20 February 2012

UMNO ganggu ceramah Anwar, kereta Anwar dipecahkan...

NONE Kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan kemek dan rosak akibat terkenan balingan batu dan didakwa ditendang sekumpulan lelaki yang didakwa sebagai penyokong Umno semasa ceramahnya di kawasan Parlimen Sembrong, Johor malam semalam.


 Menurut Keadilan Daily Online, ceramah Anwar yang dijadualkan itu juga diganggu dengan penyokong Pakatan dilempar dengan mercun, telur, botol, Mereka juga dilontarkan dengan kata-kata kesat.

“Saya saksi di tempat kejadian,” kata seorang penyokong Pakatan, Julailey Jemadi melalui twitternya yang dipetik akhbar rasmi PKR itu.

Namun laporan itu tidak menyebut dengan jelas, jumlah mereka yang terbabit dan di mana Anwar berada semasa kejadian. Bagaimanapun ketua umum PKR itu dilaporkan tidak cedera.


Ia menyebut pimpinan PKR Johor akan membuat laporan polis dalam tempoh terdekat.

NONEParlimen Sembrong sebelum ini kenalpasti antara kubu kuat Umno dan ia diwakili oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Sejak kebelakangan ini, ceramah-ceramah pembangkang dan juga pro-Pakatan seringkali diganggu dan ia dipercayai sebahagian daripada taktik menakut-nakutkan masyarakat terutama dalam usaha menguasai sokongan orang Melayu.


Pada 21 Januari lalu, perhimpunan NGO Asalkan Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun, Klang  terpaksa dibatalkan apabila sekumpulan belia bermotosikal menyerbu majlis itu sehingga menyebabkan seorang peserta cedera.

Pada 11 Februari lalu pula, seramai 15 aktivis pelajar terpaksa diiringi polis bagi meninggalkan Kampung Idaman, juga di Klang apabila sekali lagi kumpulan remaja bermotosikal menggangu majlis mereka yang mahu menuntut kebebasan akademik.

NONESelain dewan tempat ceramah diselerakkan dan kerusi dipecahkan, kumpulan samseng itu juga  membaling batu dan merosakkan sebuah kereta.

Ceramah Anwar di Felda Tun Ghafar di Alor Gajah, Melaka, pada petang 13 Februari lalu pula dicemari oleh kekecohan di antara penyokong PKR dan BN.

Pada kejadian itu, penyokong BN dikatakan tiba-tiba muncul dengan kira-kira 20 hingga 30 motosikal serta puluhan lagi kereta bagi mengganggu ceramah tersebut.

Malah, sejurus sebelum ceramah bermula, sekumpulan penyokong Umno didakwa tellah menampar seorang lelaki ahli PKR yang cuba meletakkan bendera parti sebagai persiapan ceramah.

Jumaat lalu, Anwar terpaksa membonceng motosikal berikutan banyak sekatan polis bagi menghalang rakyat mengikuti ceramahnya di Parlimen Pekan yang diwakili Najib.- malaysiakini


Umno supporters throw stones at Anwar's car...

Opposition Leader Anwar Ibrahim's visit to the Sembrong parliamentary seat in Johor yesterday received a hostile reception from suspected Umno supporters, said PKR.

NONEAccording to its secretary general Saifuddin Nasution, the demonstrators threw stones, wood and firecrackers and kicked at his Mercedes, resulting in a cracked windscreen and a dented door.

They also shouted vulgarity and hurled verbal abuse at the one-time deputy prime minister, who spoke at the local PKR office at Jalan Mersing at about 11.30pm.


Saifuddin said a local PKR leader sustained minor injuries but Anwar was unhurt in the incident which occurred on the watch of "at least 20 uniformed police officers".


NONE"They were throwing firecrackers above the heads of the police," he told reporters at the party's national headquarters in Tropicana, Selangor, today.

He said that the "paid thugs" were about 15-18 years of age and were later identified by locals as "Umno's people".

"A police report was lodged by local PKR leaders at the Kluang police station about 3am today," he said, adding that PKR had obtained a police permit for the event.

 

According to Saifuddin, the disruption had begun even before Anwar's arrival, with "50 to 80 people on motorcycles blaring their horns and revving their bikes".

"It was continuous. From before Anwar arrived and throughout his speech," he said, adding that Anwar had travelled back to Kuala Lumpur in his bodyguard's car for safety purposes.

"Did police allow such an incident to take place simply to protect Home Minister Hishammuddin Hussein's political future in his constituency of Sembrong? If not, why didn't they stop it, or why (was there) no arrest?" he asked.

Explain, Umno leaders told

Saifuddin urged Hishammuddin, who is also Umno vice-president, and Johor MB and BN chief Abdul Ghani Othman to explain the occurrence of an incident "which (is not fitting in) Malaysian culture".

NONE 
Sembrong is the parliamentary seat held by Hishammuddin (right), the son of former premier Hussein Onn and cousin of current Prime Minister Najib Abdul Razak.

In recent weeks, Anwar has been making forays into traditionally BN strongholds in the rural heartland ahead of a general election.

Last Monday, Anwar’s visit to Felda Ghafar Baba, Machap in Alor Gajah was marred by rowdy UMNO supporters out to disrupt his ceramah.

On Friday, a roadblock was erected in Najib's hometown in Pekan, resulting in Anwar having to ride a motorbike to beat the 5km-long traffic jam in order to get to the ceramah venue.
- malaysiakini



Samseng Umno pecahkan cermin kereta Anwar

Bimbang dengan karisma Datuk Seri Anwar Ibrahim memimpin kebangkitan rakyat melawan kezaliman, sebilangan samseng Umno bertindak liar membaling batu dan menendang kereta Ketua Pembangkang itu.

Cermin kereta itu retak manakala bahagian sisi kenderaan kemek ketika mengadakan ceramah di kawasan Parlimen Sembrong.


Samseng Umno membawa bendera parti mereka dan Barisan Nasional (BN) turut melempar mercun, telur, botol dan kayu selain berteriak  melontar kata-kata kesat.

Kejadian itu berleluasa tanpa sebarang tindakan walaupun ia berlaku berhampiran beberapa anggota polis.

Jumaat lalu, Anwar terpaksa membonceng motosikal penyokong Pakatan berikutan banyak sekatan polis bagi menghalang rakyat mengikuti ceramahnya di Parlimen Pekan yang diwakili Najib.


Kejadian berkenaan menimbulkan kemarahan penyokong Pakatan yang mengecam perbuatan tidak bertamadun itu, sebaliknya penyokong Umno memfitnah, kononnya cermin kereta  ‘dipecahkan sendiri’.

“Saya saksi di tempat kejadian,” kata seorang penyokong Pakatan, Julailey Jemadi melalui twitternya, sekali gus menyanggah tohmahan itu.

Pimpinan KEADILAN Johor dijangka membuat laporan polis dalam tempoh terdekat.- keadilandaily


Kereta Anwar Dihentak Dan Dilontar Batu

Alhamdulilah saya bersama Dr Wan Suhaimi Wan Daud dan Mohd Zaki Abdul Rahman selamat sampai dari mengikuti program ceramah dan majlis muhibbah tahun baru Cina bersama Anwar di Endau dan Semberong Johor.

Ingat tadi terus hendak letakkan kepala, tidur kerana eosk harus bagun pagi kerana ada dua appoitment, tetapi mata tidak mahu lelap pula.

Peristiwa yang berlaku kira-kira empat jam tadi di mana kereta yang dinaiki Anwar Ibrahim diserang oleh kira-kira 200 sekumpulan manusia liar. Kejadian itu berlaku di Semberong iaini kawasan Parlimen Hihsmuddin Hussein.

Kejadian itu berlaku sebaik kereta Anwar memasuki ke kawasan ceramah di pejabat PKR Semberong, kira-kira jam 11:30 malam ia diserbu oleh kumpulan manusia liar itu yang sudah sedia menanti sejak awal lagi.


Gara-gara serangan yang dirancang itu menyebabkan kereta Mercedez Band dinaiki Anwar remuk cermin hadapan dan kemek pintu belakang di sebelah kanan. Selain itu beberapa buah kereta yang mengiring kereta Anwar juga turut menjadi mangsa. Seorang ahli PKR katanya Ketua Angkatan Muda (AMK) cedera kerana dibelasah kumpulan liar.

Saya dibekalkan dua keping gambar keadaan kereta berkenaan oleh salah seorang mangsa yang sempat merakam gambar kereta berkenaan.

Rasa bersalah kalau saya tidak postingkan dua keping gambar kereta berkenaan untuk menjelaskan betapa sadis dan 'beruknya' perangai pemuda liar di parlimen Semberong itu.

Saya akan ulas pagi esok mengenai kejadian tadi yang sungguh menyedih dan menyesalkan. Maaflah saya nak tidur dulu kerana badan terlalu letih sangat. - mohd.sayuti omar,merah tinta blogspot.



Mobil Anwar Ibrahim Dirusak Orang Tak Dikenal




cheers.

No comments: