11 June 2008

Apa kaitan RapidKL & RapidPenang dengan anak Pat Lah.......

Benarkah pembekal bas Rapid KL dan Rapid Penang ialah M-Trans yang dimiliki 100% oleh Scomi. Scomi adalah milik anak Pat Lah. Mahathir membangkitkan soalan itu dalam dakwaan pembabitan syarikat milik anak PM dalam isu longgokan bas RapidKL yang tersadai seperti dilaporkan sebuah akhbar bulan lalu.

Selain itu,Mahathir juga mendakwa Scomi tidak dapat membekalkan bas-bas seperti dipesan oleh RapidKL dan "oleh itu Scomi dibenar import bas dari China."

"Berapa harga import dan harga jualan kepada RapidKL? Apakah syarikat lain dibenar import bas baru dari luar negeri? Berapakah duti import yang dibayar?" tanya Mahathir dalam blognya itu? Isu longgokan bas tersebut di Rawang,Selangor juga pernah dibangkitkan oleh Bung Mokhtar Radin (BN- Kinabatangan) di Dewan Rakyat pada 27 Mei lalu.

Menurut Mahathir, bas-bas tersebut yang dilaporkan asalnya milik Intrakota dan City Liner yang telah diambil alih oleh RapidKL.

"Bas-bas ini masih boleh diguna atau boleh diperbaiki dan dijual oleh RapidKL," katanya.

"Tetapi RapidKL tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat balik sedikit pun daripada kos pembelian syarikat-syarikat ini. Kenapa?

"Apakah RapidKL begitu untung dan boleh menanggung rugi yang tidak kecil daripada menjadikan bas-bas yang dibeli olehnya sebagai besi buruk?"

Mahathir juga berkata Rapid KL sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan melibatkan wang rakyat harus mendedahkan untung rugi operasinya kepada orang ramai.

"Tetapi kita tidak pernah melihat kira-kira untung ruginya. Untung besarkah RapidKL dan Khazanah (yang mengambil alih syarikat itu)?" kata Mahathir.

"Saya ingin tahu siapakah yang membekal bas-bas ini. Saya percaya pembekal bas-bas ini meraih keuntungan yang besar kerana begitu banyak bas yang jelas dibeli oleh RapidKL.

"Mungkinkah pelupusan dan write-off begitu banyak bas-bas lama adalah supaya bas baru dapat dibeli daripada pembekal tertentu?

"Jika ya, nampaknya RapidKL diadakan untuk menguntungkan pembekal." - Baca di sini,dan sini.

Nampaknya Pat Lah sibuk sangat membuat program penjimatan akibat daripada kenaikkan mendadak harga petrol baru-baru ini hinggakan tiada masa untuk menjawab pertanyaan Mahathir........

cheers.

3 comments:

Anonymous said...

"Apa kaitan RapidKL MAHATHIR!!!?"

It is interesting to note that Dr Mahathir is once again throwing stones from his glass house. In this particular issue I have a few points to make;

1. RapidKL is owned by Syarikat Prasarana Nasional Berhad (SPNB).
2. Most contracts given by them is awarded by open tender.
3. In the case of supply of buses for RapidKL and Rapid Penang buses are purchased through open tender.
4. In 1995, SPNB put out a tender for 1200 buses (please check who was PM then).
5. Out of the 1200, Mtrans was awarded 160 buses, at that time Mahathir’s son-in-law was the CEO of Mtrans, and Scomi was not yet in the picture. This was in 2005.
6. Scomi only bought into Mtrans in 2006 when Mtrans got into financial trouble, after this Mtrans supplied 120 busses.
7. In Penang, Rapid Penang put out a tender for 150 buses, Scomi was only one of five companies awarded a contract to supply 70 buses. (Pls find out who the rest are).
8. Why does Mahathir not also reveal the role his son-in-law played in Mtrans as CEO of the company.
9. Why did Mahathir give them the monopoly of monorails in Kuala Lumpur and Putrajaya when his son in law was CEO of the company and when Mahathir was PM.
10. Why did he as PM authorize a bail out to a company where his son in law was the CEO and where he knew they could not successfully carry out the monorail project.

( All facts are contained in SCOMI annual report submitted to Bursa Saham).

Source:
http://stephendoss.blogspot.com/2008/06/rapidkl.html

Anonymous said...

TDM terlalu ghairah dalam usahanya untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Pak Lah sehingga terlupa akan perbuatan yang didedahkan oleh beliau reflecting himself. Ini adalah berkaitan dengan projek monorail satu ketika dahulu ketika dibawah pemerintahan beliau. menantu beliau adalah CEO MTrans pada ketika itu

SiR KinG TiGeR said...

So... The kettle is calling the pot black ? One finger pointing to someone, the other four fingers pointing back to himself? I am confused !!!