17 January 2009

Undilah PAS untuk perubahan................


Pilihanraya Kecil P36 Kuala Terengganu diadakan ekoran pulangnya ke rahmatullah ahli Parlimen kawasan tersebut Allahyarham
Datuk Razali Ismail pada 28 November 2008.




Lantaran itu Nomination day ditetapkan pada Jan.06 2009 & Polling Jan.17, 2009......




3 orang calon - BN/UMNO,PAS /PR dan Bebas bertanding




Mohd.Abdul Wahid Endut




Wan Ahmad Farid Wan Salleh




Namun demikian pengasas UMNO Baru merasakan calon BN/UMNO itu adalah a "bad choice" pasai dia sombong.



Peneraju utama PRK P36 ini adalah tak lain tak bukan Najib Tun Razak. Sungguhpun Najib ini bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia bulan Mac ini, namun dirinya masih dibayangi oleh kelibat Altantuya Shaaribu, iaitu wanita Mongolia yang dibunuh dengan menggunakan bom C4 oleh unit yang ada kaitan dengan bakal PM ini.





Ramai penganalisis politik berkata bahawa PRK P36 ini adalah pertandingan proxy di antara Najib dan Anwar. Kedua-dua mereka mempunyai kepentingan yang teramat sangat, kerana kedua mereka kini sedang berlumba-lumba untuk menjadi PM.




Sebelum apa-apa lagi gomen Malaysia secara tiba,tanpa angin atau ribut menukarkan status duit minyak Petronas dari Wang Ehsan kepada Wang Royalti.




Fenomena baru dalam PRK sekali ini adalah penglibatan para bloggers yang berekempen secara terus terang untuk PAS. Kumpulan bloggers yang diketuai oleh Raja Petra Kamaruddin berkampung di Kuala Terengganu untuk memastikan calon PAS menang.



bloggers..........




bloggers dan tokoh-tokoh politik...............



PAS for all...............







Najib telah membuat pelbagai janji langit dan bumi kalau BN menang dan berjanji akan membawa change. Janji yang sama juga diluahkan semasa PRK Permatang Pauh tempoh hari,namun janji tinggal janji saja. Klik dan bacalah surat dari Najib ini............




Wang Ehsan yang di tukar statusnya ke Wang Royalti bukannya million tapi billion. Namun rata-rata rakyat kampung Kuala Terengganu tinggal di pondok-pondok papan seperti di bawah.........






Apakah tidaknya, sebahagian besar wang royalti itu habis diguna untuk melaksanakan projek
Monsun Cup, Mesjid Kristal, Pulau Warisan dan sebagainya yang hanya menguntungkan beberapa ekor kroni termasuk menantu Pat Lah,Patrick Lim dan saudara mara calon UMNO/BN P35 ini.








Dalam sibuk berkempen mucul pula si Ezam Raja Kotak yang kononnya nak dedah surat sensasi yang ditulis oleh Anwar kepada Mahathir. Semua pun excited...tiba,tiba yang didedahkan itu cuma surat biasa yang tak ada ummmph langsung..........





Secara mistri pegawai Pengurus PRK P36,Mat Razali Kassim menarik diri daripada menjadi pengurus pilihanraya kecil tersebut. Kononnya, Mat Razali Kassim, pegawai pengurus pilihanraya itu telah buat ugut 590 kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT):"kalau berani dan tidak takut dibuang kerja, silalah (sokong pembangkang)".




Pasai duit ini,tak boleh kira,terlalu banyak offer yang ditawarkan oleh BN/UMNO,hinggakan sampai RM 1000 satu undi dengan berbagai cara........seperti yang nyatakan oleh Raja Petra Kamaruddin dalam blognya........

First of all, Umno is paying up to RM1,000 per vote. And this is how the system works.

A voter goes into the polling station to collect his/her ballot paper. He/she then puts it in his/her pocket. He/she drops a dummy ballot paper into the ballot box. He/she comes out and ‘sells’ the ballot paper to an Umno goon waiting outside. He/she goes home RM1,000 the richer.

The blank ballot paper is marked Barisan Nasional. It is then given to the next voter. He/she collects his/her ballot paper and puts it in his/her pocket. He/she drops the already marked ballot paper into the ballot box. He/she comes out and hands over the blank ballot paper to the Umno goon waiting outside in exchange for RM1,000.

The process is repeated thousands of times all over Kuala Terengganu at the 38 polling stations.


Jika anda diberi RM300 atau RM500 atau RM1000 sekeluarga, ambil, itu wang royalti dan adalah wang anda. Tetapi, jangan lupa undi calon PAS-Pakatan Rakyat, Wahid Endut.




Dan yang terkini BN/UMNO’s RM300 bribe for reporters. Duit RM50.00 sebanyak 6 keping di masukkan kedalam sampul surat dan diserahkan kepada wartawan mungkin ang pow kot........



Namun demikian, bagi pengundi-pengundi Kuala Terengganu ikutlah seloka rasuah Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat:

“Nak Beri Salah, Tak Beri Kalah, Umno Jadi Serba-Salah, Jom Pakat Pangkah PAS.”





Dalam pada itu tolong awasi pengundi-pengundi hantu yang mula meresap masuk. Ingat...dah 12,000 orang polis ditempatkan di KT tu. Mesti ada apa2 punya...kalu tidak apakah haram jadah depa buat ramai-ramai kat situ?




Dengar cerita kawan yang Mukhriz ada berbisik kepada rakannya"Kalau BN menang..miracle!!" Betoi atau tidak, allahu a'alam.........





Jadi,ramai-ramailah keluar mengundi kerana mengundi adalah hak anda. Jom ramai-ramai kita tendang BN/UMNO ke Laut Cina Selatan..........


Pilihlah calon ini................




Jangan Lupa Undi PAS..........




Depa pun bersetuju PAS pilihan yang tepat..............




UNDILAH PAS UNTUK PERUBAHAN..............



Baca kes pertama pengundi berdaftar PRK P36 dihalang mengundi di sini.

Ikuti perkembangan terkini PRK P36 Kuala Terengganu di
sini dan sini.


cheers.

16 January 2009

Has Wan Farid crossed the 50% mark.................

Deputy Umno president Datuk Seri Najib Razak says that BN’s Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh has more than 50-50 percent chances of winning. But every time he said that in the last few days he also added the caveat “if we continue to work hard”. Indeed he is everywhere in the constituency frenetically rallying BN campaigners and party workers not to relax but to double their efforts to ensure that the parliamentary seat does not fall to PAS.

PAS leaders say the same thing, that their candidate, Wakaf Mempelam assemblyman Abdul Wahid Endut, has more than 50-50 percent chances of snatching away Kuala Terengganu from the BN. In fact PAS director of the by-election machinery, Datuk Wan Abdul Mutalib Embong, backed his forecast by saying that it is also an assessment made by the police and the military. Other leaders talked of caveats too, mostly the usual ones, but Wan Mutalib told reporters: “My only worry is that the presence of so many policemen may frighten the voters while encouraging many hantu to come out to do mischief.” He did not say whether by hantu the meant devils or phantoms.

Unlike in Permatang Pauh when it was obvious who the winner was going to be on nomination day itself, and most people --- including officials --- were happily and openly saying so without fear of losing their credibility, almost all in Kuala Terengganu seems shy of predicting the outcome of tomorrow’s polling.

When pressed for their opinion most BN component party members would turn away but those few who were willing to make a prediction would warily say that Wahid has a strong chance of winning, albeit narrowly, but they would be happy to be wrong. But unlike them some Pas members are not really shy of saying “Insyaallah our party candidate will win if …” and they will go on to intone the caveats mentioned by their leaders at the various ceramahs and rallies.

Focus is now back on the personalities of the two main contestants --- little media glare is on the third candidate, independent Azharudin Mamat, who is also actively campaigning --- after a frenzy of debates mostly on national, and even international --- especially Israeli atrocities in Gaza, issues.

After almost two weeks of speaking, shaking hands, attending kenduri and funerals and sleeping only for a few hours each day, Wan Farid and Wahid are noticeably tired and worn out as they shuffle from one function to the next. PAS, backed by its two Pakatan Rakyat partners of PKR and DAP, has accused the BN of all kind of abuses and perceived failures to dissuade the voters from voting for the ruling coalition again.

Even rumours about alleged unfair treatment of the late MP, Datuk Razali Ismail, by the BN, Umno and Wan Farid were exploited so as to win over some or all of the family members, relatives, friends and supporters of the former deputy education minister. The BN has mobilise members of its federal cabinet, almost all of its Umno, MCA and MIC leaders to counter all the allegations even as it pours in all kinds of ang pows and election lollipops to the various communities in Kuala Terengganu.

It is also appealing to all of the 80,229 voters to turn up to vote especially the out-of-state Chinese voters who are reluctant to return for the purpose as they would have to return again for the Chinese new year only about a week later. It knows that it will benefit from a large turnout and better if it is more than 82.45% recorded for the March 8 general election.

As for the late Razali, never have a former deputy education minister been so honoured. He will now have a school and an institute named after him. Will all this be enough to tilt the balance in Wan Farid’s favour? Will the two visits of prime minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi help?

Wan Farid was said to be behind the more folksy and campaign-wise Wahid on nomination day --- 42% to 58%. Those doing the assessment say that support for him has inched up since then and on Wednesday it was 48% to 52%. And this probably accounts for the flurry of SMSes campaign, targeted at fence sitters, that it does not matter if Wahid is returned as it will not affect the state government or significantly reduce the strength of the BN government at the federal level. The response was “why not elect Wan Farid as after all Wahid is already a wakil rakyat”.

Targetted at the 9,300 or so Chinese voters are messages that to vote for BN would only make it, especially Umno, feel that it is strong and therefore would not embark on steps to reform itself.

“It is still not unreasonable to expect Wahid to win by a majority of about 2,000 votes,” said a PKR leader, Tan Sri Khalid Ibrahim, on Monday.

But Wan Farid may just have already crossed the 50% mark.

source:theSun

Still I'm doubtful, probably its the other way round. Lets kick BN out..........

Read here and here.


cheers.

15 January 2009

Antara ucapan George Gallaway dengan Ezam si raja kotak......




Lebih baik aku dengar ucapan George Galloway ketika mengecam pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Zionist Isreal di Gaza di London pada 10/1/2009 daripada mendengar Mohamad Ezam Mohd Nor yang kononnya mendedahkan surat bertarikh 8 September 1998, ditulis Anwar kepada Mahathir Mohamad sebagai percubaan berdamai di Terengganu malam tadi.

Nampaknya si Ezam raja kotak ini suka cari masa dan tempat untuk buat pendedahan. Kalau Ezam beriaya-iaya nak jatuhkan maruah Anwar kenapa dia tak dedah semasa dia keluar daripada PKR atau semasa memimpin GERAK dulu? Kenapa pilih semasa PRK Kuala Terengganu ini? Bukankah ini sebagai gimik publisiti murahan?

Kalau dulu budaya politik Malaysia, jika setiap kali ada pilihanraya atau pilihanraya kecil, kisah lompat melompat parti sering diwar-warkan. Malah TV tempatan akan tayang orang-orang PAS masuk UMNO secara beramai-ramai. Pelik atau benar pada PRK ini fenomena lompat melompat sudah tidak berlaku lagi. Mungkin berlaku iaitu orang-orang UMNO lompat masuk PAS atau Pakatan Rakyat dan sudah tentu tidak akan di tunjuk dalam TV atau disiar oleh media masa.
Sekarang kisah dedah mendedah pula jadi cerita.

Surat yang nak didedahkan oleh Ezam si raja kotak, sangat memalukan kredibilitinya sebagai seorang ahli politik. Aku rasa Pat Lah & Najib pun rasa malu dan menyesal ambil dia masuk UMNO. Apa kena mengena masalah surat Anwar dengan Kuala Terengganu?

Ini surat biasa saja.Tidak ada apa-apa yang menarik pun. Kalau nak persoalkan pasal hipokrasi, aku rasa Ezam patut cermin muka dia dulu......Pooooorah!!!!!!!

Baca sini sini dan sini.

cheers.



Khir Toyo's Mercedes purchased by KDEB for personal use.........

Setelah kontroversi pembelian 15 buah kereta Toyota Camry untuk keguanaan Exco Kerajaan Negeri Selangor, terbaru, timbul satu lagi pendedahan mengenai pembelian kereta mewah yang melibatkan Menteri Besar negeri itu, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Pendedahan tersebut dibuat oleh bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Khir Toyo. Bercakap kepada Agendadaily, Khir berkata, kereta mewah jenis Lexus model 460 itu dibeli oleh Kumpulan Darul Ehsan (KDEB) dan harganya hampir mencecah RM1 juta. Kereta itu, difahamkan dibeli untuk keguanaan Khalid. Khalid adalah Pengerusi KDEB.

source:Agenda Daily

Datuk Seri Dr Khir Toyo had approved the purchase of a Mercedes S350L worth almost RM1 million for his personal use with funds from Kumpulan Darul Ehsan Berhad when he was Selangor menteri besar.

This resulted in the state having to bear the extravagant purchase, said Nik Nazmi Nik Ahmad, the political secretary to Selangor Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

He was responding to Dr Khir's statement who said that the RM2 million purchase of 15 Toyota Camry cars showed that the Pakatan Rakyat leaders were more concerned about their needs than the welfare of Selangor people. The opposition leader also questioned why the purchase was not made through an open tender and the state government should focus on fulfilling their election manifesto.

In a statement yesterday, Nik Nazmi said the open tender was not used because the cars were bought at market price for RM130,000 each. The state government received its fleet of Camry cars on Friday. As for the state's Proton Perdana V6 cars, those below two years old would be retained and used as pool cars.

source:NST

NTV7 telah membawa penafian MB Selangor,Khalid Ibrahim tentang kereta Lexusnya. Katanya bahawa kereta Lexus itu dipakai sebelum dia menjadi MB lagi hinggalah sekarang dan tak pernah guna kereta gomen. Kadang-kadang aku nak ketawa pula, pasai kereta pun Khir Toyo nak ungkit....awat dah tak ada modai lagi kah bagi calon ketua pemuda UMNO ini.........

cheers.

14 January 2009

Najib,"I will bring change" tapi 2 penggal UMNO mewakili KT mana ada change............

Keputusan pilihanraya kecil ini tidak akan mengubah kedudukan gomen persekutuan atau pun kerajaan negeri. Namun demikian Umno dan BN akan menanggung malu besar jika ianya kecundang di kubu yang dianggap selamat di Kuala Terengganu.

"God willing, if we are given the mandate, I promise we will make big changes in Kuala Terengganu," he said to a crowd which had gathered for breakfast at the home of Zaki Mohd Yusof, the Umno secretary for the Paloh polling district, in Sungai Kiat, Kubang Bakung, near here today. Najib said that when PAS ruled Terengganu from 1999 to 2004, not a single mosque was built but after the BN took over the state government two mosques were built in each state constituency.

Bukankah BN telah memenangi kerusi Kuala Terengganu ini selama 2 penggal berturut-turut(2004 & 2008). Selama itu apakah UMNO/BN tidak membawa kemajuan ke tempat inikah? Janganlah dok menipu pengundi-pengundi Kuala Terengganu ini Najib ooi…… sama ada menang atau kalah selepas PRK ini nanti bayang hang pun tak nampak. Sekiranya Wan Farid menang,mungkin dia juga akan hilang…….

Bila PAS menang dulu,tugas utamanya adalah untuk membersih segala taik-taik busuk yang kerajaan BN tinggalkan,termasuk untuk melangsaikan hutang piutang kerajaan Wan Mokhtar dulu. Mungkin PAS tak dapat membina surau kerana masalah kewangan,tambah-tambah lagi bila wang royalti itu disekat gomen pusat. Kalau setakat membina dua buah mesjid saja dengan kedudukan kewangan yang kukuh aku rasa malulah. Sepatutnya dengan wang royalti yang melimpa itu,kerajaan negeri BN boleh dirikan lebih daripada 2 mesjid. Bukan setakat membina mesjid,wang royalty itu juga boleh digunapakai untuk membantu rakyat-rakyat miskin,tetapi bagi kerajaan negeri BN mengadakan pesta Piala Monsun itu adalah lebih penting daripada membantu rakyat serta melengkapi infrastrukturnya……

“Pilihanraya kecil ini bukan referendum untuk saya atau PM Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi atau Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said,” demikian kata Najib semasa memberi ucapan dalam ceramah-ceramah BN. Ong Tee Keat pula berkata bahawa keputusan PRK Kuala Terengganu tidak boleh digunakan untuk mengukur popularity MCA. Kita tahu bulan Mac ini Najib akan naik jadi PM. Sekiranya Najib gagal dalam usahanya untuk mempertahankan kerusi ini untuk UMNO sudah tentu kredibilitinya sebagai pemimpin UMNO akan tercalar.

Kemunculan megejut Pat Lah di Kuala Terengganu di awal-awal kempen itu sedang berjalan rancak adalah satu pertanda bahawa hari-hari akhir regime UMNO/BN ini sudah terbayang. Para penganalisis setakat ini menunjukkan BN dan Pas mempunyai peluang yang sama walau pun tinjauan di kalangan pengundi Cina yang mewakili hampir 11% jumlah pengundinya mendapati kemungkinan mereka beralih kepada Pas.

Kemenangan calon Pas Mohd Abdul Wahid Endut,akan memberi suntikan semangat baru untuk kepimpinan Pakatan Rakyat, terutamanya dalam mengembalikan keyakinan pengundi terhadap gabungan ini. Jika UMNO/BN pula menang ia akan dicanangkan melalui media arus perdana yang dikawal gomen sebagai petanda bahawa UMNO/BN sudah kembali relevan di kalangan rakyat.

Yang terbaru UMNO mula melawan gelombang kemaraan PAS dengan melaungan slogan “Pas Kluk Klek”(flip-flop). Tapi bukankah UMNO,Najib dan Pat Lah itu sendiri sememangnya kluk-klek dari awal-awal lagi?

Bagi pengundi-pengundi Kuala Terengganu,buatlah pilihan yang bijak. Marilah kita bersama memperkukuhkan barisan pembangkang dengan menghantar Sdr. Mohd.Abdul Wahid Endut(PAS) ke Parlimen dan benam calon UMNO di Laut China Selatan..........


cheers.

13 January 2009

Ezam - biarlah dia terjun dengan labu-labunya......

Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan memberi respon atau menjawab sebarang pertuduhan seperti yang dicabar oleh bekas Setiausaha Politiknya, Mohamad Ezam Mohd Nor mengenai dua perkara penting yang didedahkannya sewaktu berkempen di Kuala Terengganu kelmarin. Beliau sebaliknya mendakwa Ezam diperalatkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam kempen pilihan raya kecil Kuala Terengganu untuk meraih undi.

"Saya tidak pernah respons kepada Ezam, sejak bila saya respons kepada dia?

"Di Permatang Pauh mereka gunakan dia, setiap pilihan raya kecil dia akan digunakan," katany
a dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Semalam, Ezam yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendedahkan bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri itu pernah memintanya supaya menguruskan langkah berdamai dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak sampai seminggu selepas dipecat. Malah Ezam turut mendedahkan tarikh tepat beliau melihat kandungan enam kotak rahsia yang dikaitkan dengan kononnya bukti gejala rasuah pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) semasa berada dalam kerajaan.

Ditanya sama beliau ingin menafikan atau mengakui mengenai pendedahan Ezam itu, Anwar berkata, isu merupakan isu lama yang sudah tidak relevan.

"Dia cakap mengenai isu bila, 1998? Sekarang sudah 2009, dia tunggu 11 tahun untuk fikir," katanya.

Bagaimanapun Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen berkata isu yang dibangkitka
n Ezam tiada kaitan dengan pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

"Apa isunya? Saya tak nampak sebarang isu yang cuba beliau bangkitkan," katanya.

source: malaysiakini


Aku pun dah bosan dok dengaq si Ezam si raja sumpah ini...... di Permatang Pauh dan di Kuala Terengganu tak habis dok jaja isu yang sama, soal peribadi Anwar, cakaplah sikit pasai masalah rasuah pemimpin-pemimpin UMNO yang mana dok hot-hotkan dulu.......... Pokoknya Anwar jangan dok layan mangkuk hanjut dan ejen UMNO seekoq ini. Aku tak mau cakap lagi pasai Ezam tapi bacalah komen Wan Fauzin ini bertajuk "Dedah Atau Tidak Surat Anwar,Kami Tetap Sokong PAS" seterusnya...........

Telah banyak artikel dan ulasan dikeluarkan berkenaan dengan Raja Sesumpah Ezam. Saya tidak pernah jemu untuk turut serta mengulas isu yang sama kerana bagi saya memadai saya serta beberapa rakan lain yang hanya penyokong di balik tabir ini berdepan dengan Raja Sesumpah. Ezam bolehlah disamakan setaraf dengan kami sahaja, sebab itu amat melucukan bila Ezam mahu berdepan dengan DS Anwar. Tinggi sungguh cita-cita beliau untuk menumpang populariti DS Anwar.

Kenyataan terkini beliau setakat ini ialah untuk mendedahkan `surat perdamaian' di antara DS Anwar dengan Tun Mahathir yang dikatakan ditulis tangan oleh DS Anwar pada bulan Sept sewaktu DS Anwar mula-mula dipecat. Raja Sesumpah yang juga merangkap Raja Kotak ini seolah-olah mengugut bahawa samada DS Anwar menjawab tuduhannya atau tidak, beliau tetap akan dedahkan surat tersebut pada hari Rabu ini nanti. Kita juga hendak menjawab kepada Ezam, bahawa `Sama ada Ezam dedahkan surat tersebut atau tidak, rakyat di Kuala Terengganu tetap akan mengundi PAS' . Rakyat di Kuala Terengganu khususnya telah memahami tektik Ezam yang menyerang DS Anwar secara peribadi adalah semata-mata untuk mengalahkan PAS di Parlimen Kuala Terengganu. Secara lojiknya, medan terbaik untuk Ezam menguburkan DS Anwar adalah ketika di Permatang Pauh sebelum ini. Malangnya, ketika itu Ezam telah cuba sedaya upaya untuk `menelanjangkan' DS Anwar, yang berlaku sebaliknya Ezam yang terlondeh seluar lantas berlari ke Indonesia selepas itu.

Mengapa isu `surat perdamaian' yang dikatakan oleh Ezam tidak timbul ketika di Permatang Pauh ? Ini adalah kerana ketika itu, Ezam penuh yakin bahawa isu `sumpah laknat' Saiful Bukhari sehari sebelum penamaan calon sudah cukup untuk membuatkan DS Anwar menyorokkan mukanya di Permatang Pauh. Apakah isu surat kepada Tun Mahathir lebih berbisa jika dibandingkan dengan `sumpah laknat' Saiful ? Apa yang hendak dihairankan jika DS Anwar menulis surat kepada Tun Mahathir kerana ketika itu peluang untuk DS Anwar untuk berjuang bersama UMNO dan dikembalikan jawatan yang dipecat secara zalim itu mungkin ada ? Umpama seseorang yang telah diberhentikan kerja oleh majikannya, apa salahnya pekerja itu merayu untuk kembali bertugas apatah lagi pemberhentiannya dilakukan secara tidak adil ? Jika benar sekalipun DS Anwar cuba untuk berdiplomasi dengan Tun Mahathir ketika itu, itu adalah hak beliau.

Apakah Ezam beranggapan dengan tersebarnya surat DS Anwar tersebut akan menghilangkan keyakinan Pakatan Rakyat dan penyokong-penyokong DS Anwar? Semua penyokong terutamanya pimpinan Pakatan Rakyat telah mengetahui bahawa DS Anwar dahulunya UMNO dan terdapat beberapa tindakan DS Anwar semasa berada di dalam UMNO yang mungkin tidak menyenangkan rakyat atau parti pembangkang. Hakikatnya sekarang DS Anwar telah kembali kepada rakyat dan tunduk kepada kemahuan rakyat yang inginkan perubahan, tidak seperti Ezam yang tunduk kepada UMNO untuk hidup. Kami sedia melupakan apa jua kesalahan dan kesilapan DS Anwar ketika dahulu asalkan DS Anwar sanggup berkorban demi kesejahteraan rakyat. `Buang yang keruh, ambil yang jernih' itu adalah prinsip yang dipegang oleh kami sebagai penyokong Pakatan Rakyat. Sebaliknya, apa jua pengorbanan yang telah Ezam lakukan di masa lampau walaupun terlalu sedikit di mata kami, tetap kami akan lupakan dari ingatan kami selagi Ezam bersekongkol dengan puak yang sepanjang masa menzalimi rakyat. Oleh itu, sia-sia Ezam untuk memecah belahkan ikatan kami yang semakin kuat ini dengan menjadikan musuh peribadi beliau DS Anwar sebagai sasarannya.

Kemenangan kami, InsyaAllah, di Kuala Terengganu nanti adalah merupakan kemenangan buat perjuangan Islam dan rakyat jelata bukan kemenangan DS Anwar selaku individu. Tetapi, jika UMNO tewas di Kuala Terengganu bukan sedikit yang akan mengatakan `badi' atau `bencana' yang dibawa oleh Ezam semenjak di Permatang Pauh adalah puncanya. Saya akan mengulas lanjut perihal Raja Sesumpah ini kerana saya juga teramat ingin melihat `surat perdamaian' yang akan diedarkan oleh Mamat Posmen ini nanti. Apakah benar isi kandungan surat tersebut akan berjaya mengatasi `hit' atau `Box Office' `Drama Bangsawan Sumpah Laknat' sebelum ini. - Wan Fauzdin


Baca sini dan sini.

cheers.

12 January 2009

Poster-poster BN yang menipu...............

Perang poster sememangnya berleluasa di Kuala Terengganu ketika pilihanraya kecil ini. PAS dan BN telah memaparkan berbagai poster dengan tujuan untuk menarik perhatian pengundi. Namun demikian antara beberapa poster BN/UMNO ini membawa 1001 tanda tanya.........



Mahathir berkata UMNO tak tahu pilih calon. Yang dipilih ialah bekas Setiausaha Politik Abdullah Ahmad Badawi. Jelas pilihan calon UMNO tidak memperdulikan sentimen rakyat.Dan calon ini pula terkenal sebagai seorang yang sombong, tidak tahu beramah mesra dengan orang. Dalam Pilihanraya kecil ini pengundi Kuala Terengganu berhadapan dengan dilema.UMNO bukan pilihan yang baik.



Memang benar harga minyak telah turun. Dengan kadar harga setong minyak yang menjunam ke bawah aras USD 50.00,harga pump sebenar seliter petrol sepatutnya RM1.30 sen bukan RM 1.80 sen. Tetapi kenapakah gomen kekal dengan harga RM 1.80 sen? Jadi sapa menipu sapa? Bukankah pembangkang yang mendesak serta mendedahkah rasional kenapa harga minyak patut diturunkan? Kalau Anwar tak cabar gomen untuk berdebat pasal harga minyak ini,mungkin harga petrol masih berada lebih daripada RM 2.00 seliter. So Najib please dont take the credit as you expressed in your ceramah. As a reminder,you didnt even have the balls to face Anwar in the debate instead send a low class minister who made a fooled of himself..........



Pertandingan Piala Monsun(Monsoon Cup)untuk faedah siapa,rakyat Terengganu atau penyamun-penyamun tertentu? Sapakah yang menjadi mastermind dalam pertandingan ini? Bukankah ini ankara menantu Pat Lah,KJ,Patrick Lim dan abang Wan Farid serta kroni-kroni UMNO termasuk Idris Jusoh dan beberapa orang exco negeri? Apakah rakyat Terengganu menjadi kaya dengan adanya piala Munsun ini? Adalah lebih baik jika wang berjuta-juta ini diguna untuk membantu rakyat miskin yang menghadapi masalah.........



Semasa pemerintahan PAS,gomen BN dibawah pimpinan Mahathir menyekat pembayaran wang royalti dari Petronas. Tetapi bila berlaku pilihanraya kecil Kuala Terengganu ini gomen BN dengan tiba mengumumkan wang royalti di kembalikan. Bukankah ini satu lagi bentuk penipuan UMNO/BN.........


Jadi apakah pengundi-pengundi Kuala Terengganu harus buat...............


Pakat ramai-ramai tendang BN ke laut Cina Selatan...................

cheers.

11 January 2009

KT by-election- The dirty tricks that BN employs........

The federal government today awarded a whopping RM15.8 million worth of small infrastructural projects today to 583 class-F contractors through a computerised ‘bidding’ system.

The contracts were awarded to Terengganu-based contractors through the Implementation Coordination Unit (ICU) at a function at the Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

At the function, the contractor or a representative would be invited on stage to prompt a computer to randomly select a project for the company. The nature and value of the project would then appear on a big screen.

All the projects - worth between RM30,000 and RM200,000 - were limited to the Kuala Terengganu district.

Deputy Prime Minister Najib Abdul Razak, who officiated the event, said that the event today was a ‘world record’ where every participant was able to obtain a contract.

"In this lucky draw, everyone wins. Everyone gets a contract," he said.

Najib said that the computerised system was the most transparent and proudly noted that the system was designed by a Terengganu-born.

Meanwhile, PAS deputy president Nasharuddin Mat Isa criticised Barisan Nasional for only improving the district ‘s infrastructure during a by-election campaign period.

"Why only are roads being tarred now? Why are there goodies being given to the voters only now?

"The message they are sending is that you must vote for me because I tarred your roads and gave your kids lap tops," he said.

PKR is upset that the police failed to issue the party with a permit to hold a ceramah yesterday, ostensibly because Friday and Saturday were holidays in Terengganu.

"It is strange that with 6,000 police personnel, they cannot administer the issuance of permits," PKR information chief Tian Chua told a press conference in Kuala Terengganu today.

Chua said it was inexcusable for the police to use the holiday as a reason to shirk their duties. "Can you imagine, if you lost your identity card? Will they say ‘Today is a Friday and because it is a holiday, and I’m not taking this report’. I regret that the police have this attitude," he lamented.

Chua added that under normal circumstances, for example during the Permatang Pauh by-election, party workers merely had to inform the police on the details of the ceramah and did not need to obtain a permit.

"But we still respect the police and followed procedures. But for two days, we were told that it was not a working day and the office was closed," he said.

source: Malaysiakini.

cheers.