04 January 2011

Anwar: Warga FELDA Perlu Ubah Kepimpinan Yang Rosak...

Warga FELDA dan masyarakat umumnya digesa agar menunaikan tanggungjawab dengan mengubah kepimpinan yang sudah rosak hari ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pembangkang itu juga mengingatkan warga FELDA dan masyarakat agar tidak terus menjerumuskan keadaan masa kini ke era 'zaman edan' seperti yang dizahirkan dalam penulisan pujangga besar Jawa, Ronggowarsito.

Menjelaskan kepada hampir 500 hadirin yang bersesak mendengar ceramah beliau di FELDA Chemplak, Labis, Johor malam semalam.

Zaman Edan bererti 'Zaman Gila' dimana orang baik disisihkan manakala mereka yang jahat mendapat pengiktirafan. "Rompak harta rakyat, jadi Tan Sri, kes rogol ditutup. Kes bunuh, tak boleh dibuka. Masalah FELDA, tak boleh cerita. Orang bincang masalah, dia kata khianat. Orang FELDA miskin, dia kata tak. Semua kaya..Inilah Zaman Edan," kata beliau.

Ceramah Anwar di Felda Chemplak dan Kampung Air Panas, yang terletak kira-kira 10 km dari Pekan Labis dilihat tegang apabila sepasukan hampir 50 polis dan tiga trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) lengkap dengan meriam air telah pun bersedia awal-awal di Labis. Polis juga turut cuba menghalang Anwar dari berucap tetapi akhirnya membenarkan 30 minit ucapan beliau di kedua-dua tempat ini. Antara pemimpin lain yang hadir ialah Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PKR Tian Chua, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin dan ramai lagi. Malah sekatan jalan turut dilakukan di jalan-jalan utama ke FELDA Tenang, Jalan Muar-Labis dan FELDA Chemplak.

Anwar yang baru digantung enam bulan dari sidang parlimen akibat mendedahkan peranan kerajaan Malaysia dengan APCO, menyatakan betapa ideal FELDA gagasan Tun Abdul Razak menunjukkan keteguhan dan konsisten beliau sebagai pemimpin, berbeza dengan Najib Razak, yang menurutnya banyak beretorik. "Tun Razak dah janji. Kita buka tanah ini, dan kita tak akan rampas. Itu hak milik mereka. Dia kata dan dia terus laksana. Kerana pada masa itu dia sebagai PM, Menteri Pembangunan. Masa Datuk Najib. ETP, NKRA, macam- macam banyak sangat saya pun tak dapat ikut," komen beliau.

Anwar turut membidas tuduhan Umno bahawa PAS dan Pakatan Rakyat telah mengkhianati rakyat dan merancang ingin merampas tanah FELDA. Beliau menganggap penduduk Felda kini telahpun mendapat pelbagai maklumat dan tak boleh diperkotak-katik atau dibodohkan pengurusan Felda dan memuji peranan yang dimainkan oleh Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) pimpinan Mazlan Aliman.

"Ini bukan FELDA zaman saya hantar pakcik saya dulu. Sekarang ramai dah tahu cerita. Anak-anakpun dah cerdik. Mazlan Aliman dan kawan-kawannya. Jadi bukan setakat cerdik, dia berani. Bagilah peluang dia bincang. Berapa ramai lagi yang cerdik? Bagi dia tolong urus. Yang nak marah kita sangat ni kenapa? Umno marah PAS. Nak khianat apa? Nak rampas tanah FELDA? itu Haram," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

source:tvSelangor.com

cheers.

2 comments:

Anonymous said...

awt bodoh sangat nak ikut cakap anwar tu.. dah sah2 dia tu bapak segala pembohongan.. jangan ingat orang felda bodoh la beb..;p

Anonymous said...

Orang Felda bangang,Najib janji bagi duit konon boleh tanggung sampai 5 tahun lagi.Depa tak tahu Najib tabur 5 juta untuk penghuni Felda,
sebaliknya Najib dan kroni balun 500 juta!!!