11 August 2007

Malangnya Sekolah Tamil.........

Pada tahun 2006 Samy Vellu dengan bangga dan angkuh memaklumkan bahawa sebanyak 21 buah sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil telah siap dibina di bawah Rancangan Malaysia ke-8 dan dalam Rancangan Malaysia ke-9 nanti Samy Vellu mahu gomen membina sebanyak 14 buah sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil lagi.

Rancangan Malaysia ke-8 akan berakhir tetapi di mana 21 buah sekolah kebangsaan jenis kebangsaan Tamil seperti yang diwar-warkan oleh Samy Vellu itu? Jika benar sudah terbina 21 buah sekolah rendah Tamil tersebut,kenapa Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Salak,Lukut terpaksa sewa bangunan kedai untuk dijadikan sekolah? Sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena.

"SJK (T) Ladang Sungai Salak’s staff and students moved into the shoplot on July 26 - believed to be a first in Malaysia - while awaiting for a land grant from the government.When contacted, headmaster M Krishnamoorthy, 44, explained the dire situation which prompted the school to move into the shoplot. He said that the school was originally located in the nearby Siliau estate.“When the estate was closed down in the 1990s, estate workers started to move out to the nearby town and the number of students in the school dwindled,” said Krishnamoorthy. “Despite numerous attempts, the Education Ministry never approved our application...".

Demikianlah nasib sekolah-sekolah jenis kebangsaan Tamil di kawasan estet yang terpaksa berpindah dan ditempatkan semula untuk mengatasi masalah kekurangan pelajar.Namun demikian pengajaran & pembelajaran harus diteruskan tidak kira dimana tempatnya.

Sudah sampai masanya untuk Samy Vellu,gomen & KPM buat sesuatu agar keadaan seperti ini tidak berulang atau menjadi trend bagi sekolah-sekolah lain yang senasib dengannya.

Tidak guna kita bangga dengan smart school,cluster school dan sebagainya,sedangkan keperluan-keperluan fizikal asas seperti bangunan,air & letrik,infrastruktur asas masih berkurangan di sebahagian besar sekolah-sekolah di bandar dan luar bandar. Selesaikan masalah-masalah basic ini dulu sebelum kita berangan-angan hendak menjadi gobal payer dalam arena pendidikan seantero dunia.

cheers



No comments: