22 October 2010

Bila Bik Mama bikin kecoh,ulamak & mufti UMNO membisu saja...

Rosmah menghina Islam menerusi penganjuran festival yang berselindung di belakang nama Islam, sedangkan fesyen yang diperagakan tidak sesuai dengan Islam Di mana perginya 40 ulama muda Umno dan mana dia mufti yang selalu tangkas mengeluarkan kenyataan bila berlaku sesuatu peristiwa yang menyebelahi Umno?

Kenapa ulama muda dalam Umno dan mufti di negeri-negeri membisu tanpa mengeluarkan sesuatu kenyataan yang membela Islam dan mendesak Rosmah Mansor memohon maaf? Mana perginya Dr.Mashitah Ibrahim?? Mana dia Menteri Najib yang jaga pasai agama, si Jamil Khir Baharom?


Nak tunggu komen Tuan Mufti Harunsani dan Tuan Mufti Noh Gadot......










Ini pakaian fesyen Islamkah?


Dalam pada itu bekas mufti Perlis, Dr.Asri Zainal Abidin berkata, “Islam tidak menghalang fesyen untuk wanita, tetapi mesti dengan prinsip dan etika yang tersendiri. Penganjuran fesyen pakaian itu tidak salah, tetapi konsep dan pengisiannya IFF itu salah disebabkan tidak memahami prinsip dan etika dalam hal ini,” katanya. Menurut Dr Asri, adalah bahaya untuk isteri pemimpin utama negara Islam terlibat dengan hal-hal yang seperti itu kerana ia akan memberikan mesej Islam yang salah kepada dunia.

Apatah lagi Malaysia dianggap salah sebuah negara Islam yang penting. Kepimpinan negara akan rosak jika isteri-isteri pemimpin utama ini cuba menonjolkan diri sehingga tidak teliti dan tidak lagi memikir buruk baik sesuatu tindakan.

“Perbuatan seperti ini akan merosakkan kepimpinan sesebuah negara yang majoritinya muslim,” katanya.

Baca 'Sedang Menunggu Respon Mufti Perak' di sini.

cheers.

3 comments:

Anonymous said...

Dari kacamata Rosmah Mansor,fesyen yang diperagakan adalah Islamik.

Anonymous said...

Kalau boleh si Rosmah pun ingin jadi model!

Anonymous said...

Gambar no.1 tu tak ubah mirip Rosmah masa muda2 dulu semasa dok merayap kat UM dulu!!