15 April 2010

MIC tunduk kpd. UMNO, letak P Kamalanathan sebagai calon.....

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa ketua penerangan MIC, P Kamalanathan dipilih sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Kamalanathan memang telah disebut-sebut sebelum ini sebagai calon kompromi selepas pucuk pimpinan BN dikatakan menolak cadangan MIC untuk mencalonkan Datuk G Palanivel bertanding di situ. Penyokong akar umbi, khususnya dari Umno sejak kematian ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lalu secara terang-terangan menolak Palanivel.

Mereka mendakwa beliau tidak cekap dan gagal membangunkan Hulu Selangor meskipun menjadi ahli parlimen selama empat penggal. Sebaliknya, mereka yang menentang Palanivel mencadangkan timbalan ketua pemuda MIC, V Mugilan sebagai gantinya.

Sebagai kompromi, difahamkan Palanivel akan dilantik sebagai senator dan timbalan menteri kerana bersetuju memberi laluan kepada Kamalanathan. Kamalanathan, adalah ketua perhubungan awam Beras Jati Sdn Bhd, sebuah syarikat peruncitan beras.

source:malaysiakini

Akhirnya UMNO berjaya juga memaksa MIC tukar calon tapi dengan habuan, iaitu calon asal MIC,G.Palanivel akan diangkat jadi Timbalan Menteri nanti. Jelas Samy Vellu suka ikut telunjuk UMNO, walaupun pada awalnya drama sakan...........

MIC untung besaq kerana depa dapat bertanding di Hulu Selangor, dapat jawatan Timbalan Menteri dan satu kerusi Senator.

Sebaliknya, UMNO yang beria-ia sangat nak bertanding, satu habuk apa pun tak dapat

Tunggu Presiden PERKASAM turun dengan keris kontotnya........

cheers.

3 comments:

mohd ali ismail said...

Mana dia RAJA KATAK yang memperjuangkan hak orang Melayu? Sebahgian besar penduduk Hulu Selangor 52% ramainya terdiri dari orang Melayu dan bersandar pada logik bukankah baik Melayu dicalunkan disitu dan berkuasa disitu.

Anonymous said...

Memang celaka! Harakahdaily hentam Zaid Ibrahim.

http://satulimatiga.blogspot.com/2010/04/harakahdaily-hentam-zaid-ibrahim-calon.html

Anonymous said...

Itu cerita lama tak payah ungkit. Dulu Mahathir pun puji Anwar sampai ke langit....