15 June 2007

Antara Sharifah Armani dan Britney Spears......


Dulu orang ramai tidak suka kepada orang yang kepalanya botak. Malah dalam filem-filem Melayuwood watak yang botak itu dikaitkan dengan watak jahat,pembunuh,pencuri dan perogol.

Dalam filem-filem Hollywood pula pelakon botak yang paling terkenal ialah Yul Brynner. Namun demikian watak-watak yang di lakonkan oleh Yul Brynner ini ada sebagai penjahat dan ada juga sebagai hero. Begitu juga dengan Telly Savalas dan Ving Rhames, yang memegang watak Kojak,seorang dektektif berkepala botak di kota metropolitan New York.


Salah satu tradisi orang-orang Melayu adalah untuk menyimpan rambut dengan berbagai gaya. Ada yang gemar rambut lebat,panjang dan kerinting. Ada yang sanggup bayar berpuluh-puluh ringgit untuk kerintingkan rambut yang lurus dan juga yang belanja beratus-ratus ringgit untuk meluruskan rambut yang kerinting,tak kira lelaki atau perempuan.Ada pula yang mewarnakan rambut berbagai-bagai colour serta disental dengan mousse dan gel untuk merapikan lagi rambut mereka.
Dengan rambut yang lebat di atas kepala,berbagai bentuk,rupa dan gaya direka demi menjaga identiti dan personaliti seseorang itu.

Stail rambut yang digila-gilakan dulu adalah stail rambut P.Ramlee,dengan remos yang tinggi di depan dan disisinya disikat lurus ke belakang. Budaya menyimpan sikat rambut di dalam saku menjadi ikutan muda mudi,hinggahlah ianya digantikan dengan handphone kemundiannya.
Kemundian muncul stail rambut afro ala Bob Marley atau David Arumugam dan seterusnya hinggalah sekarang bila membotakkan kepala itu pula kini dianggap sebagai satu gaya moden yang tersendiri.

Sekarang ini ramai bintang-bintang Hollywood,Bollywood dan Melayuwood dah " go botak" dan yang aneh sekali artis-artis wanita juga dah terikut-ikut stail botak ini...macam Britney Spears dan Sharifah Armani.
Bila Sharifah Amani Syed Zainal Rashid, membotakkan kepalanya,berlakulah ribut taufan yang kecil yang menarik perhatian orang ramai dengan gambar-gambarnya terpapar muka hadapan akhbar-akhbar tempatan. Tindakannya itu juga telah mengundang teguran-teguran daripada Mufti-mufti kita.

Apakah tindakan Sharifah Armani itu semata-mata untuk mendapatkan publisiti murahan macam Britney Spears,yang akhirnya di masukkan ke dalam hospital sakit jiwa seketika,atau sebaliknya? Terpulanglah kepada anda semua untuk membuat interpretasinya masing-masing.

Aku pun dah hampir botak tapi itu natural kerana usia.....


cheers

5 comments:

Anonymous said...

britney spear tu bukannye ape tu, ikut mawi tu! hik hik hik jgn marah yaa ;p tp amani cute gak lah bile dia go bald! huhuhu *peace out* ;)

Anonymous said...

cute mendanyer...merosakkan keindahan seorang wanita ader...dah la membuka aurat satu dosa...membotakkan kepala yg dh tentu2 menyerupai lelaki kn berdosa...maner lah pegi pegangan agama remaja2 zaman sekarang nie...
sedihnyer....

Anonymous said...

ntahnye...cuba tgk gambar tue, dah cam alien aku tgk..aku ngan sharifah amani nie dari dulu lagi aku naympah..mcm sampah jer perangai dier...

Anonymous said...

asssalamualaikum...wahai manusia..jgnla kita mengata ssama sniri..kita 2 dah btol ke???????
tego menego ada caranya... jgn la bhs kte 2 melampau sgt....
BUDI BAHASA BUDAYA KITA.............

Anonymous said...

OPPSSSSSSSSS!!!!
SORY...NK TUMPANG LALU JERK!!HUUU