
Namun demikian,Azhan Sharom serta warga Terengganu yang lain sepatutnya berterima kasih kepada Pat Lah kerana sebahagian besar rakyat Terengganu telah memilih untuk kekal dengan gomen BN di Terengganu dalam PRU 12 bulan Mac lalu. Jangan lupa,rakyat Terengganu tertanya-tanya baki wang royalti berjumlah 3 bilion itu tersimpan di mana dan oleh siapa?
Pada 30 Mei 2008, Najib Razak menafikan khabar angin yang mengatakan harga petrol akan dinaikan. Baca di sini.
Pada 2 Jun 2008, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad menyatakan bahawa harga petrol dan diesel mungkin akan naik pada bulan Ogos selepas penstrukturan semula sistem subsidi. Baca di sini.
Tiba-tiba dengan tidak semena-mena Pat Lah mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 40 % @ RM 0.78 seliter (daripada RM 1.92 kepada RM 2.70 seliter) berkuat kuasa mulai 5 Jun 2008. Bagi harga diesel pula dinaikkan sebanyak RM 1.00 (daripada RM 1.58 kepada RM 2.58 seliter. Baca di sini.
Jawapan standard gomen kenapa kenaikan harga minyak ialah kerana mengikut pasaran global dan kerajaan terpaksa mengurangkan bayaran subsidi. Dan jangan lupa gomen kata harga minyak petrol di Malaysia masih murah berbanding negara serantau terutama Thailand dan Singapura. Cuba lihat carta di bawah dan pikiaq-pikiaq mai.........


Menurut Anwar, rakyat pastinya dirundung kehidupan rumit. Bermula dari harga minyak, menjalar ka bil letrik, tertekan parah dengan kos pengangkutan dan harga barang keperluan lainnya. Persoalannya keuntungan Petronas yang jenuh melimpah tertiris dan bocor kemana........
cheers.
1 comment:
Hopefully people can still survive and have something to eat and to cherish in life...
I am wondering what happen to the government? Cutting subsidy, price increase? Are we run put of money? Is the country is desperate for money? Anymore money left in the Bank Negara?
Recession may be inevitable, but the government need to make sure that the impact can be soften for those with less money.... Not following the capitalism idea ... the poor is getting poorer and the rich is getting richer...
Post a Comment