30 June 2010

SPRM cari bala kalau temu Bala di London........

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan merakam kenyataan penyiasat persendirian P Balasubramaniam di London.Sebaliknya, SPRM akan menghantar soalan kepada Balasubramaniam dan meminta saksi tersebut menjawab dalam bentuk affidavit, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull.

"Kita akan menulis kepada peguam saksi berkenaan esok, untuk memaklumkan keputusan tersebut, dan untuk mengemukakan soalan-soalannya," katanya.

Shukri berkata langkah tersebut diambil atas nasihat Pejabat Peguam Negara, dengan mengambil kira kes Tan Sri Eric Chia di mana satu kenyataan saksi yang dirakam di luar negeri, tidak diterima sebagai bahan bukti dalam kes rasuah tersebut.

Menurut pengarah undang-undang dan pendakwaan SPRM, Datuk Abdul Razak Musa pula, keputusan untuk tidak merakam kenyataan Balasubramaniam itu juga mengambilkira keputusan terhadap keterangan pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand dalam inkues kematian Tan Hock Beng.

"Dalam kes Eric Chia, kami mempunyai kenyataan yang dirakamkan dalam kamar majistret di luar negeri, tetapi ia tidak dapat diterima. Kami tidak mahu usaha kami menjadi sia-sia," katanya.

SPRM telah merakam kenyataan "sebahagian besar saksi" dan kenyataan penyiasat persendirian itu sangat penting untuk kes berkenaan, katanya. Menurutnya, SPRM memerlukan kenyataan Balasubramaniam untuk membantu siasatannya.

Sebelum ini, SPRM bersetuju untuk merakam kenyataan Balasubramaniam di Holiday Villa di London dari 5 hingga 7 Julai.

PI Bala’s lawyer insists on London interview,read here and here.

source:malaysiakini

Daripada awal Bala dah bagi tahu siapa-siapa yang terlibat dalam kes tersebut. Orang yang terlibat pula adalah adik Pak Jib pula dan SD Bala terus terang menyatakan siapa yang terus terlibat dengan pembunuhan Altantuya. Bukankah pertemuan Bala nanti akan menjadi satu bala pula kepada Pak Jib and kuncu-kuncunya?

Jadi aku tak terkejut dengan berita ini, kerana aku dah jangka bahawa SPRM sememangnya tiada teloq untuk membuat siasatan lanjut kes Altantuya,tambah-tambah lagi kalau jumpa Bala. Keputusan untuk tidak ke London tentu datangnya daripada pelakon-pelakon utama dalam kes tersebut........

cheers.

No comments: