
Bila ditanya pemberita, Ali Rustam dengan muka yang tersengih-sengih macam badut tua menjawab,“Saya nak pi menyuarat, tiba-tiba mereka berkumpul disini selepas sembahyang jumaat, apasal Lim Guan Eng dulu kena 2 tahun penjara sekarang dia boleh jadi Ketua Menteri Pulau Pinang, apasal Anwar Ibrahim kena 6 tahun penjara sekarang boleh jadi ahli parlimen dan ketua pembangkang?, ”
Bila aku dengar komen Ali Rustam sebegini, terfikir pula apakah pemimpin macam ini, UMNO nak angkat jadi TPM? Nak kata bodoh boleh jadi Naib Presiden UMNO, nak kata bangang boleh jadi Ketua Menteri Melaka... Jawapan macam budak-budak darjah 2 SRJK(T).


Kalau Ali Rustam nak samakan takdirnya dengan Lim Guan Eng dan Anwar serah saja kes ini kepada SPRM dan bawanya ke mahkamah dan jika mahkamah mendapati Ali Rustam bersalah bolehlah dia merasai apa yang Lim Guan Eng dan Anwar rasa beberapa tahun dalam penjara.
Beranikah UMNO serah kes Ali Rustam dan beberapa tokoh lain yang terlibat dengan politik wang ini kepada SPRM? Sebaliknya pula SPRM ada teloqkah hendak bertindak segera terhadap perasuah-perasuah UMNO ini, seperti mana SPRM begitu pantas membuat sisatan terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat?
Istilah 'rasuah' bagi UMNO itu dikatakan 'politik wang'. Kerjanya sama tapi deberikan label berbeda- beda supaya penyamun-penyamun UMNO boleh terlepas begitu saja.

Bagi Ali Ketam, janganlah bercakap besar bak kata orang sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga........
cheers.
1 comment:
Ini Ali Rustam Molo punya kaki. Pergi u pun umur 40. Bukan nak hina tapi mmg tak layak nak jd TPM Malaysia. Sila siasat betul tak saya punya celita ni.
Post a Comment