11 March 2020

Langkah Sheraton - Tragedi menguntungkan PH...


Saya banyak diajukan soalan sama ada kabinet yang dibentuk semalam hanya akan bertahan selama dua bulan lebih, merujuk kepada kemungkinan kerajaan PN akan tumbang dalam undi tidak percaya di Dewan Rakyat pada 18 Mei nanti.

Dalam politik semua kemungkinan boleh berlaku, namun secara peribadi saya tidak menjangkakan bahawa TS Muhyiddin akan kalah dalam undi tidak percaya tersebut kalau betul usul itu dikemukakan oleh PH nanti.

Sekarang TS Muhyiddin memegang kunci gedung kuasa, beliau berkemampuan untuk memberi tawaran yang lebih bermakna kepada ahli2 parlimen yang sebelum ini menyokong Tun M, secara asasnya beliau berpotensi untuk memperolehi sokongan minimum 112 undi.

Ancaman kepada TS Muhyiddin hanyalah sokongan dalaman PN sendiri kerana perikatan tersebut secara asasnya masih sangat longgar. Jika beliau boleh mengelak perpecahan dalaman PN serta menambah beberapa sokongan MP dari luar, kerajaan ini akan bertahan lebih lama.

Polemik berterusan antara PH dengan Tun M juga boleh menyumbang kegagalan mengumpul sokongan yang mencukupi menjelang Mei nanti, bahkan ada kemungkinan baki beberapa kerat MP daripada Bersatu akan bergabung semula dengan Bersatu induk di bawah Muhyiddin dalam tempoh terdekat ini.

Atas alasan2 tersebut, saya lebih cenderung kepada hipotesis bahawa usul tidak percaya kepada PM nanti akan gagal, Muhyiddin akan memperolehi cukup sokongan, kecuali beliau hilang sokongan sedia ada oleh parti2 PN disebabkan isu2 dalaman.

PH sebenarnya tidak perlu terlalu bersedih dengan kejatuhan kerajaan mereka, begitu juga PN tidak boleh terlalu gembira dengan kejayaan membentuk kerajaan pintu belakang ini, tragedi ini sebenarnya merancakkan kembali pertembungan PRU15 yang sebelum ini dijangka akan berlaku secara berat sebelah.
Image may contain: 1 person, text

Sejak PRK Cameron Highland, tahap populariti dan sokongan rakyat terhadap kerajaan PH menjunam dengan sangat teruk. Walau pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan namun situasi tidak menunjukkan perubahan, jika kelok itu berterusan PH berisiko besar untuk kalah dalam PRU15 nanti.

Jika MN bersabar sekejap, mereka berpotensi cerah untuk menang bergaya PRU15 nanti dan masuk ke Putrajaya dengan lebih bermaruah, berbanding masuk melalui pintu belakang yang mencetus polemik dan menimbulkan pertikaian moral seperti ini.

Apabila Langkah Sheraton yang menumbangkan kerajaan PH dan menobatkan kerajaan PN ini berlaku, situasi telah berubah sama sekali. PH yang kelihatan sangat penat dan naif untuk menghadapi PRU15 sebelum itu mula mendapat momentum dan sokongan kembali.

Walaupun pembentukan kerajaan PN melalui cara ini disambut meriah khususnya oleh penyokong2 parti MN, namun secara umumnya tragedi ini juga mencetus penolakan oleh golongan pertengahan yang celik demokrasi. Meskipun mereka tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan PH sebelum itu, namun mereka tidak bersetuju mandat rakyat diperlekeh seperti ini.

Begitu juga komuniti Cina dan India yang asalnya mula menjauhkan diri daripada PH akibat kurang berpuas hati terhadap prestasi kerajaan sebelum itu, tragedi ini menyebabkan mereka tiada pilihan lain kecuali menyokong PH semula, bibik2 itu sedang berkembang pantas sekarang.

Situasi ini membuka kembali ruang kepada PH untuk bersaing secara kompetitif dalam PRU15 nanti, apatah lagi mereka tiada sebarang isu pertindihan kerusi lagi apabila Amanah boleh terus fokus di kawasan Melayu-Muslim, PKR di kawasan bercampur dan DAP di kawasan bukan Melayu.
Image may contain: 1 person, text

Berbeza dengan PN, mereka akan hadapi masalah besar untuk agihan kerusi apabila tiga parti gergasi Melayu iaitu Umno, Pas dan Bersatu akan bertembung kekuatan di tempat yang sama iaitu kawasan berdemografi Melayu-Muslim, proses agihan kerusi pasti sangat mencabar nanti, banyak drama dalaman bakal dipertontonkan.

Selain itu, prestasi kerajaan PN dalam tempoh dua tahun lebih ini akan dinilai secara dekat oleh rakyat khususnya berkaitan isu Melayu-Muslim yang sebelum ini dibebankan kepada PH seperti rombakan RUU355, pelaksanaan hukuman syariah, penangkapan pembunuh Adib, LGBT, pelaksanaan tulisan jawi di SJK, pengharaman Dong Jiao Zong, penangkapan penyokong LTTE dan sebagainya.

Sebagai pembangkang memang mudah untuk memainkan isu2 seperti itu namun situasi akan jadi sangat berbeza apabila jadi kerajaan, apatah lagi kerajaan PN nanti akan berhadapan dengan isu kewangan yang agak rumit apabila perolehan utama kerajaan melalui hasil petroleum menjunam dengan teruk sekarang. Situasi ekonomi semasa memungkinkan bajet 2020 akan disemak semula menyebabkan kerajaan tidak memiliki bajet yang selesa untuk menimbulkan feel good dalam kalangan rakyat.

PH yang asalnya berada dalam mood menunggu kekalahan akhirnya boleh bernafas kembali pasca Langkah Sheraton ini. Jika PH mengambil langkah bijak dengan melupakan segera Bersatu, mereka akan mampu bangkit dengan cepat jika PKR berjaya menyusun kembali struktur dalaman dengan menyingkirkan semua elemen perosak, DAP fokus semula menarik sokongan pengundi Cina dan India, serta Amanah memperkasakan kehadiran mereka di akar umbi komuniti Melayu-Islam.

Untuk menyaingi PH pula, PN perlu bersegera untuk membentuk kolisi rasmi menggunakan satu lambang supaya gabungan itu lebih kukuh dan meningkatkan kepercayaan rakyat secara lestari. Selain membentuk kerajaan bersama di peringkat persekutuan dan beberapa negeri yang dirampas pasca 24 Februari itu, PN perlu bersegera membentuk kerajaan PN di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perlis, semua ini akan meningkatkan lagi keyakinan rakyat kepada PN.

Walaupun menteri2 kabinet telah mengangkat sumpah memegang jawatan, namun drama politik tidak akan tamat dengan segera. Berdramalah, kerana memang itu tugas aktor dan aktres politik, namun dalam masa yang sama letakkan rakyat dan negara sebagai prioriti paling utama, harap2 begitulah. - Dr Mohd Yusri Ibrahim
Teori Domino menghalalkan cara,
sapa TPM Malaysia...

Kenapa kerusi TPM kosong? Jangan terkejut jika Mukhriz bakal duduk kerusi No.2 tu.  Ia dikosongkan untuk mengaburi kemahuan Tun yang mahukan anaknya Mukhriz sebagai future PM. Tanpa Zahid dan Najib sudah ada dalam skrip sejak awal lagi termasuk Shahidan Kassim.

 Saya beri contoh Peja dlm satu gambar telah bersama dlm team Muhyiddin. Pada hari selepasnya itu dia datang ke sidang akhbar Mukhriz meletak jawatan sebagai MN Kedah. Peja bekerja dgn Mukhriz dan kejayaan dlm politik banyak dibantu oleh Mukhriz dengan pengaruh bapanya,Tun. Adalah sangat mustahil Peja boleh mengkhianati Mukhriz apatah lagi dia tiada kekuatan dlm politik tanagair samada di dlm partinya sendiri atau dgn komponen2 lain.

Bagi saya ianya sebuah skrip filem seolah2 Tun bukan pengkhianat. Semua parti akhirnya tunduk kepada kemahuan Tun. Dlm sudut yang lain betapa hebatnya atau liciknya Tun berpolitik. Tun tak mahu Pak Lah lama utk cepat pertukaran PM kepada Najib. Dengan Najib juga sebenarnya Tun mahukan Najib bertanding hanya 2 penggal dan sepatutunya penggal pertama lagi ketika menjadi PM...Najib sudah ankat Mukhriz menjadi Menteri Kanan.

Tun bagi saya menggunakan Muhyiddin utk angkat anaknya menjadi PM selepas PRU15 dan tak mustahil Muhyiddin pun sekadar tukang membaca skrip saja. Jika betul teori ini benar.. Tun menang 3-0. Pertama Tun tak dituduh sebagai pengkhianat. Kedua Tun sangat membnci Anwar,dapat meyakinkan musuh politik dan segelintir orang Melayu bahawa Anwar tak layak jadi PM. Ketiga Mukhriz berjaya dijulang naik menjadi TPM dan seterusnya PM.


Hebat betul Tun dlm usia 95 berjaya mempergunakan kesemua parti2 politik utk mengangkat anaknya menjadi PM. Hanya Nurul Izzah dan Rafizi dapat menghidunya sejak awal2 lagi. Juga hanya kuasa Tuhan saja dapat menghalangnya....

Dari hujah Tun dlm sidang akhbarnya menyalahkan Anwar dan PH menampakkan bahawa Tun mengelirukan orang Melayu dan peminat2 politik. Tun kata PH perlukan dia. Sebanarnya Tun yang mempergunakan PH utk menjatuhkan Najib. 90% ucapan Tun dlm kempen ditujukan kepada Najib. Sedangkan Tun yang hadir bertemu Anwar di mahkamah meminta restu untuk bersama PH ketika itu. Ingat...BUKANnya Anwar yang pergi bertemu TUN!!!

Tun kata Anwar gelojoh dan tiada sokongan Dewan Rakyat.Ketika konsesus PH Tun sendiri akui dia hanya PM sementara. Adakah PM sementara akan duduk lebih lama dari PM sebenar?  Tun kata Anwar perlu sokongan Dewan Rakyat sedangkan ketika dia menyerah jawatan PM kepada Pak Lah,dia tak berbuat demikian. Malah Pak Lah menyerahkan jawatan PM kepada Najib juga tak perlu sokongan Dewan Rakyat.


Akhirnya melalui PH Tun berjaya diangkat menjadi PM PM dan menjatuhkan kerajaannya sendiri setelah yakin orang2 Melayu akan menolah PH kerana DAP. Tun tahu dengan meletakkan jawatan PM maka hilang semua jawatan Menteri kerajaan PH. Ia adalah seperti Teori Domino,merupakan suatu teori yang muncul antara dekad 1950an dan 1980an yang menyatakan bahawa sekiranya sebuah negara itu menerima ideologi atau pengaruh komunisme,maka negara2 yang berjiran dalam rantaunya akan 'terjerumus' bersama2. Teori ini dipakai pemerintahan USA secara berterusan sepanjang berlakunya Perang Dingin bagi membenarkan campur tangan politik dlm negara2 yang disyaki di seluruh dunia.

Bagi saya yang menjadi mangsa politik mengikut kehendak kemahuan Tun adalah orang seperti Azmin Ali dan beberapa nama lagi. Azmin come the next PRU nasib perjalanan politiknya akan menuju kehancuran. Dia sebenarnya dipergunakan untuk nikmat sekejap saja.

Ia sekadar teori apa yang saya fikirkan sepanjang 2 tahun kerajaan PH ini memerintah sehingga dihancurkan oleh pemimpin2nya sendiri terutama Bersatu. Boleh jadi betul,boleh jadi tidak..sekadar andaian tapi hati kecil ini kuat berkata begitu...Wallahuallam - f/bk
Kalau benar-benar nak letak jawatan PM7 kenapa masih nak jadi PM lagi? Letak jawatan sebab ikhlas nak letak jawatan atau sebab nak menumbangkan kerajaan sedia ada pada ketika itu?

Kalau ada akal yang waras tolong fikir apakah sebab-sebab lain Mahathir LETAK JAWATAN PM7 kalau bukan untuk KHIANAT?

Hari ini kampret2 pemimpin jumpa lagi bekas PM7 merayu mintak kerjasama nak naikkan balik PM7 jadi PM9?? Apa punya cilaka lah kiwak2 meh punya strategy!! Bayangkan nak letak anwar jadi tpm pun dia tak sudi... kawan apa nama ni??- f/bk

Image may contain: 2 people, people standing and suit
TPM untuk boboi semburit...

Awas! Jawatan TPM masih kosong. Ana baca jawatan ini untuk boboi. Apabila boboi jadi TPM, Atok fossil secara automatik akan toned down. Secara psikologinya Atok juga akan swing pegi sebelah pengkhianat. Kita lihat.

Jika ini berlaku, kita perlu sujud syukur kpd Allah SWT. PRU15 kita kasi pulun tanpa Fossil dan Bersatu yg memberi banyak masalah kpd PH. Hujah PH cukup banyak. Ekonomi makin teruk. Hari ni Ringgit terus jatuh, KLCI masih lemah walaupun bekas CEO CIMB jadi MOF. Sentimen pelabur masih tidak yakin. Harga minyak juga terus jatuh yg bakal menjejaskan pendapatan negara.

PH perlu swing undi Melayu sahaja dalam 5% - 7% lagi. Pemimpin DAP sila fasihkan lidah bertutur bahasa Melayu.

DAP ni jenis suka berkorban. Perak, Melaka, N9, Johor, DAP menang banyak, tapi exco DAP cuma berapa kerat aje. Tak berebut jawatan. Tak mustahil DAP tawar untuk tidak memegang portfolio Menteri sekiranya PH menang PRU15 dalam kempennya nanti. Segalanya mungkin dan setakat ini DAP tidak mungkir janji. 

PN setakat ini tiada modal pun untuk menambat hati rakyat yg rata2 amat marah apabila undi mereka dikhianati. Pilih PH, dapat penyamun, semburit, penjual agama dan pengkhianat. Melayu pun marah apabila dikhianati. - Dr Ariff Kadir Al-Katami


New Finance Minister Tengku Zafrul Was The Superstar Singer In A Music Video For Najib’s 2018 Election Campaign...

Did Muhyiddin really want to reform institutions as well as combat corruption and abuse of power, as pledged in his inaugural speech as the country’s 8th Prime Minister on March 2? Only gullible and ignorant supporters would think so. As the world was shocked by the plunging oil prices and the stock market meltdown, the premier has finally unleashed his Cabinet.

The Cabinet was specially designed to ensure 72-year-old Muhyiddin’s survival from the beginning. To prevent betrayal, as he did to his former boss Mahathir, the Cabinet was bloated to the maximum – 31 ministers and 38 deputy ministers. That’s brings back the memory of UMNO regime. In comparison, the previous Pakatan Harapan had only 28 ministers in order to save cost.

At first glance, the Cabinet looks quite refreshing until you realised that it was mostly old wine in new bottles. To prevent a power struggle among the component parties – Bersatu, UMNO, PAS, GPS – the prime minister introduced 4 senior ministers, which resembles four guardians to check each other and to protect his throne. But the most interesting ministry is the finance minister.

Muhyiddin has chosen Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, the chief executive of Malaysian banking group CIMB, as finance minister. That is an extraordinary appointment considering that the powerful and influential cabinet post is reserved for a senior politician within the ruling political party. If not for potential political backlash, Muhyiddin would probably like to have the post for himself.

So what’s wrong with the appointment of the 46-year-old Tengku Zafrul, a so-called technocrat, as the new finance minister? To answer that, one has to go back to the era of former prime minister Najib Razak. Many people didn’t know that Najib, in his obsession over Donald Trump’s MAGA (Make America Great Again), had actually copied the US presidential campaign.

Yes, Najib’s version of MAGA was the “Hebatkan Negaraku” (Make My Country Greater) slogan. The former premier’s manifesto, a 220-page book with sexy infographics, was designed to urge the voters to make the country greater together with Barisan Nasional coalition. Millions had been spent on advertisement specifically targeting the social media – Facebook, Twitter and whatnot.
Finance Minister Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz - Music Video For Najib Razak
Music Video For Najib Razak

The “Hebatkan Negaraku” political campaign entered the cyberspace when apps downloadable from Google Play Store and Apple App Store were launched. Heck, even Air Asia Group CEO Tony Fernandes ordered his A330-300 aircraft to be given a new coat, sporting the “Hebatkan Negaraku” slogan, as he scrambled to bootlick Najib Razak.

It didn’t take long for other apple polishers to find creative ways to praise and promote the campaign, including top guns from GLCs (government-linked companies). Those chief executives were part of 17,000 political appointees of Najib regime. Instead of running their companies, they were instead busy running Barisan Nasional election campaign.

The peak of the politicking was the making of a “Hebat Negaraku” music video, a four-and-a-half-minute clip obviously to show their support for Najib leadership through mind-boggling worshipping and sucking up. At least 53 GLC Chief Executives had sung songs of praise for Najib or actively campaigned for the ex-prime minister, including the newly appointed Finance Minister Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

The chief architect of the music video and the Barisan Nasional election campaign was Shazalli Ramly, (former) CEO of Telekom Malaysia who was paid a monthly salary to the tune of RM300,000 (US$75,000; £57,000) – exclusive of other mouth-watering perks, allowances and other director fees (ranging from  RM5,000 to RM35,000 a meeting).

Zafrul Abdul Aziz, then the CEO of CIMB Group Holdings Berhad, was one of the superstar singers (watch YouTube above) who joined the band and sang like a canary when he should be doing his job as the head of the bank. Speaking to journalists today (March 10) after his swearing-in as a Senator to enable him to become the Finance Minister, Zafrul said his focus is on the economy, not politics.

Seriously? Even if he could argue his way out of the music video that he was forced to sing songs of praise for former PM Najib Razak, what is there to stop him from doing a similar stunt for PM Muhyiddin Yassin at a later stage? After all, his job security is at the mercy of the prime minister. Like it or not, the new finance minister is another appointee of Muhyiddin.
Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

To make matters worse, Zafrul is reportedly linked to Muhyiddin’s family. Apparently, Zafrul’s younger brother, Tengku Zuhri Tengku Abdul Aziz, is married to Fara Nadia Abd Rahim, whose elder sister Fara Ikma Abd Rahim is married to Muhyiddin’s eldest son Fakhri Yassin. Hence, Muhyiddin has indirect influence over how the national coffers are to be spent.

When CIMB Chairman Nazir Razak, the brother of Najib Razak, was exposed of having helped the prime minister to disbursing US$7 million (RM29 million) in the run-up to the 2013 general election, he took leave of absence in 2016 to facilitate the investigation of the bank’s anti-money laundering allegations. Mr. Zafrul was part of the CIMB team when the hanky-panky took place.

As expected, Nazir was cleared of all wrong-doing and resumed his role a month later, before he leaves the bank in September 2018 upon the defeat of his brother, Najib Razak, in the May 2018 General Election. Now, if Zafrul was willing to go the extra mile in sucking up to Najib by virtue of Nazir being his boss, imagine what the new finance minister will do for Muhyiddin, who is related to his family.

The appointment of Zafrul as finance minister is no longer about cronyism, but screams nepotism. Now, do you understand why the despicable Najib Razak happily congratulated Muhyiddin’s cabinet? Even though UMNO senior warlords didn’t get most of the ministerships, almost all the so-called “outsider ministers”, including Finance Minister Zafrul, are UMNO hardcore supporters.

In essence, PM Muhyiddin is the de-facto Finance Minister through his control over a young, weak and politically-inexperienced Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz. In fact, it’s not an exaggeration to suggest that the newly crowned finance minister is the prime minister’s puppet. If the premier plans to hatch a new 1MDB of his own, he sure has all the resources and connections to do so. - FT
Image may contain: 1 person, text that says 'Anggota Parlimen Bintulu dari Parti Demokratik Progresif Sarawak (PDP) Tiong King Sing menolak pelantikan sebagai timbalan menteri perpaduan negara. Perkara itu dimaklumkan setiausaha agung parti itu Nelson Balang Rining, seperti dipetik Utusan Borneo. Nelson berkata, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat Majlis Tertinggi PDP di Kuala Lumpur semalam, susulan pengumuman barisan jemaah menteri oleh Perdana Menteri Muhyiddin'
Pandai sungguh Din letak,sama padan, sama jahat
dan sama banyak pembahagian, sama2 tipu mandat rakyat...

Image may contain: people sitting and water, possible text that says 'NAK PI MANA AYOH CHIK? PUTRAJAYA..'
Image may contain: meme, text that says 'PAK PANDIR LEBAI MALANG Nik Abduh timbalan kepada Wee ka siong Islam memimpin?'
Image may contain: 2 people, possible text that says 'Berhasil juga plan kita kali ni ayohchik! Dpt gak merasa jdi Menteri! Pintu blkg pun pintu blkg lah!'
cheers.

No comments: