cases involving millions of ringgit that belong to the people," he said, adding that MACC should not be seen as being used as a political tool.

source:malaysiakini

Lets see how the so called highly efficient MACC at work.....

For a mere RM280,00 MACC was quick to act.....

The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) has arrested 34 people, including 24 government staff and two aides of politicians, for alleged graft in sand export.
The total bribe involves more than RM280,000 and sex. The arrests were made in five states over the past week.

More than a month after allegations of irregularities surfaced over the Shah Alam Hospital project, the Public Works Department (PWD) has yet to respond to the questions raised.
-----------------
Last month, Malaysiakini reported source-based claims that the contract was awarded under debatable circumstances and at an inflated price of about RM500 million to Sunshine Fleet Sdn Bhd, a company owned by a member of the Selangor royalty.

The company has allegedly been skimming off project funds for 'advances' and 'expenses', and also stands accused of harassing companies it had engaged as sub-contractors. It has refused comment, saying that queries should be directed to PWD which 'owns' the project.

Hei,what about the RM500 million Shah Alam project, MACC is very quiet about this. Why? because this project belongs to their towkay(BN) so just tutup sebelah mata ma......

This is a typical modus operandi of the so called highly respected MACC, when a police report is lodged against an opposition politician, the speed of the response was just too fantastic. But when a report is made against any BN politician or government agencies the response is breathtakingly slow or none at all.............

cheers.