24 June 2008

Altantuya: Raja Petra Kamarudin diintai polis lagi..........

Raja Petra Kamarudin(RPK), yang mendakwa mempunyai maklumat pembabitan isteri timbalan perdana menteri dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu, akan disiasat polis. RPK,yang mengendali laman blog Malaysia Today telah mengulangi tuduhannya itu dalam akuan bersumpah 18 Jun, akan disiasat bersama Rosmah Mansor dan dua lagi nama yang turut dikaitkan, seorang pengawal peribadinya dan suami wanita terbabit yang didakwa "pakar bahan letupan C4".

Raja Petra, yang diseret ke mahkamah awal bulan lalu atas dakwaan serupa, mendakwa ketiga-tiga berada di lokasi jenayah sebelum wanita warga Mongolia diletupkan. Dihubungi Malaysiakini Jumaat lalu, seorang pembantu Najib Razak menyifatkan akuan bersumpah ini "memang membingungkan dan mengelirukan." Pembantu itu mengakui pihaknya sedar kewujudan akuan bersumpah itu yang pertama kali muncul di internet.

KPN Musa Hassan berkata ketiga-tiga individu yang disebut dalam akuan bersumpah itu akan dipanggil polis. Musa Hassan juga berkata akuan penulis sensasi itu adalah subjudice kerana perbicaraan kes Altantuya masih lagi berjalan.

Jabatan Peguam Negara pula dilaporkan telah membuat aduan polis semalam berhubung akuan bersumpah tersebut. Menurut laporan itu lagi, Abdul Gani Patil berkata dakwaan penulis itu "akan diteliti dengan serius" dan "jika benar (dakwaannya), kita akan bertindak."

"Jika tidak, penulisnya akan disiasat," beliau dipetik sebagai berkata.

Dalam akuan sumpahnya, RPK juga mendakwa seorang Sultan mengetahui maklumat yang sama. Beliau bagaimanapun tidak menyebut nama baginda.

------------------------

Agak lucu bila KPN.Musa Hassan kata pendedahan baru RPK itu adalah subjudice. Bukankah sebelum kes Altantuya bermula Peguam Negara berkata bahawa hanya 3 orang saja yang terbabit dengan kes ini. Kalau ini bukan subjudice, apakah namanya?

Pihak pendakwa telah menamatkan hujjah mereka dalam kes Altantuya. Baca di sini.Sementara itu,pihak pembangkang telah membawa satu usul tergempar hari ini agar Dewan Rakyat membincangkan dakwaan terbaru Raja Petra Kamarudin itu. Baca di sini, sini dan sini.

cheers.

No comments: