02 October 2010

Mahukah Ku Li menggalas tanggungjawab di N45 Galas....

Soalan siapa akan mengetuai jentera pilihan raya BN semasa kempen di dewang undangan negeri Galas terus menjadi teka-teki apabila pemimpin veteran Umno yang dipertanggungjawabkan tugas itu, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, beliau belum berkata 'ya ataupun tidak'. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa lalu mengumumkan bahawa Tengku Razaleigh telah bersetuju memikul tugas itu, tetapi ahli parlimen Gua Musang - hari ini pada halaman Twitter - menafikan perkara itu.

"Rakan, rakan, saya tidak berkata ya ataupun tidak. Saya akan menjelaskan berhubung Galas apabila saya pulang ke Malaysia,” tulisnya pada jam 6.35 waktu tempatan.

Tengku Razaleigh kini berada di Ireland, bagi melawat universiti di mana beliau mendapat pendidikannya - Queen's University di Belfast. Beliau dijadualkan pulang pada 9 Oktober ini. Namun pada awalnya, tidak dapat dipastikan sama ada Tengku Razaleigh merujuk kepada pengumuman kenyataan Muhyiddin atau cadangan dari pihak lain yang beliau dilantik sebagai pengarah pilihan raya BN.

Bagaimanapun, gambaran semakin jelas, apabila seorang daripada pengikutnya mengemukakan soalan di Twitter kepadanya: "Harap maaf Tengku, tetapi kenapa TPM asyik berkata bahawa anda telah persetujui? Bukan sekali tetapi hampir setiap hari.”

Menjawab soalan itu, Razaleigh menyerahkan perkara berkenaan kepada Muhyiddin dengan berkata beliau belum memberi sebarang persetujuan berhubung jawatan berkenaan.

"Itu, kita kena tanya beliau. Saya setakat ini belum membuat sebarang kenyataan,” jawab Razaleigh.

Baca 'Tengku Jangan Terperangkap Untuk Kali Ketiga' di sini.

Baca 'Tengku Razaleigh-berguna masa terdesak, dilupakan setelah selesa' di sini.

Read 'Tengku Razaleigh and Galas' here.


(The question of who will lead BN's campaign during Galas by-election appears to be in limbo, following an apparent denial by Umno stalwart Tengku Razaleigh Hamzah that he had taken up the job. Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin had said on Tuesday that Tengku Razaleigh had agreed to the task, but the latter appeared to have denied this on his Twitter page.

"Dear friends, I have not said yes or no. I will clarify regarding Galas once I'm back in Malaysia," he wrote at 6.35pm, local time.

Razaleigh is currently in Ireland, visiting his alma mater Queen's University in Belfast. He is expected to return on Oct 9. It is unsure if Razaleigh was referring to Muhyiddin's announcement, or proposals by certain quarters that he be made BN's by-election candidate.

However, the picture gets slightly clearer when one of his followers on Twitter asked him:

"No offence Tengku, but why does the DPM keep on saying you already agreed? Not once but almost everyday."

To that, Razaleigh threw the ball back into Muhyiddin's court when he revealed that he has not agreed to any postion.

"That we must ask him. I for one have not said anything," Razaleigh replied.

Razaleigh, better known locally as Ku Li, has been mooted to spearhead the BN campaign in Galas due to the continued loyalty shown by Gua Musang's constituents towards him. He was also voted in as MP when he was the leader of Semangat 46, a splinter party from Umno, during the 1990 and 1995 general elections.

Razaleigh's posting on Twitter has also caught his aides off-guard when they too had assumed that the nine-term MP had accepted the position.

"He wrote this? Are you sure he wrote it?" exclaimed an aide close to him when contacted for clarification.)

source:malaysiakini



Selama ini UMNO ketepikan Ku Li,tak beri apa-apa peranan walaupun pengalamannya lebih banyak daripada Najib atau Mahyuddin. Tapi,tiba-tiba Mahyuddin pandai-pandai pula melantik Ku Li sebagai pengarah PRK Galas. Nampaknya Muhyiddin cuba lari dari tanggungjawabnya apabila menghulurkan jawatan itu kepada Tengku Razaleigh.

Lebih baik Ku Li tolak saja tawaran itu, sebaliknya jadi calon PAS untuk menentang UMNO di Galas, dan biarlah Najib dan Mahyuddin ternganga......

cheers.

1 comment:

Anonymous said...

Cuba tengok maxam mana Mahyuddin dan Najib cuba perbodohkan Ku Li!!!!