19 June 2008

Pakatan Rakyat Akan Sokong Usul Terhadap Abdullah......

Pakatan Rakyat akan menyokong usul bagi undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen Isnin ini, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. "Ya" kata beliau bila ditanya sama ada Pakatan Rakyat akan menyokong usul yang dijangka dibentangkan pada sesi Parlimen Isnin ini, selepas mempengerusikan mesyuarat exco negeri di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bila diminta mengulas kenyataan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee hari ini bahawa partinya telah hilang kepercayaan terhadap Abdullah dan dua anggota parlimennya Eric Majimbun (Sepanggar) dan Datuk Dr Chua Soon Bui (Tawau) akan menyokong usul itu.

Yong tidak menyebut tentang kemungkinan partinya keluar dari Barisan Nasional (BN) dan siapa yang akan mengemuka undi tidak percaya itu.

"Ini berita baik kepada saya tetapi kami dalam Pakatan Rakyat memang menyambut baik penyertaan oleh anggota-anggota baru dalam gabungan itu, tetapi kita perlu bekerja sama ke arah mewujudkan Malaysia yang lebih mengutamakan kepentingan rakyat," kata beliau.

Ditanya sama beliau akan mengosongkan kerusi parlimen Bandar Tun Razak untuk Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Abdul Khalid berkata:" Saya ingat spekulasi ada tapi saya telah beri kenyataan setiap Ahli parlimen dalam Keadilan akan memberikan kerusinya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk saya".

Apapun, beliau berkata perkara ini perlu dibincang atau disuarakan oleh Anwar.

Khalid berkata beliau percaya Anwar akan lebih memfokus kepada usaha menentukan Pakatan Rakyat menguasai parlimen dan kerajaan dalam masa terdekat daripada bertanding dalam pilihan raya kecil. -- BERNAMA

-------------------

PUTRAJAYA, June 18 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi says Sabah Progressive Party (SAPP) President Datuk Yong Teck Lee's latest action has been due to the fact that "I have not been able to satisfy his personal greed."

Abdullah did not elaborate. However, his aides told Bernama that the prime minister would elaborate at a later date.

Yong declared in Kota Kinabalu on Wednesday that his party had lost confidence in Abdullah.

Of late, the former Sabah chief minister has been critical of Abdullah's political decisions on Sabah as well as the move to increase fuel prices.-- BERNAMA

cheers.

No comments: