07 April 2010

Perisik Isreal dalam Polis 1Malaysia pula dah........

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar hari ini mendedahkan kewujudan perisik Israel dalam pasukan Polis Diraja Diraja Malaysia (PDRM). Katanya, perkara berkenaan sebelum ini telah disahkan sendiri oleh cawangan khas Bukit Aman.

Bercakap ketika membahaskan bajet tambahan Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat hari ini, Datuk Seri Anwar turut mengemukakan beberapa dokumen bagi menyokong dakwaannya itu.

Beliau yang juga MP Permatang Pauh menamakan sebuah syarikat yang terbabit dan dikatakan berpengkalan di Israel. Katanya lagi ini membuktikan maklumat negara telahpun dijual kepada ejen asing. Katanya lagi ini juga menunjukkan sikap kerajaan yang bermuka-muka.

"Tak iktiraf Israel tapi bersekongkol dengan rejim Zionis yang kejam," katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas itu, Anwar berkata penglibatan syarikat berkenaan adalah melalui subkontrak daripada sebuah syarikat tempatan untuk menaiktaraf sistem komunikasi analog PDRM kepada sistem digital.

Sementara itu Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tampil mengemukakan bukti berhubung dakwaannya ada ejen Israel dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Dedahkanlah bukti tentang perkara terbabit, supaya senang kami buat siasatan sebab kita tidak boleh melakukan sesuatu penyiasatan tanpa sebarang bukti atau maklumat," katanya ketika dihubungi Bernama, di Kuala Lumpur hari ini.

source:malaysiakini

Mustahil Musa Hassan tak tahu tentang laporan2 polis yang dibuat oleh pegawai2 polis di bawah Jabatannya berhubung dengan isu tersebut?

Sekiranya Anwar kemukakan secukup bukti, apakah Musa Hassan akan bertindak dan mulakan siasatan?

Walhal dalam kes sodomi II, kenapa Polis tidak mahu menyiasat kesahihan laporan perubatan oleh doktor pakar dari Pusrawi dan HKL sebelum menangkap dan membuat pendakwaan terhadap Anwar di mahkamah?

Nampak sangat Musa Hassan buat lawak katun 1Malaysia...........

cheers.

2 comments:

Anonymous said...

Anwar pun satu... Bagitau je la nama ajen tu..habis cerita. Kalau tak ada nama, karut je lah cerita tu.....

Anonymous said...

Anwar sudah dedahkan siapakah pegawai-pegawai tersebut dan jawatan meeka, tinggal lagi dokumen-dokumen yang berstatus OSA itu mempunyai risiko yang besar untuk didedahkan. Anwar mempunyai risiko kehilangan status MPnya dan dipenjarakan serta dilucut kelayakan bertanding pilihanraya jika didapati membocorkan maklumat negara yang diklasifikasikan sebagai OSA itu.

Siapakah yang dapat menjamin dalam keadaan Anwar begitu hendak dihapuskan dalam pentas politik tanahair, bahawa beliau terselamat dari ancaman OSA ini?