31 March 2009

Bukit Selambau makin kacau............

Pertandingan 15 penjuru di Bukit Selambau sememangnya satu rekod baru dalam PRK negara ini. Kadangkala terfikir juga kalau berdasarkan kepada bilangan pengundi di DUN Bukit Selambau pada 2008, jumlahnya 34,977. Secara purata katakanlah jumlah pengundi Bukit Selambau seramai 35,000 orang.

Sekiranya 25,000 orang pengundi daripada jumlah seramai 35,000 pengundi berdaftar keluar mengundi dan memberi undi mereka secara seksama, bererti setiap calon akan memperolehi sebanyak 1667 undi(25,000/15). Tetapi dalam sinario begini tidak siapa yang menang. Pening pula SPR nanti........

Tetapi, dalam pertandingan yang sengit ini tidak semua calon yang akan dapat bilangan undi sebanyak itu, kerana semua bergantung kepada keupayaan calon-calon berkempen mengikut kemampuan dan logistik yang mereka ada.

Kempen BN dan PKR adalah lebih teratur. BN pula ada "advantage"nya kerana BN boleh janji projek-projek "mee segera on the dot". Jadi tolak pi tolak mai,selain daripada calon BN,PKR dan satu dua calon bebas, yang lain akan kecundang teruk dan hilang wang deposit.

Sementara itu, PKR bahagian Jerai hari ini dibubarkan ekoran lebih 500 anggotanya termasuk ketuanya Kalaivanar keluar daripada parti berkenaan.Kalaivanar kecewa tidak terpilih sebagai calon PKR dalam pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau. Kalaivanar berkata tindakan keluar secara beramai-ramai itu kerana mereka telah hilang kepercayaan terhadap penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Masyarakat India PKR Kedah berkata kesemua anggota yang keluar parti itu akan berkempen menentang calon PKR pada pilihanraya itu.

Tetapi yang peliknya Jerai ini bukan sebahagian daripada DUN Bukit Selambau. Konon-konon macamlah cerita ahli-ahli PAS Parit Buntar keluar beramai-ramai kerana marah PAS meletakkan Nizar sebagai calon di Bukit Gantang. Pilihanraya kecil pada 7 April itu menyaksikan pertandingan antara calon muka baru PKR S Manikumar, calon BN Datuk S Ganesan bersama 13 calon bebas.

Sebenarnya Kalaivanar merajuk kerana tidak dipilih mewakili PKR di Bukit Selambau. Menurut sumber-sumber mengatakan bahawa Kalaivanar sedang menghadapi 2 kes jenayah kerana penipuan. Pemimpin PKR hendaklah berhati hati dengan pemilihan calon, supaya bila dipilih menjadi YB nanti ianya tidak terperangkap dengan rekod jenayah yang lama-lama.

Semasa musim pilihanraya kecil sebegini pesta ahli-ahli lompat parti dah jadi amalan biasa. Sebenarnya yang lompat parti itu tak sampai 10 orang dan ada antara mereka bawah umur atau pun tak layak mengundi.

Dari dulu sampai sekarang ribuan ahli parti pembangkang dah lompat masuk UMNO, tapi pembangkang dok kuat macam itu juga. Ini semua propanganda murahan BH,Utusan,Star,NST,
TV1,2,3,7,8,9,Berita Bernama & Awani.

Entah berapa banyak $$$$$$$$$ disuap UMNO/BN kepada mereka yang melompat itu.......

Allahu a'alam

Baca di sini dan sini.



cheers.

3 comments:

Bangsa Cina Malaysia said...

manikumar a graduate from UUM.

this is the kind of educated and model state assemblyman we want to represent us.

and also PR represent everyone regardless of race.

no more indian represent indian, chinese represent chinese, malay represent malay.

say no to race based party.

say no to MIC-MCA-UMNO.

Bangsa Cina Malaysia said...

manikumar a graduate from UUM.

this is the kind of educated and model state assemblyman we want to represent us.

and also PR represent everyone regardless of race.

no more indian represent indian, chinese represent chinese, malay represent malay.

say no to race based party.

say no to MIC-MCA-UMNO.

Bangsa Cina Malaysia said...

manikumar a graduate from UUM.

this is the kind of educated and model state assemblyman we want to represent us.

and also PR represent everyone regardless of race.

no more indian represent indian, chinese represent chinese, malay represent malay.

say no to race based party.

say no to MIC-MCA-UMNO.