03 June 2010

Scorpene: Pejabat DCNS diserbu Polis Perancis.....


Polis Perancis menyerbu pejabat pengeluar senjata DCNS dan kumpulan industri Thales berhubung siasatan terhadap penjualan kapal selam kepada Malaysia, demikian menurut sumber kehakiman semalam. Dokumen-dokumen dirampas dalam serbuan tersebut minggu lalu, tambah sumber itu.Thales enggan mengulas perkara itu, manakala DCNS memberitahu AFP bahawa ia "tidak mengesah atau menafikan maklumat tersebut."

"Satu siasatan sedang dijalankan dan kami tidak boleh memberi sebarang komen."

Mac lalu, Pejabat pendakwaraya Paris memulakan siasatan terhadap penjualan kapal selam tersebut pada tahun 2002 ekoran aduan yang dibuat oleh badan hak asasi manusia dari Malaysia, Suaram. Suaram mendakwa Armaris - anak syarikat Thales dan DCN - telah membayar komisyen sebanyak 114 juta euro kepada syarikat Malaysia Perimekar, yang dikaitkan dengan individu yang rapat dengan Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak .

Najib merupakan merupakan menteri pertahanan pada tahun 2002 dan bertanggungjawab dalam rundingan kontrak tersebut. Sejak tahun 2000, bayaran komisyen bagi kontrak yang berkaitan dengan pemimpin asing merupakan satu rasuah di bawah undang-undang Perancis.

Pada 2002, The DCN menyertai Thales dan kumpulan pembinaan Navantia dalam kontrak untuk menjual tiga kapal selam kepada Malaysia pada sekitar harga satu bilion euro.

Lewat April lalu, seorang jurucakap Pejabat Perdana Menteri menegaskan bahawa "tiada kes" untuk dijawab. Menurutnya, urusniaga tersebut bebas daripada rasuah dan tidak benar Perimekar mendapat manfaat secara tidak betul daripada urusniaga tersebut.

Read here and here.

source:AFP


Belanja 1 bilion euros untuk beli 3 kapal selam, dan dalam pada itu pula membayar 114 million euros sebagai "commission" kepada sebuah syarikat RM2.00, Perimekar kepunyaan Abdul Razak Baginda, rakan karib Najib 1Malaysia dan Bik Mama.

Idris Jala buat sibukmenuduh bahawa dengan subsidi gula dan petrol untuk rakyat boleh bankrapkan negara. Tapi, apa cerita komisyen 114 billion euros daripada pembelian kapal selam tersebut yang sepatutnya dipulangkan kepada gomen tapi secara senyap-senyap dimasukkan dalam akaun sebuah syarikat perseorangan,Perimekar. Bukankah itu adalah rasuah.

Rasuah adalah punca utama negara menjadi bankrap bukan kerana subsidi.

Target 1Malaysia negara maju melalui wawasan 2020, tapi pada 2019 1Malaysia akan jadi bankrap kata Idris Jala.

Thanks to our corrupted leaders!! and Let us send the Altantunya murderers to hell.........

cheers.

1 comment:

Anonymous said...

Kerajaan akan bankrupt jika terus kan subsidi...tetapi bila ada by-election, juta-juta boleh keluar dgn mudah sebab nak raih undi...yg itu PEMANDU tak mau ambik kira pulak? Kalau dah bodoh baik pegi mampus jer semua BN leaders nih...terbaru CSL pun dah creat dynasty Chua dlm MCA sama mcm Samy Vellu + Velpari; Madey Kutty+Ikan Buntal; Razak+Najib; Hussein+Hisamudin etc etc...