13 April 2010

Adik PM dan Deepak disiasat? Betoiiikah......

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mengesahkan hari ini bahawa Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyoal ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan adik Perdana Menteri, Datuk Nazim Razak.

Siasatan itu adalah berhubung pengakuan bersumpah penyiasat persendirian, P Balasubramaniam berkaitan pembunuhan model warga Mongolia, Altantuyaa Shaariibuu.

Bagaimanapun apabila disoal lanjut, Nazri jelas kurang senang dan tidak mahu melayan soalan wartawan.

“Saya kata kita sudah soal, sudah soal, cukuplah tu.”

Nazri sebelum itu bercakap kepada pemberita di lobi parlimen selepas sessi soal jawab. Pada sessi di parlimen sebelum itu, Nazri menjawab soalan daripada Tian Chua (PKR-Batu) mengenai status siasatan berhubung dakwaan Balasubramaniam.

Menurutnya, SPRM masih tidak boleh meneruskan siasatan kerana belum mendapat pengakuan daripada penyiasat persendirian itu.

"Kita tidak tahu di mana dia berada. Kita tidak boleh meneruskan siasatan tanpa pengakuannya,” kata Nazri.

source:malaysiakini


Yalah tu, satu lagi sandiwara menteri kartun 1Malaysia. SPRM pergi siasat, sambil duduk minum kopi dan roti hidangan Bik Mama kot......

Bukankah peguam Bala dah bagi tahu SPRM bahawa dia sanggup membawa Bala untuk disoal siasat dengan SPRM di satu tempat yang akan dimaklumnya. Tapi SPRM ini berasa liat nak bertindak kerana orang-orang yang terlibat adalah putera-putera Tun Razak.

Sama ada SPRM ada teloq untuk bertindak tak taulah? Tapi buat sementasra waktu bagi mengelabui mata rakyat yang bakal menghadapi pilihanraya kecil Hulu Selangor dan Sibu, biarlah menteri pak sanggup kita bagi sedikit info berkenaan denganya. Kalu tak rakyat akan tuduh gomen 1Malaysia dok tidoq atas kes Altantuya ini.........



cheers.

1 comment:

Anonymous said...

do you think that the macc dare to ask question or not, may be tan sri koh soo kun ball will kecut if you ask him to question deepak/adik.

see what he say when moo say ikan bili, tan sri say legah miss quote.