22 October 2007

Badan Pelindung Rasuah(BPR) soal siasat Anwar sekali lagi hari ini pasai klip Video Lingam....

Datuk Seri Anwar Ibrahim(DSAI) akan disoal siasat oleh Badan Pelindung Rasuah (BPR) hari ini berhubung klip video Lingam. Klip video itu memaparkan rakaman perbualan peguam VK Lingam dengan seorang hakim kanan bagi menentukan siapa patut jadi KHN dan sebagainya.

Menurut Sim Tze Tzin,Setiausaha politik DSAI berkata,"Ketua Cawangan Tindakan Khas selaku Penolong Pesuruhjaya BPR Putrajaya, Salzali Salbi akan menyoal siasat Anwar berkenaan video rakaman itu atas alasan kecemasan,". Pada 5 Oktober lalu, Anwar telah disoal siasat BPR berkaitan isu yang sama.

Datuk Seri Anwar juga telah diugut oleh Badan Pelindung Rasuah(BPR) agar beliau menamakan peniup wisel video berkenaan atau dikenakan hukuman penjara 2 tahun dan denda RM10,000,
kerana melanggar Seksyen 29 (c) Akta Mencegah Rasuah 1997.

Sama-sama kita nanti hasilnya nanti.......

cheers.

No comments: