23 January 2011

Anwar kpd Najib - Kalau nak debat pasal soal peribadi pun boleh....

Anwar Ibrahim berkempen untuk PAS di Tenang malam tadi dengan mencabar Datuk Seri Najib Razak berdebat mengenai soal peribadi jika perdana menteri terus menyerang soal peribadinya dan tidak sanggup sentuh dasar ekonomi kedua-dua perikatan. Dua minggu lalu Anwar mencabar Najib agar berdebat berhubung dasar ekonomi kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat termasuk mengenai Buku Jingga.

Saya cabar debat soal ekonomi tapi beliau (Najib) cakap peribadi, tapi kalau nak debat peribadi saya terima. “Saya beri ingatan kepada beliau, kalau sebut lagi soal peribadi, saya cabar beliau debat soal peribadi.

Tapi sekarang adalah soal ekonomi sebab itu saya cabar debat soal ekonomi,” kata Anwar ketika memberikan ceramah di Taman Gunung Emas di sini malam tadi.

Minggu lepas Najib menegaskan bahawa beliau sebenarnya tidak gentar untuk berdebat dengan Anwar tetapi menyifatkan tindakan berdebat itu hanya akan membuang masa kerana pembohongan ketua pembangkang itu dan kegagalannya menunaikan janji.

“Dah cukuplah pembohongan, janji banyak tak boleh buat, ini nak debat dengan saya pula, buang masa. Saya boleh debat dengan dia, saya tak takut, saya dengan menteri saya tahu segala maklumat.

“Jangan cuba nak cabar saya, kalau saya dedahkan segala-galanya, ada orang yang demam nanti,” katanya.

Selasa lalu, Anwar sekali lagi mencabar Najib agar berdebat dengan beliau berhubung kedudukan ekonomi negara dan juga mengenai Buku Jingga Pakatan Rakyat dengan menulis surat secara formal.
Dalam ceramahnya malam tadi, Anwar mempertahankan Program 100 Hari Pakatan Rakyat sambil menyifatkan gabungan tiga parti komponen termasuk PAS dan DAP mampu memberikan masa depan yang lebih baik kepada rakyat sekiranya berjaya merampas Putrajaya daripada BN.

“Ini program (100 Hari Pakatan Rakyat) kita buat bukan untuk lima tahun, tapi 100 hari kalau kita perintah (Putrajaya) kita akan laksanakan.

Perdana Menteri kata kalau Pakatan Rakyat perintah Malaysia akan bankrap, saya tak cabar beliau debat tapi beliau kata kita tidak bertanggungjawab.
“Kalau kita perintah ini yang akan kita lakukan, mana negara akan bankrap... negara bankrap kerana pemimpin curi duit rakyat dan rasuah,” katanya.

Tambah Anwar, sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Putrajaya barisan kepimpinan parti itu akan memastikan pentadbiran negara akan berjalan dengan baik tanpa amalan-amalan yang tidak baik. “Sebab itu kita yakin kalau boleh perintah kita akan bersihkan dan kembalikan wang rakyat,” katanya.

Minggu lepas Najib kata, Jangan cabar saya... Nanti Anwar demam...

Anwar pula jawab... Jangan cuba alih isu debat kalau memang tak berani!


Anwar hantar surat rasmi untuk debat tapi Najib takut nak jawab.


Sekarang Anwar cabar Najib kali ke 3!


Kalau dah tak boleh debat pasal Buku Jingga, debat apa saja, termasuk soal peribadi kalau itu kemahuan Najib!!


Kita tunggu apa respon Najib! Kita nak tengok berapa jantannya si Najib Tun Abdul Razak atau pun si Najib ini akan lari berselindung dibelakang juboq si Rosmah,PM ke-2 1Malaysia.....


cheers.

No comments: