15 February 2012

Isu Israel: Ah Jib Gor patut belek bontotnya dulu...

Jika sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak begitu takut apabila pembangkang membangkitkan isu hubungan Malaysia- Israel menerusi khidmat Apco Worldwide, kini beliau cuba berlagak hero menyatakan pendiriannya yang anti Israel.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Najib seolah lupa bahawa kerajaan pernah membayar RM77 setahun bagi mengguna pakai  khidmat firma Israel tersebut.

Kerajaan juga katanya, mengupah FBC Media sebanyak 19.6 juta euro (RM84 juta) untuk memperbaiki imej Najib di peringkat antarabangsa.

“Isunya di sini, Najib perlu cermin diri dulu sebelum mengeluarkan kenyataan, beliau perlu sedar apa yang dicakapnya.

“Ini adalah satu sikap Najib yang memangnya hipokrit terutamanya ketika mahu ‘membersihkan’ dririnya daripada dakwaan mempunyai hubungan dengan Israel,” katanya kepada Keadilandaily.

Beliau mengulas kenyataan Najib hari ini kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kenyataan berbeza berhubung isu Palestin- Israel.

“Kalau bercakap soal Israel ini, Najib sepatutnya sedar, kerajaan beliau yang gunakan khidmat Apco, bukan kerajaan Pakatan Rakyat.

“Apabila Najib bercakap, seperti tempiasnya terkena diri sendiri,” ujarnya yang juga Adun Seri Setia.

Sebelum ini, pentadbiran Najib membayar RM77 juta setahun kepada Apco Wordwide, untuk tujuan perundingan komunikasi selain mengilhamkan slogan 1 Malaysia yang didakwa meniru konsep One Israel.

Pendedahan itu pada Mac tahun lalu menyebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga ahli parlimen Pakatan Rakyat digantung dari menghadiri sidang Dewan Rakyat hampir setengah tahun.

Najib juga sebelum ini mengaku di Parlimen bahawa kerajaan mengguna khidmat FBC Media antara 2007 dan 2010.

FBC juga secara terbuka menyokong tindakan Israel menahan kapal Mavi Mara yang menghantar misi bantuan kemanusiaan ke Gaza, 31 Mei tahun lalu.

Serangan berkenaan menyaksikan lebih 10 aktivis terbunuh, manakala 12 sukarelawan Malaysia yang berada di atas kapal itu turut ditahan.

Antara lain, dokumentari yang diterbitkan untuk siaran Perbadanan Penyiaran British (BBC) itu bagi memberikan gambaran yang positif mengenai industri kelapa sawit Malaysia dan layanan istimewa terhadap orang asli di negara ini.

BBC baru-baru ini memohon maaf kerana menyiarkan program yang ditaja itu kerana jelas melanggar peraturan editorial, termasuk lapan programnya yang memaparkan tentang Malaysia.

source:keadilandaily





Mahathir pun dah nyanyuk - Saifuddin


Dr Mahathir lupa dengan tindakannnya sendiri sebagai perdana menteri yang mencatatkan beliau pernah membayar RM4 juta kepada pelobi dan usahawan Amerika Syarikat berbangsa Yahudi, Jack Abramoff bagi mengadakan perjumpaan bersama Presiden George W.Bush.


Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution berkata Tun Dr Mahathir sebagai 'nyanyuk' dan lupa dengan tindakannya sendiri terlalu taksub mahu menjalinkan hubungan rapat dengan AS ketika itu .


Sehubungan itu, katanya, beliau (Mahathir) perlu melihat dirinya sendiri di cermin sebelum membuat kenyataan mendakwa Amerika Syarikat (AS) dan Israel mahu melihat perubahan kerajaan di Malaysia serta mengaitkan hubungan rapat ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pihak terbabit.


"Satu kenyataan yang paling nyanyuk pernah datang daripada Dr.Mahathir. Beliau secara rekod pernah membayar 4 juta pada pelobi yahudi Jack Abramoff semata-mata untuk berjumpa presiden Bush. Tak ada seorang pun pemimpin Malaysia yang buat seperti mana Mahathir buat. Bayar 4 juta hanya untuk berlutut kepada Presiden Bush," katanya kepada Antarapos petang tadi,


Beliau berkata demikian mengulas laporan akhbar yang menyebut Tun Dr Mahathir dalam blognya menuduh AS dan Israel mahu melihat perubahan pada kerajaan Malaysia sekarang dan menjadikan Anwar sebagai pemimpin kerajaan boneka bagi memudahkan mereka mencapai kepentingan mereka.


Saifuddin menegaskan, Tun Dr.Mahathir tidak sepatutnya menuduh Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat sedangkan beliau sendiri mempunyai kaitan dengan pihak Amerika Syarikat dan Israel.


"Orang yang pernah ada rekod begitu, kalau dia menuduh orang lain dialah yang nyanyuk. Orang lain tak pernah buat begitu, dia yang buat"


"Kenyataan daripada Dr.Mahathir yang nyanyuk, dia fikir rakyat sudah lupa apa yang dia buat ketika dia menjadi Perdana Menteri," ujarnya lagi.


Dalam pada itu, Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh pula melihat, Tun Dr Mahathir seolah-olah sengaja memanipulasi kenyataan yang dibuat oleh Awar mengenai Amerika Syarikat dan Israel.


Beliau turut menggesa agar pemimpin itu meneliti dan memahami keseluruhan isi kandungan kenyataan terbabit dan bukannya mengambil sebahagian dan serta merta membuat kesimpulan sendiri.


"Israel ini sensitif bagi orang Malaysia. Kita ambil contoh bagaimana mereka serang dalam WSJ. Muhyiddin sendiri ambil sebahagian sahaja daripada kenyataan itu serta putar belit. DSAI kata 'boleh kita terima kehadiran Israel, dengan syarat Israel tidak terus mengasak Palestin'. Tetapi bahagian kedua tidak disebut. Sebahagian saja ayat Datuk Seri Anwar," katanya lagi.


Fuziah menegaskan, Tun Dr Mahathir mungkin kelihatan begitu lantang bersuara menentang Zionis dan Barat tetapi sebenarnya mempunyai hubungan yang cukup baik dengan mereka.


"Kita semua tahu. boleh periksa hubungan dagangan Malaysia dengan Israel yang agak besar berjumlah 600 juta euro. dan pasangan perdagangan ialah Israel. Ini kenyataan hipokrit dan sengaja diputarbelit,"tambah beliau lagi.




Goto link ini.


Tun Dr Mahathir dalam blognya berkata AS kurang selesa dengan pentadbiran Malaysia sedia ada kerana ia tidak memihak kepada negara berkenaan serta tidak menyokong dasar AS terhadap Iran dan negara-negara lain.


Mahathir juga kelihatan seperti mensasarkan terhadap temubual Anwar dengan Wall Street Journal (WSJ) lalu di mana beliau dilaporkan berkata akan memberi sokongan terhadap usaha melindungi keselamatan negara Israel.


Konspirasi Dr Mahathir dengan Yahudi

cheers.


No comments: