28 August 2009

Permatang Pasir: UMNO masih berangan-angan....

Bila UMNO meletakkan calonnya dalam PRK Permatang Pauh,UMNO sedar bahawa mereka akan kalah,bukan sekadar kalah tapi kalah teruk. Namun,keupayaan UMNO meraih sebilangan besar undi Melayu semasa PRK Manek Urai telah memberi semangat baru untuk UMNO bertanding di Permatang Pasir di mana rata-rata pengundinya terdiri daripada orang Melayu. Mahyiddin Yassin sangka orang Melayu sudah kembali kepada UMNO.

UMNO fikir bahawa gelanggang yang mereka akan bertarung itu adalah hampir mirip Manek Urai, iaitu kawasan yang mana pengundi-pengundinya adalah majoritinya Melayu. Namun UMNO tidak sedar bahawa senarionya adalah berbeza. Setelah mengalami angin perubahan di Manek Urai,UMNO harap keadaan yang sama akan berlaku di Permatang Pasir.

UMNO mungkin tidak sedar bahawa gelanggang pertandingan itu adalah antara 3 kawasan DUN dalam kawasan parliamen Permatang Pauh,yang merupakan domain utama ketua pembangkang saudara Anwar Ibrahim. UMNO sedar bahawa agak sukar bertarung di Permatang Pauh, tapi dengan tipu muslihat yang digembar gemburkannya, mungkin ini ada peluang untuk mengurangkan pengaruh saudara Anwar Ibrahim di Permatang Pauh itu.

UMNO bermula dengan cara melabelkan saudara Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat kepada bangsa Melayu. Bukan setakat itu saja, malah UMNO guna berbagai taktik politik pembunuhan karakter melalui media massa dan juga melalui "poison pen book" berjudul '50 Kemusyiklan Tentang Manusia Bernama Anwar Ibrahim'. Itulah testamoninya betapa sungguh UMNO mahu "membunuh" karier politik saudara Anwar Ibrahim. Malangnya usaha memburuk-burukkan saudara Anwar Ibrahim tidak menunjukkan apa-apa kesan langsung kepada pengundi-pengundi di Permatang Pasir.

Faktor utama kekalahan UMNO di Permatang Pasir berpunca daripada calon UMNO yang bermasalah. Tetapi, sekiranya UMNO meletakkan seorang calon lain, selain daripada Rohaizat, keputusannya adalah sama juga.

Pokoknya, UMNO lupa bahawa ini kubu kuat Ketua Pembangkang, saudara Anwar Ibrahim dan faktor Anwar itu sudah cukup menjadi alasan yang kuat bagi UMNO agar tidak meletakkan calon seperti yang dilakukukannya di Penanti dulu. Persoalannya mampukah UMNO boleh menyaingi populariti Anwar Ibrahim di situ?

Maka tak hairanlah bila PM Najib sendiri mengaku bahawa dia tahu sebab kenapa UMNO kalah. UMNO kalah bukan kerana UMNO lemah, malah ahli-ahli UMNO berdaftar di Permatang Pasir berjumlah hampir 9,000 orang, tetapi UMNO kalah kerana faktor Anwar. Isu saudara Anwar Ibrahim dimainkan oleh UMNO namun ini ternyata langsung tidak mempengaruhi pengundi-pengundi.

Penganalisa-penganalisa politik pro UMNO begitu cepat untuk membuat andaian bahawa pengundi-pengundi sudah mula menerima semula UMNO setelah majoriti PAS merosot sebanyak 882 undi. Kemorosotan undi itu diimbangi dengan peratus pengundi yang keluar mengundi, yang mana peratus keluar mengundi kali ini pun merosot juga. Anjakkan yang kecil ini tidak bererti UMNO sudah jadi popular kembali di kalangan pengundi-pengundi.

UMNO dikatakan mempunyai hampir 9,000 orang ahli di Permatang Pasir. Dalam PRU 2004 lebih daripada 7,000 ahlinya mengundi UMNO, namun calon UMNO tetap kalah juga di tangan PAS. Pada PRU 2008, ramai ahli-ahli UMNO beralih angin dan membantu calon PAS menang dengan majoriti yang besar.

Majoriti calon PAS merosot daripada 5,433 kepada 4,451. Perbedaan majoriti itu bukan bererti bahawa sokongan untuk calon PAS merosot. Ia mungkin kerana ramai penyokong PAS sama ada di Permatang Pasir atau di luar kawasan Permatang Pasir tak keluar mengundi kerana hari mengundi jatuh pada hari kerja dan mereka tak mahu korbankan cuti mereka, kerana mahu simpan untuk Hari Raya Puasa nanti. Penyokong-penyokong PAS juga berasa selesa dan yakin PAS akan menang besar dan ambil sikap sambil lewa. Lagi pun pengundi-pengundi ini sedar bahawa menang atau kalah, status kerajaan Pulau Pinang tidak akan berubah.

Apa yang jelas peratus yang keluar mengundi adalah lebih rendah daripada semasa PRU 2008 dulu. Jika sekiranya UMNO berpendapat bahawa kemorosotan majoriti adalah petanda pengundi-pengundi sudah kembali kepada UMNO, UMNO memang silap. Undi UMNO tetap tak berganjak, iaitu sebanyak 5,571(2008) dan 5,067(2009). Dalam ertikata lain ahli UMNO totok tetap memberi sokongan kepada UMNO, walaupun imej calonnya sudah tercalar. Jika ada perubahan pun mungkin ahli UMNO yang dulu memangkah PAS, kini dah balik menyokong UMNO semula.

Sebenarnya PRK Permatang Pasir ini menunjukkan bahawa yang kembali menyokong UMNO sepertimana yang diwar-warkan oleh Mahyiddin, Zahid Hamidi dan penganalisa-penganalisa pro UMNO adalah orang-orang UMNO sendiri. Bertolak daripada itu UMNO jangan syiok sendiri kerana kononnya pengundi-pengundi sudah beralih arah.

Isu adun PKR Lunas tidak mempengaruhi pengundi-pengundi Permatang Pasir, tetapi apa yang pasti imej PKR sudar tercalar. Bagi Pakatan Rakyat, sungguhpun keputusan PRK Permatang Pauh ini menunjukkan kemenangan yang besar dan selesa baginya, tapi jangan pula terlalu over-confident sangat kerana dalam politik macam-macam boleh jadi. PAS perlu ingat juga mereka masih menumpang kepada pengaruh saudara Anwar Ibrahim,untuk mengekalkan kemenangan di situ.

Hari itu Muhyiddin kata pengundi-pengundi Permatang Pasir perlu berubah. Sebenarnya pengundi-pengundi Permatang Pasir nak UMNO berubah dulu. Namun, setelah lebih setahun UMNO masih gitu juga, masih memperkudakan PDRM, Mahkamah, SPRM & SPR bagi mencapai hasarat dan cita-cita UMNO.

Tengok saja cara SPR ator hari mengundi. Ada akaikah SPR pergi buat pada hari Selasa,hari orang pi kerja? Ini semua idea sapa,kalau tak lain tak bukan......UMNO.

SPR cuba bantu UMNO untuk dapat "quick victory". Mana tahu kalu-kalu anak-anak muda pergi kerja tak boleh datang mengundi. Betul-betul biol punya UMNO, depa ingat orang Permatang Pasir ini bodoh, sebaliknya UMNO telah diperbodohkan oleh pengundi Permatang Pasir, sampai depa tertelan pasiaq.......

Baca di sini dan sini.




Ke mana perginya undi-undi itu, Najib,Mahyiddin dan Zahid Hamidi.......?

a. Sama Gagah - 5 saluran,BN kalah semua.
b. Permatang Ara - 5 saluran, BN menang 1 saluran.(saluran 1 ialah saluran orang tua)
Permatang Pauh - 4 saluran, BN kalah semua.
c. Bukit Indera Muda - 5 saluran, BN menang 1(saluran 1 yang kalah 24 undi).
d. Kampung Pelet - 4 saluran, BN kalah semua.
e. Kubang Semang - 3 saluran, BN kalah semua.
f. Tanah Liat Mukim-8, BN kalah semua saluran.
g. Permatang Tengah 100% pengundi Melayu, BN kalah semua saluran.
h. Kg. Cross Street yang 100% orang Cina:
Saluran 1 Pas 125 BN 66
Saluran 2 Pas 278 BN 66
Saluran 3 Pas 270 BN 75
Saluran 4 Pas 265 BN 95

Setelah pengundi dihabuankan dengan seorang RM300,RM500 dan RM1000 ditambah dengan kain telekong, sejadah, kain pelekat, pembangunan segera, upah pegang bendera, upah panjat tiang,upah tampal poster dan lain-lain sogokan,oleh UMNO/BN, pengundi ambik, tapi bila mengundi.....(faham-faham saja)

UMNO kononnya nak buat post-mortem,tak payah,buang masa dan duit. Aku boleh bagi jawapannya.....iaitu setelah 50 tahun pengundi dah meluat dengan UMNO terutama pemimpin-pemimpin yang rata-ratanya kaki penyamun!

cheers.

2 comments:

Anonymous said...

Tahniah kpd PAS dan Pakatan. Tgk muka Muhyideen pun naik menyampah...Pengkhianat Melayu yg sebenarnya...

alfarisi said...

cukup lah melayu umno!!jangan lah terus membodoh kan melayu!!dah lama dah..hampa dok menipu menzalimi rakyat.. pemimpin melayu umno yang tak sedak kediri..rakyat dah bagi hampa untuk mengurus kan negara ni dengan adil ebagaimana yang dituntut olih islam.tapi hampa kianat!!hampa
lupa diri!!hampa jadi tamak haloba..takcukup kah gaji hampa 40-50
ribu sebulan??..hampa pungah harta negara/harta rakyat macam harta mak bapak hampa..sedang kan rakyat terbanyak hidupdi belengu derita kemikinan!! tambah pula kenaikan
harga barang tanpa kawalan yang berkesan.