22 February 2012

Sembrong: Seorang dilastik, lelaki tua dibaling kayu...

NONE PKR menafikan ceramahnya di Jalan Mersing, Sembrong pada malam Ahad lalu di mana kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang dengan lontaran batu, kayu dan mercun sehingga kemek dan cerminnya pecah itu diadakan tanpa permit.

“Majlis yang mendapat permit dari pihak polis itu diganggu dari awal hingga akhir oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.  

“Tujuan mereka ialah untuk menimbulkan kekecohan dan huru-hara,” kata Ketua Penerangan PKR, Johor Syed Hamid Ali (kiri) dalam satu kenyataan memperincikan apa yang sebenarnya berlaku pada malam berkenaan.

Menurut beliau, pada kejadian itu, lebih 100 orang yang dipercayai kakitangan dan anak-anak muda yang diupah oleh Umno tempatan telah melakukan segala macam provokasi untuk mengganggu dan mencederakan orang ramai dan pemimpin yang hadir di situ.

“Mereka membuat bising dan menjerit-pekik; buat rioh-rendah dengan membunyikan enjin motorsikal, air horn dan siren.


“Kemudian, berpuluh-puluh anak muda yang bermotosikal terus mengganggu lalu lintas; batu, telor, botol plastik dan mercun bola berterbangan ke arah penceramah dan orang ramai,” katanya.

  
NONESyed Hamid juga berkata pada malam itu, tidak kurang 4,000 orang membanjiri ruang di hadapan pejabat Cabang Semberong di Batu 4 Jalan Mersing, Kluang untuk mendengar ucapan daripada pemimpin-pemimpin parti peringkat negeri dan pusat.

Antara mereka termasuk ketua umum PKR itu sendiri, dirinya, ahli parlimen Kapar S Manikavasagam dan  ADUN Mengkibul Ng Lam Wah.

“Ketika rombongan Anwar sampai di tempat ceramah kira-kira jam 11.30 (malam), suasana menjadi semakin ribut.

“Beliau dan rombongannya diserbu dan dikepung. Pergelutan kecil berlaku sebelum Anwar berjaya diselamatkan.


NONE“Kami diberitahu, seorang mengalami cedera ringan di dahi dipercayai akibat dilastik; seorang lelaki tua cedera dibaling kayu; bendera PKR dibakar; cermin kereta Anwar pecah dan pintunya kemek,” katanya.  

Sehubungan dengan kejadian itu, katanya PKR menuntut supaya pihak polis bertanggungjawab untuk melakukan penyiasatan secara profesional.

Syed Hamid juga berkata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammudin Hussein selaku Ketua Bahagian Umno Semberong dan ahli parlimen kawasan itu juga perlu bertanggungjawab atas peristiwa buruk dan memalukan itu.

Kejadian itu antara beberapa siri gangguan yang disaksikan sejak beberapa minggu kebelakangan ini apabila pemimpin Pakatan cuba menggempur kubu-kubu BN, khususnya Umno menjelang pilihan raya umum akan datang.

Pada 13 Februari lalu, kunjungan Anwar ke Felda Tun Ghafar Baba, di Machap,  Alor Gajah juga dicemari oleh penyokong Umno yang mengganggu ceramah beliau.

Manakala pada Jumaat lalu pula sekatan jalan raya didirikan daripda menghalang pemimpin dan penyokong Pakatan daripada menghadri ceramah yang dijadualkan di kubu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan.


Malah, Anwar terpaksa membonceng  motosikal untuk menuju ke lokasi cermahnya.-malaysiakini


Cops gave nod for Anwar's Sembrong ceramah

The fracas at Opposition Leader Anwar Ibrahim’s ceramah in Sembrong, Johor, last Sunday was uncalled for, said Johor PKR information chief Syed Hamid Ali, adding that the event was arranged after a police permit was obtained.


NONE“The police had issued a permit for the gathering but it was disturbed from the beginning to the end by irresponsible parties with the goal to create chaos and disorder,” said Syed Hamid (left) in a statement today.

Anwar was greeted with hostility as demonstrators threw stones, wood and firecrackers as well as kicked at his Mercedes Benz, resulting in a cracked windscreen and a dented door.

The ceramah, organised at the PKR office at Jalan Mersing at about 11.30pm, was also repeatedly disrupted by youths who were shouting vulgarity at Anwar, blasting their motorcycle horns and revving the engines.

Syed Hamid accused local Umno supporters of being behind the provocation which led to a scuffle between the attendees and demonstrators.

NONE“We were informed, one person was lightly injured after being hit by an elastic; a wooden rod was thrown at an elderly man injuring him; the Keadilan flag was burned; and Anwar’s vehicle was vandalised,” said Syed Hamid.

Demanding that the police investigate the matter “professionally”, Syed Hamid also urged Sembrong Umno MP and division chief Hishammuddin Hussein to take on the responsibility for the incident.

Kluang district police chief Abdul Majid Mohd Ali had alleged that no permit was obtained for the night ceramah as reported in Berita Harian.

Nevertheless, yesterday he told Malaysiakini that the incident is being investigated under Sections 148 and 440 of the Penal Code which deals with rioting armed with weapons.

cheers.

No comments: