08 June 2010

Judi Bola: Siapa pembohong besaq - Najib 1Malaysia atau Vincent Tan Berjaya......

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak boleh diheret ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen jika beliau tidak memberi gambaran yang sebenar berhubung pemberian lesen judi sukan.

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata kenyataan bercanggah antara Kementerian Kewangan dan BERJAYA Corporation Bhd menimbulkan kontroversi mengenai siapa yang sebenarnya berbohong.

Pada notis kepada Bursa Malaysia 12 Mei lalu, BERJAYA berkata: 'Kementerian Kewangan telah memberikan kelulusan berhubung pemberian semula lesen kepada Ascot untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan.'

Sesalinan notis itu kemudiannya diedarkan oleh Pua kepada wartawan pada sidang medianya di lobi parlimen, pagi ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan dalam jawapan bertulisnya di parlimen semalam berkata lesen berkenaan belum dikeluarkan kerana masih menunggu maklum balas orang ramai dan beberapa syarat masih dirangka.

source:malaysiakini


Tak guna menuduh siapakah yang membohong dalam hal ini,kerana kita tahu siapa orangnya. Tindakan Vincent Tan mengadakan sidang akhbar konon nak bagi RM525 juta untuk 'charity' hasil judi bola itu sendiri membuktikan siapakah pembohong besaq..........

Tapi sama ada YB-YB BN ada teloq untuk bertindak merujuk Najib ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen adalah isu lain pula.

cheers.

1 comment:

Anonymous said...

Siapa lagi,kalau bukan NAJIB ALTANTUYA!!!!!!!!